Loading...

Feb 28, 2011

Korang suka bertwitter? Nak tips dan sebagainya? Kunjungi Khai_Low punya blog by shahroll

As salam to all,


Sesapa yang rajin men-stalk aku dalam Twitter, boleh la tahu apa yang berlaku kat sana. Aku pon makin hari makin banyak dapat kawan dalam twitter. Contohnya? Aku berkenalan dengan brader Khai_Low nie la. Siapa dia nie? Artis? Indie?photographer wannabe? Naaa.. i have story!


Cilok dari: Blogspot

Nama asal adalah Khairul Anuar. Aku pon tak taw lah apa sebab nickname beliau Khai_Low. May be ada cerita di sebalik itu. Ok, cam na aku kenai dia nie? Disebabkan aku dah jadi hardcore twitterz kat laman sesawang sana, maka mungkin dia ada tertarik 1 statement aku lalu meng-twit balik aku. Masa tu aku tak kenai pon (la nie pun tak bape kenai sgt aih..) hohho~

Maka, aku pon leh bertanya balik kat dia nie, ".. ko brader Just Khai tu ke?.." Muahahah~ asal Khai je, aku tibai ayat tu.. hampeh tol.. =D then dia pon reply la yang dia bukan Just Khai itu... opzz! silap deh!

So, siapa dia nie?

Sat!sat.. nak habaq la nie. Dia adalah kaki pemburu! Hah! baek punya buru. Kata nya dalam email, "... aku ni foursquare badge hunter, bile dapat unlock badge2 pelik,orang dok tanya, tu yang terus buat blog, cite step camana nak unlock.and..aku citer benda2 pasal twitter jer skang..."

Owh.. cam tu lah lebih kurang cerita dia. Maka dengan itu, wujudnya laman sesawang (blog) Khai_Low ni di alamat blognya http://khailow.blogspot.com
Bagus owh blog dia ni. Siapa yang suka apps FourSquare ngan Twiiter, boleh la baca blog dia. Lelagi yang suka memburu badge tu, memang aku syorkan!

Salah satu posting yang aku suka lam blog Khai_Low;

Pasal Twitter users.. haha cool sehh! (SINI)

Cukup untuk hari nie. Oh! Nie bukan posting berbayar eh. Ikhlas punya kerja. Takde nak bayar2 ah. Tak perlu berkira untuk perkara yang tak perlu. Ah, pepandai je ko kan Roll.. dah dah.. cut! As salam..

Dira Abu Zahar+Perempuan by shahroll

As salam to all,


Lunch time. Tak gi memana. Malas plus masih kenyang makan breakfast tadi. Aku tak tersengaja semalam tengok cerita "Perempuan" yang di ulang tayang semalam kat TV2. Memula cam besa, 1st impression, .." alah cerita Melayu.. sama je.." but, layan dalam 5 minit, aku terus melekat! Walaupun aku tak tengok sampai habis, aku boleh agak ending dia macam mana.


Dira Abu Zahar
picture credit: Budiey


Aku tengok cerita nie dah sampai part, Dira kena "tibai" ngan pakwe mak dia. Adess, rugi pulak tak tengok cerita nie memula. Then, Dira masuk ke pusat pemulihan akhlak. Watak Ustaz adalah Syed Aiman. Owh! Abey hensem sungguh! kemah kemah! Watak antagonis dalam nie, Zila Bakarin, Rozie Rashid dengan Azri Iskandar.


Picture dalam cerita "Perempuan"
credit to: Nuriz Space

Aku baru kenal ngan pelakon Dira. Before this, aku tak kenal langsung. Mungkin aku kurang perasan akan dia dalam scene artis kat Malaysia nie. Dan terbaru, Dira nie yang akan replace tempat Fafau dalam Melodi eh? berduet sama Zizan katanya.. owhh~

Dan, dan dan... cerita nie jugak dapat Anugerah Sri Angkasa 2010 kategori drama terbaik eh? (SINI)

Based on cerekarama semalam, hope Dira boleh pergi jauh lagi lah. Semalam punya lakonan pun not bad. Scene paling best, masa ngah bertekak ngan Zila Bakarin. Haha~ childish gila ko ZB!..

