Al Barakah

cari artikel blog disini

Loading...

Jan 31, 2011

The New Shaolin Temple : Glitterati Plus MY Day Out! by shahroll

As salam to all,


Hari Sabtu lepas, aku bersama community G Plus MY (Nuffnangers) melepakkan diri sambil menonton wayang film dari Hong Kong, The New Shaolin Temple. Big thanks pada G Plus My sebab jemput aku ke sana. Tak lupa jugak pada kawan blogger, Phreak-ID yang shout kat aku mende nie dalam inbox sms aku. Thanks kat bro jugak! =D


Aku datang sharp 4.30 petang, then nampak Suresh,Tian Chad, Shah (Mr.President G Plus My) dan rakan-rakan yang lain. Dorang masuk dulu, aku tunggu bro Phreak yang agak kelewatan 15 minit sebab jammed! Anakperak (Emy) menggantikan Hamzah ian untuk petang tu.


Now, pasal cerita. Starting cerita bit bored, sebab sedikit drama memula, but pastu cerita tu makin ok dan ok sampai aku leh cakap best. Dengan adegan "rancak" pasal kung fu (dari zaman Drunken Master aku ske kung fu) sampai le ke kancah peperangan.


Andy Lau

Fan Bingbing
photo credit: Google


Andy Lau nie watak dia bermula jahat then menginsafi perbuatan jahatnya itu lalu dia bertukar wataknya kepada baik. Terus jadi sami. Dia jadi cam tu sebab anak dia dah mati disebabkan kejadian perebutan kuasa. Last2, dia jatuh, tak ada kuasa. Isteri (lakonan Fan BingBing) merasa gembira dengan perubahan laki dia tu.


Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Nak taw lebih lanjut, korang pergi le ke cinema berdekatan dengan korang k. Aritu, aku duduk seat depan, ade bunyi2 orang nangis, perghhh sangat emo aku rasa. Orang yang dok sebelah aku, rasa nanges gak kot.. bunyik srottt~ srottt.. sobb sobb.. kah kah~ sape tu ek? hohohoh..


See ya next time! As salam..

Jan 29, 2011

HIMPUNAN AYAT-AYAT Al-QURAN & HADIS TENTANG PERKAHWINAN

As salam to all,


Masa aku ngah buat kerja kat workstation aku kat umah nie, aku mencari-cari hadis yang berkaitan dengan perkahwinan dan hasilnya, aku dapat dari fotopages CahayaKad. Thanks kepada CK yang himpunkan hadis yang ada. Bacalah! =)


01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani) 



photo credit: SH iMAGE


09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1) 



Tambah-tambah lagi, aku dengar lagu dari Maher Zain: For The Rest Of My Life agak sebak disitu, =') As salam...  

Entry yang bercampor-campor, manis ada, masam pon ada! by shahroll

As salam to all,


Pe kabo hari nie? Hope semuanya sehat2 sentiasa la ye. Aku cam nie je lah. Membulat dan bulat, macam orang sekeliling aku tegur. Tak amek hati pon, ada yang bagi respon best dan ada yang tak. Bese lah, respon manusia, negatif sket tu bese. Ada yang kata aku senang hati, well dalam hati sape taw der.. =D


Now, bila dah nak masuk bulan Februari, kerja2 di pejabat seperti biasa aku uruskan, but jabatan aku planning nak buat kelas lebih dari tahun lepas. Sebab target 12 kelas, but kitorang dah sasar lebih dari sepatutnya. Syabas to my officer dan jugak aku. hohoh~ [click here: Research Support]


Untuk blog education, aku boleh katekan aku dah mencurahkan segala bakti untuk menaikkan blog tersebut untuk mencapai target yang disasarkan. Alhamdullillah, dari tahun 2009 ke 2010, peningkatan tu ada (click HERE) dan untuk tahun nie, usaha berganda aku kne buat untuk memastikan, pengedaran maklumat itu sampai kepada pelanggan (pelajar,staff), insyaallah.


Aku dengan senang hatinya, tumpang iklan blog jabatan aku ke dalam blog personal aku nie. Berkongsi maklumat yang ada. Sebab blog tu baru nak naik, so aku bantu lah dari segi perkongsian "traffik" aku yang tak berapa nak kencang nie ke sana.


