Loading...

Mar 31, 2011

Selangorlicious: Makan+Blog+Menang! by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Hari nie ada berita baik yang aku nak sampaikan. Rasanya ramai yang dah tahu kot, but tak pe lah, may be ada yang belom tahu aite? Benda nie pasal pertandingan korang pergi makan2, then blogging pastu MENANG! =D tapi, the best review pasal makanan dan blogpost yang kretif la boleh menang, kalau buat cam lepaskan batok kat tangga, mana leh menang.. =P


the poster...

Korang nak tawu hadiah2 nyer? OHSEM giler, hahha aku attack 1st prize tu lah..~


PRIZES 
1st Prize – RM5,000 cash prize and a holiday package 
2nd Prize – RM3,000 cash prize and a holiday package 
3rd Prize – RM1,500 cash prize & Dinner at restaurant 

Consolation Prizes – 3 x RM500 cash prizes & dinner vouchers 

Best Food Photography – RM1,000 and a digital SLR camera 
Best Food Photography (Runner-Up) – A Digital Camera 
Best Food Photography (Consolation) – A Digital Camera 

Weekly prizes – Goodie hampers 

Kan? aku dah kata, syok giler hadiah yang dorang bagi. Lagi? Oh, cam na nak masok contest neh? details seperti di bawah..

Competition Mechanism 
Open to Malaysians & foreign visitors to Malaysia of all ages, 
the Selangorlicious! Foodster Blogging Competition will run from 1 April 2011 - 30 April 2011 

To participate, just follow these easy steps:

Go out & eat at any eatery (big or small) in Selangor.
Write about your experience on your blog (make it as interesting as possible!).
Submit the write-up to www.selangorlicious.my together with photos of the visit.

All entries is in English & Bahasa Malaysia
• You may post as many entries as you like

Lain2 information korang boleh klik di SINI atau ikut dorang lam TWITTER

 Petang nie ade Majlis Pelancaran...

Pencarian kedai-kedai sekitar Klang (yang RARE lah) dah aku buat awal-awal. Ada beberapa kedai dalam pemerhatian aku. The best food in Selangor will reveal!! =D stay tunez!! 

Mar 30, 2011

Homemade pizza! How to make it? by shahroll

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Tetibe nak cerita pasal buat homemade pizza pulak. Dah alang-alang aku tak pegi makan tengahari, so leh update pasal makanan! Saja nak buat korang lapo! huhu~ Yang kita taw, kalau nak makan pizza, pergi ke kedai pizza lah. Tak reti nak buat sendiri ke? ke korang malas? huahua~ meh aku share nak buat pizza..


gambar hiasan.. kasi terliur sket...

Bahan-bahan:

Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera.

Topping:

Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

*semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Sesudah korang tahu bahan2 nyer, macam mana pulak nak masak? Ahaaaa~ sonang jo!


Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.

5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.

9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.





Untuk sos pizza, korang leh beli kat kedai lah. Nak buat sendiri pon boleh gak, but for me setakat sos, baek beli sos kat kedai, senang. Tak gitu? Oh! aku nak kreditkan Dari Dapur Wanita punya blog lah sebab aku ambil resepi dari sana. Selalu buat spagetti jeh, sesekali buat pizza pon, sodap gak.

For English version, please click HERE

Try jom?

Bagaimana hidup sebagai seorang penulis skrip? by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Wasap peeps! baru lepas pekena Indocafe untuk mengelakkan mata aku cepat lelap, tapi rasa dah berat gak nie mata. Kena tambah doz lagi kot?. Tapi aku masih boleh lagi la berfikir di radius yang waras. Ok, teruskan...


Ada tak korang terfikir di sebalik keseronokan cerita drama-drama yang korang tonton kat stesen televisyen tu, terdetik bagaimana la penulis skrip nie boleh hasilkan idea cam tu eh? bagus la dia buat cerita tu, cam ne dia menulis? Apa inspirasi dia gunakan masa menulis skrip yang sebagus tu? Banyak lagi lah kan soalan2 yang diajukan sendiri oleh anda yang anda sendiri tak mampu nak menjawabnya melainkan kaum keluarga sendiri yang jawabkan untuk anda.