Korang nak layan blog Dira leh poei kat sini, http://blogdira.blogspot.com/
Best artis ade blog sendiri.. leh direct baca info terkini..k guys! see later.. wanna Zzzzz~ As salam..

Cerita semalam: Mini Gath bertukar menjadi picnic! by shahroll

As salam to all,


Wasaap! selamat minggu baru, sekejap saja dah habes bulan 2 (Februari). Disebabkan bulan 2 nie, tak macam bulan lain, tu yang ang rasa sekejap je tuh. kan? Disebabkan itu, gaji pon awal jugak lah dapat, dah setelkan ke HUTANG2 korang tu? Haaa.. belom lagi? bahaya tu..~ cecepat setel k!


Okeh, nie semalam punya cerita lah. Nak update semalam tak sempat, mata dah rabak nak tido. Penat kemain lagi. Aku ada buat "mini gath" lah untuk group yang aku buat kat Facebook. Group apa? tengok posting yang lepas  kat bawah tu eh.


Persiapan aku ke sana tak de lah "havoc" mana. Just bawak Ayam masak merah ngan nasik putih saje. Thanks to my mom yang masak kan ayam tu menjadi superb sedap sampai ade orang makan tambah 2 kali! hehe.. then Admin BBrian, Arerich Kdn bawak air mineral 3 botol and Air sedap (sunkiss!) hehe~ Thanks bro! So, complete la "pot luck" semalam...


Admin BB: Dark (AK) White (Shahroll)

Aku kenal AK bukan dalam blog. Tapi beliau nie, Tok Penghulu masa aku kursus BTN dulu kat Pasir Salak. Then lepas tu baru lah tahu yang tok nie ada blog. Boleh pergi ke blog beliau di SINI


Bukan aku sorang kat sana semalam. Habis adik beradik aku bawak. Sambil2 tu, boleh la dorang main kat taman permainan yang besar tu. Kata jugak hujung minggu. So, bebudak tu sure seronok kalau main kat sana. Dekat supermarket Giant tu, kan ada seksyen untuk kanak2 bermain kan? haa.. yang nie lagi besar, seronok bebudak tu main sampai termengah2.. huhu~


Mood dah hilang.. penat kot..

Adik aku, Niena (new blogger) pon ade gak aku bawak. Tapi, gambo ko aku tak edit lagi lah! hehe.. next post aku masuk kan lew.. T___T. Tapi, korang leh g kat blog dia la eh, kot la dia ada update pape ke pasal semalam.. hoho~

Ok, thanks for read! Semalam aku leh katakan aku "gagal" untuk organize "mini gath" itu, but still berpuas hati sebab, lepak ngan Tok Penghulu yang mempunyai story yang tak kurang hebatnya... i loike it bro! haha.. kang leh sambung lagi.. hehe..

Ok ya! see next!.. As salam..

Feb 26, 2011

Belia Blogger - Mini gathering @ Taman Tasik Perdana by shahroll


As salam to all,

Esok, hari ahad BELIA BLOGGER akan membuat mini gath di Kuala Lumpur. Pasti ramai yang tak tahu kewujudan group nie. Tak pe lah, yang ada dalam page Belia Blogger (BB) sudah ada 40 orang. Permulaan yang baik untuk satu group blog yang baru.

Jika esok anda berkelapangan, jom join kami di:

Tarikh: 27/2/2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Taman Tasik Perdana, KL a.k.a Lake Garden
Theme: Casual

Siapa di belakang Belia Blogger ini?