Lagi?


Untuk pagi (Jumaat) tadi, belah pagi ada 2 ceramah yang berbeza. 1 tazkirah dan 1 lagi pasal muzium. Kedua-dua event tu aku datang. Tazkirah tadi bertajuk "Budaya Perdana" berkaitan dengan pelaksanaan kerja yang dilakukan oleh setiap orang. Then, untuk tazkirah pulak, satu blog khas telah di UP oleh pengerusi tazkirah iaitu Encik Izwan di link: Tazkirah PTAR dan beliau juga mempunyai blog persendirian, kiranya blogger juga lah.


Apa yang masam nyer Roll?


picture: Google
Bukan masam la guys, now blog aku tak leh di "view" kat tempat kerja aku. Aku baru taw tadi. Aku tanyer technician, dorang dah BLOCK semua blog yang ada dan yang paling syok blog aku di mark as ENTERTAINMENT blog. Gossshhh! sampai cam tu sekali? tak pelah, besok2 aku bawak laptop sendiri and broadband sendiri, so leh la aku VIEW (semata-mata) blog aku puas2.. hooyeahh! (bisikan amarah..)


Dan last sekali, hari nie kelas Matematik siap ada quiz. OH Best! walaupun aku ingat2 lupa matematik moden form 5, aku try refresh balik, tak jauh pon, baru 7 tahun aku tinggalkan sekolah menengah.. hoho~


Ok lah, penat sudah.. see ya esok! As salam...

Jan 27, 2011

Google: Open Office in Malaysia, what say you? by shahroll

As salam to all,

Aku baru terbaca today kat MSN pasal benda nie. Google nak bukak office kat Malaysia nie. Wah! good news la kan? Sesiapa yang ada pengalaman dan kelayakkan dalam sistem dan komputer, don't miss it!

Picture credit: WanWidget

Kenapa Google nak bukak office kat Malaysia nie?

Petikan dari MSN;

"The online environment in Malaysia is growing rapidly, with significant developments in both broadband Internet access and e-commerce activities," he told reporters.

Julian berkata lagi;

"We are pleased to establish our newest operations in Kuala Lumpur, where we can draw from the highest quality local talent to further help users find the information they're looking for," he added.

Terbaek dari ladang nie. Kalau aku ada master in computer system, boleh le apply job kat Google! HAHA~ See ya next! As salam... =)

Jan 26, 2011

Why lately so obvious? by shahroll

As salam to all,


Nasik goreng gam plus milo panas hari nie punya breakfast. Tak sedap langsung, nasib baek bayar murah je. Today lepaking with teman sekerja aku lah. Kawan aku nie dah lama tanya pasal blog2 nie, but aku je cam malas nak bagi penerangan secara details.


Bukan apa, aku bukan hebat dalam bidang nie. Cukup sekadar "suka-suka". Cakap lebih kang, claim "bajet howt" also "master" pulak. So, persoalan beliau aku jawab jugak, but tak full.


Blog about what? picture credit : Eddie Rainbow

Gambar tu aku cilok kat Google. Nampak nice, so tepek je kat sini. Boleh jadi rujukan aku mase depan kalo dah tak ada idea nak menulis, huhu~ berbalik pada tajuk utama, WHY lately so obvious? about what? Blogging!

Mungkin disebabkan, "master2" blogger telah terpapar di dada akhbar lately. Ramai yang bertanya itu ini, paling best, how to generate income with blog? Owh! come on! its not the simply like you imagine lah dear. Sebab pe?


sebabnya:-


1) Nak establish on 1 blog bukan senang
2) Kena jadi blogger susah-mati-depan-PC or laptop
3) Idea mencurah2 seperti coklat mengalir ke ladang gandum
4) Pandai tarik reader ke blog ko, cara? macam2 cara
5) Niat bukan tuk duit semata, serius ko keciwa kalau pasang niat cam tu


Lagi baca kat SINI


Kalau dah ready untuk semua itu, so ok lah.. jom memeriahkan dunia blogging! =D As salam..