Maka dengan itu, aku berkenalan dengan seorang otai dalam bidang penulisan skrip ini dan niat aku ingin berkongsikan satu posting dari blog beliau. Siapakah beliau?

Siapa pemberi rezeki di dalam sesebuah produksi drama atau filem? Adakah produser, pengarah, pelakon atau krew? No…no…no…! You’re dead wrong!! Penulis skrip (skrin) lah yang memberi rezeki kepada semua.
Tanpa senaskhah skrip (lakonlayar), maka tidak adalah drama atau filem. Maka semuanya…tidak akan ada kerja (job). Bila dah tak ada job…rezeki pun zero dan soru pun miss…!!!
Tanpa skrip (lakonlayar) juga produser tidak akan bergelar produser. Sebab produser nak produce apa tanpa skrip? Meskipun dapat airtime beratus jam, mereka akan tetap cari skrip. Siapa pula yang tulis skrip, kalau bukan penulis skrip!!!
Tetapi seandainya meletupnya (sengaja tak nak guna kejayaan) sesebuah drama atau filem, sudah tentu pelakon dan pengarah juga yang dijulang dan dinobat bagai nak rak.
Dalam pada itu, produser pula tersenyum riang pergi bank…boleh beli kereta mewah..boleh buat rumah bagaikan istana dan kemewahan terus melimpah ruah.
Tetapi di mana penulis skrip (skrin)? Jawabnya penulis skrip tetap di takuk lama. Usaha, penat jerih penulis skrip memeras otak langsung tidak dihargai. Tak ada siapa ambil peduli.
Di malam hari setiap umat manusia enak beradu dibuai mimpi….tetapi umat yang bergelar penulis skrip masih tersengguk-sengguk depan komputer. Itupun nasib baik depan komputer…boring-boring boleh juga main game atau layari internet…jenguk-jenguk aktiviti kawan-kawan kat facebook.
Tetapi dulu…mesin taip jugalah yang menjadi teman penulis…bagaikan ayam patuk padi. Bila dah berkumandang azan suboh dari surau atau masjid berdekatan, barulah ayam itu berhenti patuk padi. Mata pun dah naik merah hinggakan langsuir pun takut nak dekat…!!
[read more: HERE]

Aku dah lama nak kongsikan dengan korang pasal "kemelut" nak jadi penulis skrip nie. Aku yang baru-baru nak berjinak-jinak nak buat skrip nie, perlu la peka juga keadaan dalam industri kan? Tu yang terjumpa blog Mr. Ruslie nie dan beberapa blog penulis drama yang lain. Yang lain tu, lain post aku share.

March 6, 2011.. agak lama eh? **grin** 
Dan, untuk korang yang ada minat/suka menulis/banyak idea untuk buat skrip drama ke whatever, boleh la mintak nasihat pada yang pakar seperti Mr. Ruslie kita. Aku pon, nak menuntut ilmu dari penulis-penulis skrip yang ada kat Malaysia ni. Hopefully dapat le hasilkan 1 naskah skrip atau paling tidak pon, novel, kan? =D stay tune! As salam...

Mar 28, 2011

Apa ada dekat Ampang? by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Aku kalau ikut-ikutkan, jarang jalan2 ke area Ampang nie. Cumanya, hari tu aku ada la sampai ke area Pandan Mewah dan Pandan Indah. Saja round2 area Ampang. Then, nampak le Ampang point bagai, seronok gak.