JUMPA ANDA DISANA.....
(pssstt... jgn lupa bawa makanan.. konsep "POT LUCK")

Ada masalah dengan P1 Wimax?? Jom ke pejabatnya di PJ! by shahroll

As salam to all,

Hari nie pelik sikit. Aku tak ngantuk lagi even dah jam 1.54 pagi waktu Malaysia (GMT+8). So, masa yang ada aku luangkan sikit untuk update blog terchenta. Aku open balik kad memori tepon aku, tuk tengok balik gambar2 yang aku dah snap. Tak sampai beberapa bulan aku pakai Nokia C3, lebih kurang 800 gambar aku snap pakai tepon tu.

So, aku pick up gambar aku pergi ke pejabat P1 Wimax yang lokasinya di Petaling Jaya. Kalau korang ikut jalan federal highway tu, dia dok belah kanan korang la. Besar punya bangunan cam tu kalau tak nampak, tak taw la cek nak habaq cam na..

Nie la pejabat dia..

Packet hub!

Pintu "gerbang" ke P1 wimax nyer kaunter..

Aku datang sini bukan nak mengadu tak laju ke speed, bill tak sampai ke.. no no.. aku datang sebab nak tukau modem lama aku tu yang kaler hitam ke kaler putih! Sebab yang putih (baru) siap ade Wifi sekali, tu yang semangat nak tukau tu, siap amek cuti kau aku ke sini.. tapi kalau ade masalah ngan P1 nie, korang leh shout lam twitter je.. =D senang kan?


Nie la modem yang aku dapat.. tukar yang lama..

Tempat menunggu yang kondusif.. selesa..

Pelbagai barangan P1..

Salah satu sudut di kaunter P1..

Aku sedang mencuba laptop yang ada Wimax build in.. hehe blog sape tu?
LOL~

Masa nie aku ngah tunggu modem yang baru.. weee~

Berurusan dengan mereka tak lama, tu yang best. Korang kena sign kat form yang dah disediakan then got your modem! easy right? Tak de la macam kat tempat lain, kena isi nama lah, alamat lah.. pffff~ sangat memenatkan! Dah dapat modem, aku pon blah la dari situ. huhu~

Kalau korang nak twit2 ngan dorang, sila follow dorang kat SINI
ataupun ke laman web dorang http://www.p1.com.my/

Enjoy! see next post guys! as salam...

Feb 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTM by shahroll

As salam to all,


Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan pergi ke Masjid UiTM seawal jam 9.15 pagi untuk mendengar ceramah yang pada mulanya aku tak tahu siapakah ahli panel yang akan beri ceramah tentang sambutan Maulidur Rasul kali nie. Aku pergi sorang dari office dan berjumpa dengan rakan2 lain di dalam masjid.


Inilah Masjid di dalam UiTM, dan tempat diadakan ceramah tadi.

Di persekitaran, terdapat banyak sepanduk2 yang aku percaya adalah dari setiap fakulti dan bahagian dalam UiTM yang berarak untuk sambutan Maulidur Rasul. Difahamkan, terdapat 10 kontijen daripada staff (campur fakulti dan bahagian) dan 5 kontijen daripada pelajar. Untuk makluman, penyertaan kali ini agak memberangsangkan dari tahun sebelumnya.


Keadaan di dalam masjid. Masa nie Dato' Naib Canselor ada bersama jemaah yang lain untuk memberikan sepatah 2 kata serta menyampaikan hadiah untuk Tilawah Al-Quran yang telah dimenangi oleh pelajar antarabangsa (lelaki).

Setelah penyampaian itu, Dato' VC mempunyai urusan yang lain, tetapi komitmen Dato' terhadap pembangunan insaniah di UiTM, tak dapat disangkal. Sesibuk mana pun, tetap akan meluangkan masa. Salute sama Dato' VC. Dan, ahli panel untuk memberikan ceramah telah pun kelihatan, memula tengok macam tak kenal, lepas 2-3 kali tengok, Ya Allah! Aku kenal dengan Ustaz Amin nie. He is blogger. YES! ini blog beliau http://www.ustazamin.com

shahroll bersama Ustaz Amin

Kalau tak silap, ustaz Amin banyak keluar di kaca Tv untuk program "Tanyalah Ustaz". Patut pon macam pernah nampak. Plus, aku memang follow blog beliau. Dan, ceramah beliau banyak berkisar tentang perkongsian ilmu. Dan lebih menyeronokkan, ceramah beliau tak boring. Aku ulang, TAK BORING. Sebab slide demi slide akan ada unsur2 multimedia (tayagan video) dan aku masih ingat sampai sekarang, pasal Istanbul, Turki. Tengok video kat bawah nie.