Jan 25, 2011

Belajar bahasa ke-3, agak menyeronokkan! by shahroll

As salam to all,


Right now, aku ada belajar bahasa ketiga untuk sem nie. Dan untuk Office Management, bahasa ketiga adalah bahasa Mandarin. Aku baru je belajar yang basic-basic pasal Mandarin nie dan my lecturer is Ng Leng Leng (laoshi).


Penekanan pada awal kelas pada sebutan-sebutan number yang bermula dari 1 hingga puluh-puluh. Agak kekok gak nak sebot masa memula tu, but nak belajar bahasa apa pun, sama jugak kekoknya. Nama pun 3rd language.


Untuk basic, tak de belajar pasal tulisan Cina lagi, sekadar tulisan rumi saja. itu pun kena gak hafal dia punya sabdu (tanda-tanda bacaan) yang ada. Contoh? macam nie Xuéshēng bermakna pelajar (tengok tanda bacaan kat E ) yang tu la kena faham dan hafal.


Picture: Google


Buku dibekalkan dengan CD untuk membantu pelajar dalam proses mendengar dan menambahbaik sebutan dengan betul. Aku kadang tersasul2 gak bunyi Mandarin nyer. Dah jadi lain maknanya. Tatabahasa dalam Mandarin pun lain, terbalik dari Bahasa Melayu. So, kalau direct translation, agak pelik sikit la bunyik nyer.


Kalau diberi pilihan, aku lagi suka Jepun. Tapi, Mandarin pon ok jugak sebab boleh belajar dari kawan2 yang berbangsa Cina kat Malaysia. Cuma now aku agak keliru dengan beberapa dialek yang ada macam Kantonis.


Ok lah, see next! Zàijiàn! As salam.. =)

Jan 23, 2011

Tanjong Karang: Klasik view turn to Urban, perlu ke?

As salam to all,

Aku baru balik dari kampung. Dah lama tak lepak kampung, so dah alang-alang mak aku ajak balik, layan jugak. Kampung kat Kuala Selangor je, tak sampai 2 jam menuju ke sana. Tapi, selalu nya aku suka lepak kat area Tanjong Karang (umah sedara aku kat sana) sebab leh layan pemandangan sawah padi yang cool dan best.

Kalau dulu, masa aku belum "gila" dengan kamera DSLR nie, rakaman untuk pemandangan sekitar pekan Tanjong Karang nie, terhenti setakat di retina aku saja. Bukan nyer aku rakam pakai mata, metafora je tu. HAHA~

Sekarang yang aku lihat, pekan yang dulu nya aku boleh katakan dengan kepadatan penduduknya yang berbangsa Melayu, dan rata-rata nya petani yang mengusahakan sawah padi, bertukar wajah dengan sedikit perubahan pada wajah pekan nie.

Banyak bangunan baru yang makin lama, makin giat dijalankan. Bagus lah, itu tandanya ADUN or YB yang jaga kawasan tu, buat kerja lah kan? Tapi, sejauh mana pembangunan sana sini dapat mengekalkan "ke-klasik-kan" wajah Tanjong Karang yang dahulunya, mungkin hilang sikit demi sikit.

Ada bagus dan tak, but i'm choose the classic.. =')

Jan 21, 2011

AYOUB: Final episode on Samarinda by shahroll

As salam to all,


Semalam last cerita Ayoub kat slot samarinda. Lepas habis cerita tu ingat nak hapdet la pasal cerita tu,hampeh! lelap terus. So, ada sikit masa nie, boleh la hapdet jap. **wink**


Ayoub yang kita taw mengidap penyakit ganjil (kudis or kurap not sure) but something yang agak scary gak. Second final episode, Ayoub macam dah "lost' and make nonsense thing nak deal ngan "Syaitan"untuk lepas dari penderitaan sakit tu, BUT naseb baek ada orang yang datang bagi salam, terus tak jadi. fuhh~ silap2 jatuh syirik dah tu.


Iqram or Ayoub?