Yang tak best pasal Ampang neh, jammed lah area nie. Sebagai pemandu yang berhemah, aku rasakan aku kena hon kereta-kereta yang tak de nilai ketimuran bile suka hon-hon. Kereta aku pon ade hon lah! huhuhu~


Pastu, aku try ke Wangsa Walk. Hermm, cam best je dengar nyer, tapi hado gak. Cam aku pergi Centrepoint kat Klang jeh. HAHA. Not bad lah, ade kedai Subway kan, kira cool lah jugak.


Sape selalu lepak Tasik Ampang? Nice gak eh! Aku just drop je tengok2 orang snap gambo, cool seh! Ade 5 point yang aku spot semalam yang leh buat outing model ke, pasangan kawen ke, pasangan dah lama kawen ke.



pakai Nokia C3 and edit pakai Photoshop CS2..

Snap pakai camera phone je, malas nak kuarkan kamera besa gabak tuh. Dan.. dan.. semalam aku nampak hairie othman!! huhu, orang ngah jogging, malas pulak nak tegur. (padahal aku dah pandang2 nak mek gambau dah tu!) =p Aku just tegur lam twitter je le..

Hahaha.. lain kali la tegor, amek gambo eh bro? hehheh~

Mar 27, 2011

Bagaimana nak jadi PRO photographer dalam masa 6 bulan saja? by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Assignment dah lama bukak, pakai powerpoint, sekali cuma siap design background belakang je dari tadi! huhu~ nie lah penangan kalau dok layan #twitter ngan #facebook. Cukup 2 mende nie ko bukak, tergendala semua kerja (ok, tipu je.. siap jugak sikit2).. =p


Kalau aku tanya korang, minat jadi jurugambar? Semua akan kata MINAT!! kan? ha, tapi ape langkah yang harus korang lakukan untuk mencapai status PRO tu? i mean, professional lah ye. Dan, aku ada dapat 1 iklan dalam #facebook pasal kursus yang dianjurkan oleh salah sebuah institusi pengajian untuk korang mendapatkan ilmu2 photography. Siapa tenaga pengajar mereka?


click image for enlarge

Be a certified PRO, in just 6 months!

IIU & Canon bring to you EXECUTIVE CERTIFICATE IN PROFESSIONAL PHOTOGRAPHY & NEW MEDIA. New intake will commence 7 May 2011.

BUT, not sure if this is the right course for you? Then, join us for a 2-day workshop from 2 - 3 Apr 2011, to find out more.

We are proud to bring to you the BEST from photography - DIN ARSHAD, BUSTAMAM MOKHTAR, AZAM NEURMAYA, ESRI SENAWI.

Learn from the PROs

Korang leh tengok website IIUM di SINI

Dan aku pernah ada pengalaman dengan Din Arshad. Aku ada pergi talk yang beliau bagi di Fakulti Seni Lukis di UiTM Shah Alam. Dalam masa 2 jam bagi talk pasal fotograpi tu, aku rasa tak puas. Ada banyak lagi ilmu2 yang perlu aku NAK dari sifuu nih. Peluang untuk korang dah de depan mata, so grab NOW.. 

Good for Newbie/beginner in photography field...

Mar 25, 2011

Happy birthday for Lisa Surihani! by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Posting nie agak ketinggalan untuk pelakon "kegilaan" ramai, termasuk lah aku sekali. 1st, aku cuma nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada pelakon yang cute miut, comel lotey kepada insan bernama Lisa Surihani. Aku tengok dalam page Lisa, ada surprise party for she. Wow! best kan jadi orang feymes nie. Ade je kejutan, huhu~



Semoga Lisa dapat mengekalkan imej clean sebagai pelakon wanita dan terus sukses di dalam kerjayanya mahupun dalam hidup. Dan, kalau Lisa baca page aku nie, nak ingatkan lah, kalau boleh, orang twitt2 tu, sila lah reply ye! huhu~ tahu kamu banyak peminat, jangan sampai ada peminat yang "terkilan" sebab 1 reply pon tak pernah langsung.. huhu~ peace yow!