Maaf, rakam pakai Nokia C3

Actually, aku tak pernah tengok filem "FETIH 1453" nie. Aku berborak ngan kawan office aku, Bard, apesal tak de movie yang cam nie ditayang? uhuhu~ not bad what. Cool kot? untuk contoh trailer yang lain boleh click SINI
Selain itu, Ustaz amin juga berkongsi cerita tentang pengalaman beliau di Saint Petersburg, Rusia tentang beliau meng-interview para penyelidik yang menyelidik (pengkaji) tentang Bahasa Melayu. Saksikan video nie;

quote from: Ustaz Amin blog

Tak cukup rasanya masa yang diberikan oleh Ustaz Amin akan pengalamannya semasa beliau di Rusia. Beliau menambah lagi, ".. Kalau ada pelajar PhD melanjutkan pelajaran, pergilah ke Rusia, pergilah kaji tentang Alam Nusantara dan Alam Melayu itu sendiri.." teruja aku mendengarnya, macam esok aku nak ambil PhD, huhu~

Terima kasih juga kepada television Al-Hijrah yang datang buat coverage. Tak sangka pulak mereka datang ke UiTM. Boleh la korang melihat nanti di kaca tv ya! =D see next! As salam..

Tazkirah: Ancaman meninggalkan Solat Jumaat

As salam to all,


Selamat Hari Jumaat. Penghulu segala hari bagi umat Islam khususnya. Banyak keistimewaan hari Jumaat nie (sini). Tapi, aku bukan nak berbicara tentang keistimewaan, tapi Solat Jumaat.


Aku quote dari e-Hadith JAKIM;



Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”


(muslim)


Huraian:
1) Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. 


2) Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. 


picture credit: Mananugraha

3) Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


Sumber/original: JAKIM

Feb 24, 2011

Program jualan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam by shahroll












As salam to all,

Tengahari tadi aku sempat jenguk2 ke dalam Dewan Sri Budiman (DSB) untuk melihat peniaga berniaga jualan mereka. Rata-rata banyak yang jual coklat. Yummyy! sedap kot? so, aku try beli coklat plus with Durian kat salah sebuah gerai yang ada.

Ada jual baju, buku dan ada jugak tayangan filem dalam tu (lihat atas). Bagus la ade aktiviti cam nie, dapat mendedahkan perniagaan dari Bumiputera yang ada untuk dikembangkan.

Aritu tak banyak sangat yang jual coklat neh (sila rujuk Coklat Fair)

nak beli lagi la coklat tu.. sedap!!

Minggu ke 09 dalam 2011: Banyak event! by shahroll

As salam to all,


Pe kaba?hope sehat belaka la ye. 4 hari kau aku tak hapdet blog. Punya la busy kan? (ye la tu!) HAHA! bukan pe, asal aku login blogger nie, sure mata dah stok melekat2 nak tidoq. aduh! Penangan semester ni, hebak! (slang Kelantan puhhliss!)


Kat tempat kerja aku, ade event yang best sedang berlangsung dari 21hb sampai la esok, 25hb, yang mana Amanah Raya Berhad buat promosi la kirenyer. Best juga masa opening hari tu.


photo credit: JSP Blog

Opening, dimulakan dengan bacaan doa oleh Pustakawan PTAR, En. Izwan Salem dan di susuli dengan Pegawai Kanan oleh ARB. Then, Pemangku Ketua Pustakawan, Puan Faridah Talib pula memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis tersebut. Even majlis nie dibuat pada hari Isnin, yang rata2 masih dalam Monday Blues, dengan kebijaksanaan Pegawai dari ARb itu, membuat kami tak lah bosan sangat, sebab tak formal! Cakap santai kata orang... tu yg best..