Then, bekas isteri, Zerri datang balik lepas si Ayoub nie sembuh 100%. Hermm, masa sakit membebel, sampai kena cerai ngan Ayoub. Dah sehat, pandai pulak nak datang balik. Huhu~ 



the last, si Wan Aidil paling kesian. Dah la dapat sakit macam Ayoub (lagi teruk.. eiiiuuw jijik kot!?) last2 kena bunuh ngan orang yang dia suruh bunuh Mat Salleh tu. Mati macam tu je. But, sebelum tu ayoub ada datang ziarah si Wan Aidil nie, nak mengucap pon tak boleh! Yang aku dengar, lagu "Anak Ayam" dia tu. Tapi sebelum tu sempat gak dia bagitaw yang dia yang buat semua perkara2 jahat tu (dah terlambatt..)


Lagu tema cerita nie: SEPI by Sixth Sence


Nice story. Malangnya, aku layan cerita start pertengahan. Kalau ada ulang tayang lagi, sure awal2 aku tengok. Keep it up TV3! love slot Samarinda. Ok dah, see ya! As salam..

Jan 20, 2011

Chocolate Fair at UiTM Shah Alam [DSB] by shahroll

As salam to all,

Thaipusam today. Happy public holiday peeps! Korang suka makan coklat? selain dari jenama coklat yang korang selalu makan, ada pernah try coklat dari buatan Malaysia punya? Kalau tak pernah, meh baca posting aku sampai habis.

Sepanjang minggu lepas, 1 event berlangsung di UiTM. Fakulti mana yang anjurkan aku kurang pasti, mungkin dari Fakulti Business kot? Kalau ada students UiTM baca post nie, leh correct me lah.

Dalam banyak2 yang dijual, aku suka pergi ke booth coklat. Selain dapat test makan coklat free (sikit je..) harga promosi dorang pon not bad! Banyak gak penggemar coklat kat dalam UiTM nie (lagi2 gurls).

Ada 3 company yang buat jualan, but aku amek salah 1 je la eh. Check out my photos below.. =D

Coklat plus Durian

SALE! SALE! SALE! =D

DEZZARIZ SDN. BHD
No.122, Jalan Desaria 9, Taman Desaria
Nilai 5, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
h/p: 016-485 5738

Besar atau kecik semua ada.. 3 pack RM10 hengget je..

Time for eat!! lalalalla~

Selalu orang kata, makan coklat tu menggemukkan. NO LAH! Coklat nie bagus makan owh, sebab pe? baca bawah nie,

Chocolate is made from plants, which means it contains many of the health benefits of dark vegetables. These benefits are from flavonoids, which act as antioxidants. Antioxidants protect the body from aging caused by free radicals, which can cause damage that leads to heart disease. Dark chocolate contains a large number of antioxidants (nearly 8 times the number found in strawberries). Flavonoids also help relax blood pressure through the production of nitric oxide, and balance certain hormones in the body.
source: About.com 

So pas nie tak de lah kata coklat tak bagus ye! (kadar kuantiti yang sederhana) berlebih2 makan, lain pulak jadinya.. huhu~ k, enjoy cuti today.. As salam..

Jan 19, 2011

Who is Anis Nabilah? Please ANSWER me! by shahroll

As salam to all,


Lately, mood blogging dah semacam lari kepada side masakan pulak. Bak kata **phreak-ID**, dah ala-ala blogger Mat Gebu katanya. Wah! Jangan begitu, aku tak de niat nak jadi chef nie. Cuma aku suka masak (yang simple2 je) cam Nasik Goreng ke, Mee Goreng ke, now nak belaja nak masak yang berat-berat sket =D


Ok, who Anis Nabilah? Lawyer kot? tak pun, perisik? NO LAH! She is talented CHEF yang baru naik (dah top rasanya) dalam bidang masakan. Kalau korang jenis layan channel AFC (Asia Food Channel) kat Astro, sure korang taw.


Chef Anis Nabilah
picture credit: Google

Lawa kan? Aku dah kata, mata aku belum rosak lagi (hopefully NOT!). Dah la lawa, pandai pulak masak, memang calon pilihan korang kan? Tapi, korang tak leh amek AN, sebab aku dah cop! (pulakk..!) HAHa, gurau2 je..*wink*

Bukan senang nak masuk kat channel AFC nie
picture credit: placesandfoods

Aku quote resepi dari Tumblr Anis Nabilah yang aku nak try la pas nie, cam sedap je! =D *sluurrpppss**

BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan:

> Puding Roti
1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)


> Sos Vanila
1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 170c. 
Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.

Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati

Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 

Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak

Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.

Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti. 

************

Adakah aku baru join race makan-makan, aku dah tersampok nak jadi food blogger? Arghhhh!! kena belajar ngan KY speaks aaa pas nie! can ar KY xiansheng?? =D 

see ya next!

Syurga perfume online: rambang mata nak beli! by shahroll

As salam to all,


Pakai minyak wangi? Selalu korang beli minyak wangi jenis apa? Yang murah ke yang biasa2 je ke atau yang mahal2 je? Tak kisah la jenis apa pon kan, janji korang selesa dengan bau yang dihasilkan. Kalau aku pulak, tak stick 1 jenis perfume, mana hidong aku bau "sedap" tu lah yang aku beli.


Kadang sesetengah lelaki dah biasa dengan bau minyak wangi tu, dia nak stay dengan bau yang sama. Ala-ala nak jadikan trademark la tu. Sebab? kalau dah biasa pakai bau yang sama, orang sekeliling dah kenal siapa yang memakai minyak tu.


Berlainan pulak kalau aku tengok wanita (ke girl-girl?) mana2 lah, janji kaum Hawa. Dorang nie tak leh tengok orang lain pakai perfume dia (bau yang sama) tak de ekslusif katanya! pulak, boleh gek cam tu? HAHA~ really?


Minyak wangi yang aku teringin nak pakai, heheh~ tengok gambar kat bawah nie..




Siapa nak belanja aku beli perfume nie? heheh~ kompom lah tak de kan. Tak pe, sesapa yang nak buat contest, bagi le hadiah nie ok! kompom2 aku masuk punyer! =D. Aku sebenarnya nak bagitaw korang pasal 1 laman web perfume yang dalam nie banyak info pasal wangian yang popular ataupun yang kurang dikenali sebab dorang jual minyak wangi yang pelbagai.

Boleh klik kat sini: http://www.fragrantica.com/

Jan 18, 2011

Masak-masak bersama Chef Shahroll: Kerutup Udang

As salam to all,


Jarang-jarang aku hapdet pasal makanan, lagi2 nak ajar korang memasak kan? Today, aku nak berkongsi ilmu memasak ngan korang semua. Korang nak belajar masak ngan aku tak? Jangan pandang lelaki mahhcam aku nie sebelah mata k! haha~ bukan takat masak meggi je pandai, masak lain2 pon power jugak.


Ok, resipi nie aku ambil dari email yahoo aku. thanks pada pengirim iaitu Faiza 318. Dia nie rajin gile bagi info. Macam2 info plak tu. Ok let's go!


Kerutup udang

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

(A)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

(B)
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

(C)
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar


CARA MEMBUATNYA:

1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.

2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.

3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka.

Amacam? Dapat bayangkan kenikmatan berganda bila dihidang di depan mata? HAHA! sumpah mak mertua lalu pun tak toleh owh! kah kah~ Selamat mencuba! =D
  

Jan 17, 2011

La Ikro Ha Fiddin: Telemovie karya MARIANA HASHIM yang mantap! by shahroll

As salam to all,


Aku baru habis tengok satu telemovie di Astro Prima. Sebelum aku ulas cerita nie, suka aku nak ingatkan, aku bukan seorang blogger yang sesenang nak bagi review "percuma" kalau cerita tu tak menepati ataupun tak sampai pada penonton. Disebabkan cerita tadi best plus ramai yang respon, so aku pun suka jugak lah nak kasik review. Dulu aku pernah review cerita Maisarah di channel yang sama.


Ok, cerita LIHF berkisarkan cerita pertembungan 2 bangsa dan agama. Aku quote sinopsisnya dari http://stories.rohaizamahmod.com yang berbunyi,


Cerita ini mengisahkan tentang  Nurlia, lakonan Sharifah Amani yang sentiasa mengalami masalah dalam hidup dia tapi tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zach X Factor pula membawa watak Dr Edward yang kematian bakal isteri di hari perkahwinan. Susan Lankaster pula sebagai biarawati manakala Fauzi Nawawi pula membawa watak seorang yang menggunakan nama agama untuk kepentingan peribadi.