Dan, aku pernah dengar Lisa kena panggilan hanggit dari Hot.Fm, dan macam biasalah DJ radio itu (FBI) mengusik artis2 yang terkena. Topik masa tu, artis sombong pulak kan. Ish2, Lisa sombong ke? aku nak tegaskan, TAK! kalau tak percaya leh tanyer Niena Shah. Dia dapat bergambo ngan Lisa, aku takde =(

picture credit: Cik Ada blog

This for u, Lisa!

Some people give the gift
of peace and tranquility
to every life they touch.
They are always who they really are.
They are blessedly reliable,
dependably good,
predictably pleasant,
loved and treasured
by all who know them.

You are one of those people.
You are a gift
of peace and tranquility
in my life.


Happy Birthday!

credit: Here

Mar 24, 2011

Minggu yang busy? Boleh tahan la.. by shahroll

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Hari nie kerja-kerja men"transfer" gambar-gambar yang aku ambil untuk Hari Mesra PTAR 2011. Dan aku wakil untuk booth Jabatan Sokongan Penyelidikan ditugaskan untuk penyebaran maklumat (EndNotes X3) dan mengambil gambar untuk booth JSP sahaja. Bukan keseluruhan event tu aku cover.


Program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah untuk sambutan di booth JSP amatlah memberangsangkan. Tanpa membuat game yang keterlaluan. Cukup sekadar membaling dart untuk menghiburkan pelanggan/pelajar yang datang bertandang di booth kami. Agak skema pulak ayat aku yeh? haha..


Ok lah, yang best aku dapat jumpa dan shoot Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang murah dengan senyuman, cool lah Dato'! =D



picture credit: JSP blog

Aku akan update lagi nanti. Banyak nak up, tapi cukuplah nie dulu. Banyak-banyak nanti berat pulak blog nie, huhu~ stay tunez peeps! As salam..

Mar 23, 2011

pelakon-pelakon safa dan marwah by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,


Mood semakin baik. Sebab semalam aku ade buang "kahak" dalam blog sebelah. Ala, bese je, dah panas, leh sejuk balik dengan kadar segera! cecece~ cam maggi segera pulak!


Ok, aku kalau ada masa lapang, suka tonton tv lah. Lebih tepat Astro. Dalam Astro tu, ada macaaaammm2 hado, tapi my family dok pi tengok cerita Sinetron, sampai aku sekali terjebak. Naseb2 je pelakon-pelakonnya kiut2. HAHA!


Macam cerita Safa dan Marwa tu, aku suka kot tengok si Safa (Nikita Willy) huhu~ lain2 pelakon cam bese je..





Gambar-gambar credit to: Kapan Lagi dan Google


Pasal Nikita Willy;



Nikita Willy adalah bintang akting muda Indonesia, yang telah membintangi sejumlah iklan, sinetron dan film layar lebar. Nikita mulai dikenal publik saat berperan dalam sinetron ROMAN PICISAN bersama aktor asal Papua, Evan Sanders.


Perempuan kelahiran Jakarta, 29 Juni 1994 ini mulai berkarir sejak usia tujuh tahun lewat sinetron BULAN BINTANG. Disusul kemudian sinetron seperti ROMAN PICISAN, RATU MALU DAN JENDRAL KANCIL, SI CECEP, HABIBI DAN HABIBAH, PACAR PILIHAN, PENGANTIN KECILKU dan sebuah FTV, MAK COMBLANG JATUH CINTA.

more: HERE



See next! Hari ni last day for Hari Mesra Pelanggan di PTAR1, jom ke booth JSP! =D As salam.. 

Mar 22, 2011

Hari bermesra-mesra dengan pelanggan by shahroll

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,


Update awal pagi. Aku baru je lepas update blog department, benda yang sama gak, Hari Mesra Pelanggan. Cumanya ayat kat sana lebih formal lah. Kalau lam blog aku nie, hantam je ayatnya. =p


Hari nie memang busy nak siapkan kelengkapan untuk booth kitorang. Almost done, cuma ade sikit2 je lagi nak touch-up. Kali nie tak de istilah "booth TERBAIK", tapi aku memang TAK HARAP pon benda tu, janji aku puas booth aku cantik dan orang ramai berkunjung! =D


PTAR+Mahasiswa.. awesome!