Dan yang best, ada kuiz yang boleh disertai dan boleh menang RM350 setiap hari! haha.. leh try nie.. mana taw naseb badan betuah ke kan.. see next guys! As salam..

Feb 20, 2011

No Strings Attached: Natalie Portman and Ashton Kutcher by shahroll

Wasappp yoww!!


Seperti yang aku janji tadi, aku nak update pasal filem ni kan? Ok,aku tak plan pon nak tengok filem nie, but dah sampai sana, ada cerita Yogi Bear tu ngan cerita nie je yang ada time tu, so aku pick up random tuk tengok filem berunsur 18 keatas neh (ye, saya dah 18 keatas ok.. =P)


picture credit: Direct Preview

Disebabkan pelakon untuk cerita nie kahhcak dan cute, ok la jugak jalan ceritanya. Menggunakan elemen romantik komedi membuat korang tersengih-sengih then gelak lah. Tapi ada scene yang too drama, so bit bored di situ.

Cerita bermula dengan zaman remaja, pertengahan dan dewasa. Ashton membawa watak Adam dan Natalie membawa watak Emma dimana masing-masing mengenali satu sama lain pada zaman remaja, 15 tahun yang lepas di salah sebuah camp yang dorang pergi.

Then, dorang berjumpa lagi setelah berpisah untuk kali ke dua dan di saat ini, mereka dah dewasa. Asasnya, hubungan dorang nie adalah "KAWAN" tetapi have the sex in the morning! cam ne tu eh? kawan but having sex??

Picture: Google

Itu lah yang dimaksud kan oleh penulis skrip, Elizabeth Meriwether yang menulis "No Strings" itu sebagai perhubungan yang tiada cemburu, tiada hadiah, tiada komitmen, tiada harapan, tiada bergaduh mahupun tiada bunga?. [quote: HERE]

Filem nie mengigatkan aku pasal berita di dalam akhbar tempatan yang mana, kisah sebegini adalah "realiti" di sini. Pasangan yang hanya mahu "Sex Buddy" or "Fuck Buddy" atau dikenali sebagai "FUBU" menjadi gaya hidup yang "baru". OH gosh! sini bukan Barat, ok?

Apa pun, kalau korang pergi ngan  "KAWAN", jangan tiru aksi dorang dalam filem nie ok! Not nice.. not sweet lah.. kah kah~

Happy watching!

More picture: HERE

p/s: memang tak seswai 18 tahun kebawah!.. 

Portraiture photography: Di Taman Tasik Perdana, KL by shahroll

As salam to all,


Happy Sunday! What your plan today? Aku tak de pergi memana lah sebab dah keluar semalam tengok cerita " No Strings Attached". Merapu betol cerita tu. Apa? nak aku review? ok, boleh lepas aku habeskan post nie dulu aite =D


Sesi kali ni bukan outing, but job berbayar. Yang deal ngan aku untuk sesi bergambar Anum dan Ain. But, dihari kejadian pertambahan "model" (adik Anum). Aku ok je, shoot juga. Dan, aku pelawa kawan2 fotograpi aku iaitu, Mohd Azahari Roslan, Apai Design dan juga Siti Norain.


Masa yang dijanjikan 9 pagi. Dan mula shoot dalam 10.00 pagi (lebih kurang). Sebab tunggu kawan2 lain dan juga Ain. Then mereka mekap2 sikit (by Anum) terus shoot untuk client pertama: Ain


click HERE for big scale

Lepas 10 minit, bertukar pulak untuk client ke dua: Anum. Cuaca kat TTP tak la panas sangat, cuma keadaan mendung, tapi berbahang. Aku yang amek gamba nie pon merasa air peluh menitik2, lagi la model kan? cair mekap! Tapi pastu kitorang pergi tempat yang redup2 sket, Macam gambar Anum kat bawah nie;