Kemudian, Dr Edward dan Nurlia ni ditakdirkan berjumpa, berkawan, dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan berpegang teguh pada agama, Nurlia tidak menerima cinta Edward sehinggalah Edward memutuskan untuk membunuh diri.


Susan with Amani

Zack with Amani
**picture take from Rohaiza Mahmod blog**

Apa makna La Ikro Ha Fiddin nie eh? Ok, tajuk cerita nie diambil dari Kitab Suci  Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 256 iaitu,

 “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(quote from RohaizaMahmod blog)


Diharap,kat Malaysia nie, banyakkan cerita yang bercorakkan unsur keagamaan, perpaduan,hormat-menghormati sesama insan dan juga percintaan. Aku boleh kasi 4 star untuk cerita LIHF nie. Feel dia sampai kat aku, dan aku pasti sampai jugak dalam hati korang kan? kalau tak sampai tu, mungkin hati dah keras kot? opzz! sorry, melawak je k! Ok lah, see next! As salam.. =)

Jan 16, 2011

Kerjasama antara 4 orang bloggers yang berentap yang sentap! by shahroll

As salam to all,


Selamat hari Ahad. Hari nie aku tak buat ape, hilangkan penat untuk race semalam. Penat gile seh! tapi best dapat makan sebanyak-banyaknyer dan hampir2 nak muntah sebab too much der nak kena makan! Tapi semalam memang enjoy gila!


Bukti kitorang enjoy ngan Race Maxis Nom Nom, check out this vids! =D



Aku pakai Digicam powershoot A55 masa amek video nie. Sorry for bad quality. BIG THANKS for blogger Cik Lily Putih as driver semalam, nice job! Then, Daydeck86 yang good to be manual navigator kitorang (aku tak reti pakai mende alah tu!) then Hamzah Ian, good blogger dalam situasi yang mencabar (Live blogging owh!) Kita dah jadi satu team yang mantap dah, but tak de rezeki nak menang, pape pon ENJOYYYY NOQQQ!! kah kah~

One for all, All for one!!





Team: MELETUP PUNYA!!!!!!

Thanks so much juga kepada organizer iaitu Nuffnang with coolest crews like Robb, Yuen Yee and Rina. Lain-lain crews daripada Maxis, selaku penaja untuk race semalam. Ada 1 crew from Maxis, look alike my idol, Haniz Zalikha, so i called Haniz Zalikha wannabe.. =D 

See ya next! As salam...

Jan 15, 2011

Maxis Om Nom Nom - Station #3 Satay Kajang Haji Samuri by shahroll

As salam to all,
(live blogging in car)



Kitorang dah sampai ke station ke 3 iaitu restoren haji samuri. Team kitorang berada di rank 10 untuk masa nie. Aiyarrkkkk!! Chaiiyoo2 lagi untuk 2 station lagi. Ok, meh aku bagi review apa yang makan kat restoren haji samuri.

Satay yang dibekalkan adalah Satay Rusa, Kambing, Daging dan Ayam. Dorang makan 2 set!! Bapak lapau! Aku je yang kena buat write up! Hampeh tol! Huhuhu~


Gamba2 untuk korang!


                                      Didepan restoren Satay Kajang

Dengan Hamzah Ian | muka aku dah sanggap makan!!

Dekorasi yang ada di dalam


Satay yang mengujakan kumpulan kami! Daydeck siap mintak extra1 set!! hahahah~Sedap gila aku cakap kau satay nie. Pegawai Operasi untuk cawangan Petaling Jaya nie, korang leh contact Mr. Amran Suman ataupun korang tepon 03-89265624 dan alamat untuk satay kajang nie:-






Lot 3764-E Jalan Saujana
Sungai Ramal Dalam, 
Kajang, Selangor.






Overall Rating : 4/5
Taste : 5/5
Ambiance :4/5
Service :4/5
Value for Money : 4/5


KAMI NAK KE STATIOON NUMBER 4 pulak....stay tuneeeee!!! as salam...