Aku bersama 2 pegawai aku berkerah tenaga siapkan seberapa banyak yang boleh data di letakkan di board panel. Agak teruja, sebab kebanyakkan data adalah untuk kegunaan student yang akan datang nanti. Sebab ape? sebab, semua soalan adalah based dari data yang kitorang tampal tu. Aku dah bagi hint2 nie, pepandai korang la carik.. huhu~


Ok lah.. tunggu update seterusnya.. as salam..

Mar 20, 2011

Minggu yang OHSEM! by shahroll

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


Hujung minggu yang ohsem? (awesome). Kenapa? Apa yang best sangat tu? Meh aku story sikit. Bermula dengan hari Sabtu, sepatutnya awal pagi Sabtu (7 pagi) aku ada larian kat UiTM Shah Alam, disebabkan malam sebelum tu aku tido lambat, terlajak la pulak! Last2 tak pergi pon, kia duit yang aku bagi tu, sedekah je. Tapi terkilan gak, tak dapat jumpa Datok Shahrizat face to face.


Then, untuk hari Ahad (hari ni), aku pergi ke Serdang atau lebih tepatnya Equine Park. Aku datang bukan sebagai "guru" atau "mentor" atau "sifu" bagai, cuma lebih kepada sesi perkongsian ilmu yang mana aku tahu lah. Bukan buat2 tahu, tapi tahu semuanya. Ala yang aku boleh sampaikan, aku sampaikan, sebab ilmu bukan kita punya pon, semua pinjaman kan? =D


Tadi aku pon banyak belajar dari kawan2 yang attend ke studio tadi. Ni lah antara cara yang bagus untuk mendapatkan ilmu secara "fast-track". Dan, bukan setakat melulu kau nak pergi kelas untuk mendapatkan sesuatu ilmu, dikalangan kawan2 yang ada pon, boleh dapat result yang sama dengan apa yang dorang leh aja, kan?


Gambar hiasan
Credit to Catlinaflybaby


Jangan salah anggap pulak dengan statement kat atas tu. Aku tak halang korang nak pergi kelas ke pe, but sekarang teknologi dah canggih, ilmu depan PC, semua ada lam Google, just malas tak malas nak mencari. Bagi yang suka "feeding", hentikan cara cam tu, sebab jika selalu feed pon, tak berkembang aku rasa. Just my 2 cent, peace! =D


Ok lah, kang aku de masa lagi aku share gambar kat studio. Thanks to Azahari Roslan (Poek), Apai, Najib, Heldi dan tuan studio yang sudi lepak2 makan dan belanja makan lagi kat Nasi Beriyani Gam Johor area Equine Park. Serius, kedai tu sedap dowh makanan dia, korang harus mencoba! Awek yang kacau nasik tadi pon lawa, HAHA!


See next! As salam...

Mar 17, 2011

Tazkirah Online: Dari Titik Peluh Sendiri

Hadith :
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”

(al-Bukhari)


Huraian:

1)Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. 

Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. 

2)Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. 

3)Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.



BERUSAHA!!!!

APPLICATION FOR ENTRY TO UiTM FOR THE YEAR 2011! by shahroll

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Just short notice. Sekarang UiTM telah membuka pengambilan pelajar untuk sesi Jun/Sept 2011. Sama ada korang nak masuk di peringkat Pra Diploma ke, Degree ke, korang boleh melawati laman web http://online.uitm.edu.my


Dimaklumkan juga kat korang, sebahagian program di dalam UiTM, permohonan kemasukan Sesi 2011 ke UiTM dan IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (UPU). Sila layari http://upu.mohe.gov.my

Ok, hope korang leh share info nie yang mana tak online tu ya! As salam..