click HERE for big scale

Untuk sesi nie, aku cuma pakai 2 tempat je kat dalam TTP tu. Sebab aku ada limit kan masa. [ads] Kalau anda berminat untuk mengambil gambar portrait, sila hubungi saya di email: shahrollphoto(at)gmail.com, harga serendah RM100[ads] Dan untuk gambar last, adik kepada Anum, Sue;

click HERE for big scale

BIG thanks pada kawan2 aku yang hadir bersama aku pada sesi nie. Lain kali ade job, aku panggil korang lagi. Meramaikan jemaah.huhu~ buat kerja sorang2, penat juga kalau tak de kawan2 membantu. Yelah, mana nak pegang speedlite nak buat CLS, pegang reflector, pegang air Revive, aduss.. air pon nak kena pegang **grin**

Ok guys! Selamat berhujung minggu.. see next! As salam...

Feb 18, 2011

Layan Nasi Arab bersama Officer JSP! by shahroll

As salam to all,

Semalam punya cerita. Patut semalam gak update, dah ter"pending" sebab berat beno kepala semalam, bukak PC pastu tutup balek. Mood ke laut pulak. Laut mana? Laut China Selatan meyyh! HAHA.. Ok2, melalut2 dah, topik asal puhhlisss!

Aku makan Nasi Arab dekat seksyen 7 ataupun lebih tepat belakang Unisel (Universiti Industri Selangor) but right now dah tukar nama Universiti Selangor. Aku bersama pegawai aku lah (My boss!). Dah lama gak plan makan kat sini (pinggan besar punya), tapi bese lah, ade je aral melintang!

Haaa.. tu diaaa.. sorang separuh ayam bedal!

CLOSE UP! kasi baka line.. hahaha

Yang nie pulak, macam kebab. 
Pakai roti arab plus daging kambing.. SUPERBB!!

Makan sambil berbincang pasal hal kerja (cess!! time makan kot?) sedar tak sedar, cedok punya cedok, ade la sorang 4 kali tambah, maka dengan itu pinggn yang penuh dengan nasik berkaler kuning tu jadi "hilang". HAHA! kuat betol makan...






Zazzzz!! see??  Tadi ada, now dah tak de.. =P

Korang patut mencobe nasi arab nie. Yang dah cuba, sure nak telan lagi. Memula makan portion yang kecik (RM10) but now, dah layan portion besar dengan kadar RM25 hengget. Yup! Rm25 untuk pinggan besau tu.. =D

See next yow! As salam..

Feb 17, 2011

KLFB: Facebook Developer Garage!! by shahroll

As salam to all,


Pepagi Khamis aku mulakan dengan membuka #twitter dan juga akaun Google. Then baca blog dan semestinya aku tengok2 blog yang aku follow. Dan yang menarik perhatian aku pasal KLFB.


Apa tu?



Facebook Malaysia membawakan Facebook Developer Garage yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Februari 2011.


Melalui program Facebook Developer Garage ini, para pembangun akan mempelajari segalanya berkaitan platform Facebook daripada para pembangun Facebook sendiri, dan menariknya, program ini disediakan secara percuma.
Facebook Developer Garage ini akan mendidik para pembangun dalam membangunkan aplikasi Facebook mereka, dimana melalui acara tiga hari ini, pelbagai aktiviti akan diadakan, dimana para pesertanya akan membangunkan pelbagai prototaip, dan kelak akan mempersembahkannya kepada umum pada hari yang terakhir. 