Maxis Om Nom Nom - Station #2 Restoren Tarbush @ Sunway Piramid

As salam to all,
(Live Blogging)

Lokasi kedua Om Nom Nom Race, iaitu Restoren Tarbush di Sunway Piramid... mula-mula pening juga nak mencari Tarbush restoren nie, aku hampir2 nak termuntah sebab kekenyangan! perghh.. memang mencabar dowh! Dengan perot yang memboyot/ sarat ngan makanan yang lepas

Jadi ni dia tempat Tarbush.. Serius demm tempat nie nice gilos!! check out!



tempat dia tersorok sedikit tapi bila dah sampai hambik lu.. seyesly macam orang kaya dah bila duk dalam.. grrr...




Tarbush.. Mesti makanan ala-ala arab kat dalam ni.. Dan kami dapat makanan ni!!!!!
                                             Grill Chicken | RM 24
 

Lebanon Bread

                                                   Mix Pickel





Blogger Hamzah Ian yang tak reti guna pisau dan garfu.. yang diajar makan guna tangan je.. kan orang arab makan guna tangan juga..hahaha~




Tarbush
LG2.37, Sunway Piamid,
46150 Petaling Jaya.
Tel no. : 03 – 5635 3830



Overall Rating :

Taste : 4.5 / 5
Ambiance : 3/5
Service : 4/5

Value for Money : 3/5

Eat untill DIE!! by shahrul hairy

I can't wait want to go out there tomorrow morning!!!Guys, u can see this map for your reference http://www.capsquare.com.my/Home/HowToGetToCapsquare/Car1PopUp.aspx

Check Out my posting here! =) thank you...

Shahrul Shaharuddin Daily Diary [Life Journal]: One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Jan 14, 2011

Cabaran menjadi seorang pelajar luar kampus (PLK) di universiti tempatan by shahroll

As salam to all,


Sempat gak update untuk hari nie. Today aku EL sebab bawak mak aku ke klinik. Antara tengkuk ngan leher nya, tak selesa katanya. Nenek aku saspek kena darah tinggi, mujur lah doktor kata bukan. Cuma ada sedikit ketegangan pada urat. My mom need rest. =)


Aite, pejam celik aku dah berada dalam semester ke 5 (course sem 4) sekarang nie. Bagi aku, semester ke-3 paling mencabar aku. Entah lah, kebanyakkan kawan2 aku pon cakap cam tu gak, but lepas nie dah tak de la "rasa" cam tu lagi, dugaan kot? alang-alang, biar sampai habis!


So, boleh lah aku nak kongsi kan ngan korang sedikit cebisan pengalaman aku dah berada di alam kampus sebagai pelajar nie. Setiap sem, boleh dikatakan setiap lecturer bagi kata-kata semangat tuk teruskan pelajaran. Mean, dia brainwash korang untuk lebih bagus dalam pelajaran. Yelah, pelajar PLK nie memang banyak masalah yang dihadapi.


Sebagai contoh, kalau pelajar tu dah berkeluarga. Kalau bujang ok la lagi, itu pon kadang tak dapat score 3.0 ke atas (aku la tu..) Kalau dah berkeluarga nie paham2 je lah, mana nak layan anaknya, suami lagi, banyak faktor. Kalau tak kena gaya (persefahaman) antara keduanya, mungkin mengundang perselisihan.


Itu dari segi personal lah. Bayangkan dengan bekerja sambil belajar. Bunyi cam penat kan? sure malam2 korang kena study then buat assignment. Ok, kalau bab assignment nie yang agak berat sket. Kalau assignment persendirian ok lagi, masuk bab berkumpulan, tak kena ngan kumpulan (ahli2nya) sure problem! Aku dah merasa keadaan tu sem lepas! Naseb2 aku lepas paper tu.


Kekuatan jaringan sesama kawan2 pon penting. Kalau dalam kelas aku, Dijah paling aktif dengan penyebaran maklumat. Salute sama ko wehhh!! Dalam belajar nie, lagi-lagi mode PLK, susah ar kalau ada orang jenis "kaki simpan". Belajar sorang2 je, sendiri mau Anugerah Dekan je kot? kah kah~


Aku baru create 1 pages kat Facebook pasal PLK nie. Sesapa yang nak join tu, silakan lah. Mana la taw nak sambung belajar balik kan? =D as salam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduan undang-undang Malaysia.