Mar 16, 2011

Anda suka menonton Teater? by shahroll

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera,


Minggu lepas, baru je aku pergi ke UiTM Kuala Pilah. Dan hari ni (Rabu) aku pergi lagi. Haiseh, macam Dejavu rasanya. Dan esok jugak aku ade kelas BEL 312, yang mana aku kena present bersama group aku. Hope esok aku tak lewat sampai ke Shah Alam.


Ok, agak risau disitu.


Tadi aku diajak oleh kawan Facebook, iaitu saudara Nasrul Hakeem untuk pergi ke satu teater yang akan dipentaskan di Panggung Bandaraya DBKL. Aku pernah layan 2 teater sebelum ni, 1) Teater Musikal P.Ramlee 2) Makyong (Istana Budaya). Aku datang sebagai shooter. Dan kali ni, sebagai shooter jugak.. 


Teater Bangsawan: Siti Zubaidah

Insyaallah aku akan turun ke sana. Pelakon nya seperti Ani Maiyuni, Raja Azrey, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin dan Khaty Azian sebagai pelakon utama. Tiket berharga RM5 ringgit sahaja.

Korang nak pergi? owh, tak tahu jalan eh? korang klik SINI

Mar 14, 2011

#prayforjapan : Hastag in Twitter by shahroll

Assalamualaikum w.b.t to all...


Happy new week! Aku agak bersemangat minggu nie, walaupun semalam agak "down". Never mind, pengajaran untuk mendewasakan. Tak de cerita panjang2 sangat lah, aku hari ni banyak melihat situasi-situasi selepas Tsunami di Jepun.


Apa yang aku dapat lihat?










Sumber foto: Photography Blog

Memang menggerunkan aku tengok gambar2 kat atas. Teringat aku peristiwa tsunami di Acheh. Aku harap penduduk di Jepun, sabar dengan dugaan besar ini. Now, aku just baca update dari web The Times dan Guardian UK

Mar 13, 2011

Spot Check booth di Merdeka Square, KL by shahroll

As salam to all,


Aku baru siap pack barang untuk hari ni (Ahad). Dan semalam (sabtu) aku ada pergi ke Merdeka Square (Dataran Merdeka le..) untuk check booth untuk Instant Photography. Aku bergandingan dengan Yus untuk job nie, walaupun pada asalnya, aku sendiri mempunyai booth untuk SH iMAGE. Akan tetapi, booth yang dibekalkan hanya 1 saja maka dengan itu aku pon menawarkan untuk bergandingan dengan Yus.


So, overall dah setel dari segi penempatan booth, then plug, kerusi meja kami dah re-arrange balik, kad crew untuk event esok (Official Photographer) untuk booth kami la, untuk event, sesapa leh tangkap gambar.. hheee~


stage utama...





Program untuk esok;

Ok lah jam pon dah menunjukkan 3.05 pagi aku kena rest sekejap untuk memulakan kerja2 berat di Merdeka Square nanti. Hope semua berjalan seperti yang dirancang, Aminn... #Kbye! eh.. silap.. As salam..

Mar 12, 2011

A doctor in the house: The Memoirs of Mahathir by shahroll

Buku yang ditulis oleh Tun Mahathir

As salam to all,

Selamat hari Sabtu. Harap semua pembaca setia blog nie berada di dalam keadaan sehat sentiasa. Semalam kita di kejutkan dengan berita gempa bumi di Jepun. Sangat tragis tatkala aku melihat limpahan air laut setinggi 6 meter dan gegaran 8.9 skala rikter, adakah boleh kita kaitkan dengan peringatan Allah di dalam Al-Quran? Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda.

Beberapa hari lepas, Tun M ada mengeluarkan senaskah buku yang diberi nama A Doctor in The House" The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Harga tidak menjadi masalah kerana harga RM100 untuk kita membaca luahan isi hati mantan Perdana Menteri yang kita sayangi semua.