Prototaip dan aplikasi Facebook yang menarik, kelak akan dianugerahkan RM2,500 dalam meneruskan pembangunan projek Facebook mereka.
Facebook Developer Garage juga mendapat sokongan daripada Tandemic, iaitu salah satu agensi konsultan tempatan berkaitan rangkaian media sosial.
picture credit: HERE

Facebook Developer Garage juga merupakan salah satu daripada 30 program yang disokong sepenuhnya oleh Facebook dan Intel pada tahun lepas.
Para peserta yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada laman rasmi Facebook Developer Garage Kuala Lumpur, yang mana akan diadakan di Institut APIIT di Bukit Jalil. [credit: Ahmadfaizar Blog]


**********


Serius best gile kot? Workshop 3 hari yang sarat dengan ilmu pasal Facebook. Yelah, asyik jadi user je, baik jadi Developer lak kan? =D details korang leh pergi ke laman web dorang di http://klfb.urekaweekend.com/

Feb 15, 2011

Salam Maulidur Rasul [12 Rabiulawal 1432 hijrah] by shahroll

As salam to all,



Pada 12 Rabiulawal 1432 hijrah (bersamaan 15 Febuari 2011), adalah hari kelahiran (maulud) rasul junjungan kita Rasullullah s.a.w . Kita menyambutnya bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan islam.


Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Jom sama-sama Selawat dan Salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad S.A.W [quote: fb]


Doa quote: HERE


Feb 13, 2011

Open House CNY: Cool Zone Hair Saloon by shahroll

As salam to all,


How are you? hope everything ok la eh. Aku baru balik dari Telok Panglima Garang hantar mak aku ke klinik. Ok, Jumaat lepas aku ada pergi ke area Bangi untuk sambutan Chinese New Year di saloon kawan aku, Peggi Chong. Aku gerak dengan Fauzi, President Camp untuk branch Kem Setia Ikhlas.


Flash back sikit. Aku, Peggie and Fauzi satu team dalam PLKN dulu. So no wonder kitorang leh kenal. Ramai lagi kawan plkn, but right now, banyak bawak haluan masing2. Ada yang berjaya, TAHNIAH! tapi ape aku nak tekankan kat sini, program PLKN tu bagi aku memang cukup berkesan, dan hasilnya seperti korang leh lihat sekarang. Thanks to Malaysian Government yang do it PLKN. Kudos!


So, berbalik dengan cerita asal, aku sampai ke sana dalam 8.45 malam. Aku memang tak tahu jalan ke sana, thats why aku ikut Fauzi. Sesampai sana, aku cuba cam landmark yang mana, terletaknya PKNS Bangi dan McD besar depan kedai Salonn nie. Dan, kedai Peggi terletak kat bahagian atas. Bawah ada kedai mamak dan juga 7-Eleven.
Untuk gambar lebih besar: SINI

Gambar kat atas tu aku bersama Peggie dan juga Kent.Thanks to Niena Shah yang jadi second photographer malam tu (adik aku). Gambar nie lepas kitorang buat "yee sang". Untuk gambar2 lain, korang ke photo-blog aku ya.

Terima kasih pada Peggie sebab menjemput saya dan rakan2 PLKN yang lain. Korang yang ade event yang akan datang, jangan lupa roger kawan2 yang lain k! Korang yang duduk kat area Bangi tu, boleh ke Facebook COOL ZONE HAIR SALOON. See next yaww! As salam..

Alamat Cool Zone Hair Saloon:
203A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650, Bandar Baru Bangi

Feb 10, 2011

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! part #3 by shahroll

As salam to all,


Cerita bersambung dari part #2 makanya, nie last part untuk kesinambungan story about my journey kat Sekincan. Lepas aku shoot siput mentarang kat Sungai Leman, aku dan Paman Aheri balik ke Kuala Selangor untuk solat, mandi,lepaking dan sebagainya. Rumah di support by Paman lah (rumah mak dia).


Transfer gambar dalam lappy comel Paman, then edit pastu load terus lam Facebook. Best dan tak penat pulak nak edit2 bagai lepas shoot, tu lah kate orang kalau dah minat, setel je, kan?


Dalam jam 4.30 petang camtu, kitorang dah sesiap nak ke Bagan Sekincan. Nak shoot sunset katanya. Awan petang masa tu tak best langsung, agak cloudy. Dalam jangkaan, memang sunset tak cantik lah nak shoot. Tapi Paman ada helo2 kawan dia kat area Sekincan dan bertukar shoot sunset tu dengan sesi "meracooon" ND Filter. hhuhu~ layan slow shutter.