Tun M or Che Det

Buku yang mengandungi 800 muka surat dan mempunyai 62 bab adalah tulisan Tun M dengan tulisan tangan! tanpa menaip di dalam komputer sebelum di serahkan kepada MPH untuk menerbitkannya (quote:hasnidaomar). Dan mengambil masa 8 tahun untuk menyiapkan buku ini. WOW!!

Dikhabarkan, untuk versi Melayu akan keluar tak lama lagi. Aku tunggu yang versi Melayu punya. Semestinya akan berada dalam simpanan buku aku! yeahh!! korang tak mo beli?

Mar 11, 2011

Massive quake strikes northern Japan!!

As salam to all,


Kira-kira dalam 4 petang tadi, masa aku belek2 #twitter, terbaca Retweet dari kawan aku mengatakan Jepun mengalami kejadian gempa bumi yang dasyat! 8.9sc!! Paling kuat dalam sejarah kot? Apa pon, sama-sama kita berdoa agar, semua rakyat Jepun khasnya rakyat Malaysia dalam keadaan yang selamat.


Sedikit petikan dari mStar Online;


TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.



Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.


Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.


Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.


Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.



Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.


Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat


**korang leh tengok update berita dari CNN dan juga Al-Jazeera punya web**

Apa best kat Kuala Pilah tu hah? by shahroll

As salam to all,


Lewat malam punya update. Malam keliwon. Eh! bukan.. malam jumaat! Selalu gak tengok kat status kawan2 (yang berumah tangga) berunsurkan "kenakalan" untuk malam yang satu nie. HAHA~ apa pon, enjoy your life lah k?


Semalam, aku pergi bersama pegawai aku ke UiTM Kuala Pilah atas urusan kerja. Then, sampai di sana dalam jam 1 petang dan sesi pembelajaran untukmengajar lecturer2 muda sana dalam jam 2 petang. Molek bonar la tu, time makan tengahari kan? so lepak lah kami kat satu warung nie;


Kak Lang D'Rimba kedai makan..

Cool kan warung makan nie? Dia nyer tempat tepi jalan je. Orang punya lah ramai berator nak makan kat sini, padahal kedai cam nie banyak kat sekitar kawasan kat sana. Muuussti de sesuatu yang "memikat" hati dorang nak makan sini eh?

Kacau la pulak tangan tu...

Warung nie berdepan dengan pejabat RISDA Kuala Pilah. Betol2 mengadap, bertentangan lah. Dalam kad business dorang pon, dibagi landmark "berdepan dengan Pejabat Risda Kuala Pilah", baek punya point kan? senang sket orang nak carik;
Pejabat Risda..

Apa yang aku makan kat situ? Aku makan sayur2 je! Aku amik cendawan (banyak!), kentang masak lada hitam dan sikit ulam-ulaman. Tak tinggal sambal belacan. Ade gak aku tuang kuah ikan keli masak lemak cili api, perghhh terangkat kauu!! pedas campo ngan sambal belacan, 2+1 kepedasan!

haha.. sikit je nie.. kan? =_=~

Time nie senyap. Makan penuh khusuk. Aku layan kepedasan, pegawai aku pon same. Abg Zul (pemandu kami) pon senyap, sampai lah ke stage 2 (dah dekat2 nak habes) baru bukak mulut bercakap! Haaa.. betol2 "menghayati" masakan orang Kuala Pilah nie! heheh~

finishing yang tak menghampakan...

Ada sesi ke Kuala Pilah lagi nanti. Perghh.. harus lah aku ikut kan? leh merasa makanan kat warung ni lagi. Sesapa yang dekat2 area sini, leh try masakan kedai nie. Berbaloi2!! sebab kami makan 3 orang siap air baru RM 13 hengget lebih! So worth it lah.. 

Terasa lapor dah? haha.. aku tak tanggung la eh! malam2 buta punya posting, pasal makanan! huhu~ see ya next! As salam...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...