Aku yang agak "high" sebab tiupan angin laut, leka tak shoot pon! Al-maklum lah, lama tak layan laut, i mean ketenangan laut. Ramai orang masa petang tu. Anak-anak bermain air, ayah bawa anak kecil, amoi2 dan leng chai pon ade sebab petang raya cina aku pergi sana, penjual aiskrim (look like Pakistani punya orang) dan lain2.. terlalu banyak pulak aku nak taip satu2.. =P


Original pixel can go to: HERE

Tu je la aku shoot. Pakai Nokia C3 je, event kamera bawak aku shoot lain! bukan sunset pon. Pastu, aku ada buat 3gp sket. Ala-ala Vblog la kan, tapi still ada perasaan nerves2 depan kamera to record! Now aku ngah biasa2 kan diri la nie.. =D

Enjoy!!

Ok, tu je nak share ngan korang. For conclusion, outing kat Sekincan bersama Paman memang syOk! Aku mungkin repeat lagi outing nie, but akhir bulan 3 lah sebab tunggu sawah padi naek cantik punya. Boleh bawak model sekali, =D. Ok lah, see ya.. as salam...

Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)

As salam to all,


Tadi aku baru balik dari DATC yang mana, mendengar serta menghayati Amanat Tahun Baru yang disampaikan oleh VC dengan begitu bersemangat dan jelas tentang misi dan visi serta halatuju UiTM selaras dengan perlembangaan negara.



Jika tanya kat aku, pandangan sebagai staff sokongan a.k.a pentadbiran, beberapa elemen atau aspirasi yang baru telah dibuat oleh Dato' VC dalam pentadbiran Dato'.Bertepatan dengan tema Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tahun ini adalah "Pengajian Tinggi Ke arah Transformasi Negara".

Kenapa Transformasi? dan, apa transformasi itu sendiri? aku ambil petikan dari web JASA berbunyi;

Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan. 
Maka dengan ini pendapat aku, budaya kerja itu sendiri yang kita perlu ubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. Mungkin pandangan aku berbeza dengan hadirin yang lain, aku cuba memandang dari sisi yang sama dengan Dato' VC, dan cuba memahaminya.

Nikmati slide yang aku sempat snap pakai Nokia C3:-

Untuk mencapai World Class universiti, UiTM bekerjasama dengan Universiti2 luar dan tersohor.

VCSP: Special project, sound like GREAT! =D

Gagasan 1 Malaysia: Inspirasi dari Dato' Sri Najib Razak.

Penghargaan dari Dato' VC untuk Jabatan Pendaftar dan juga Bendahari

Pendekatan Dato' VC: Menggunakan social networking Facebook untuk berinteraksi secara terus dengan students dan juga staff. LOVE it!

Jabatan aku (PTAR) juga disebut oleh Dato' VC =D

CEGAH PLAGIAT!!! satu isu yang dipandang serius oleh Dato' VC 

Tadi sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftar dan juga Jabatan Bendahari kerana menjadi contoh kepada jabatan-jabatan yang lain untuk meningkatkan mutu kerja dan juga kecekapan. Syabas diucapkan!

Selain itu,Dato' juga amat disenangi oleh para pelajar kerana sikapnya yang ramah. Korang boleh tengok dalam Facebook pages Dato' kalau korang nak tengok ataupun mahu mengenali Dato' VC dengan lebih dekat. Aku seronok bila VC cakap "i lOVE my students!" salute sama Dato'. =D because i'm student too.. huhuh..

Full House owhh DATC!

Aku stop kat sini, kang korang bosan pulak aku tulis panjang2. Harap pengunjung blog aku yang staff UiTM, boleh kongsi2kan maklumat/pandangan korang pasal Amanat nie tadi lam komen ya! Amat dialu2kan.. =) as salam..

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...