Loading...

Dec 28, 2011

Buka kedai makan, perniagaan yang menguntungkan? by shahroll



As salam, hello readers...


Apa angin malam ni tah aku ada buat sedikit research pasal kedai makan. Then, aku bukak pulak mudah.my untuk tapak perniagaan food court bila aku baru habis baca beberapa blog perniagaan. Dulu aku pernah buat "silap" bila aku tidak ada perancangan yang rapi. Kira-kira 2 tahun lepas.


Now aku kembali nak buka kedai. Tetapi berbeza dengan pengalaman lalu, aku lebih berhati-hati. Lebih teliti dan lebih membuat research. Dulu aku agak terburu-buru dengan pembukaan kedai.


Aku mencari blog-blog berkaitan daripada Google Blogs.


Kenapa kedai makan?


".. Konsepnya mudah. Setiap hari manusia pasti makan. Setiap hari, pasti ada manusia yang akan mencari makanan untuk dimakan. Sebab itu, kedai yang menjual makanan, pasti ada yang akan membeli sebab mahu makan.." (quote: HERE)
bermula dengan kecil-kecilan (Food Court)

Statement yang tak boleh disangkal. Benarlah apa yang diperkatakan itu. Kalau pun ada kedai makan yang tak maju, sure ada faktor lain yang membuatkan kedai makan tu tak laku. May be dari segi promosi kurang ke, lokasi tak strategy ke dan lain-lain.


Dalam blog Dr. Fadri pulak, dia menekankan konsep "kecik dahulu, besar kemudian". Bagus juga cara ini, bermula dari berniaga di food court then baru beralih ke perusahaan restoren. Nice idea. Very!


Antara tips yang diberikan:- (quote:HERE)



1) Dapatkan ilmu tentang perniagaan yang ingin kita ceburi. Maksudnya jika kita hendak membuka restoran western kita perlu belajar cara membuat kuah black pepper, walaupun kita akan mempunyai tukang masak / chef kemudiannya.


2) Pastikan tahap risiko yang anda selesa. Iaitu dengan memulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dengan niat untuk membesarkannya kemudian hari nanti.

3) Lokasi yang mudah dikunjungi oleh target customer anda. Biasanya prime area sewanya agak mahal, tapi jika anda tahu tahap risiko yang anda selesa – kenapa tidak? Ini yang dilakukan oleh pengasas McDonald’s yang mana jika dia hanya berfikir untuk menjual burger, pasti sukar. 


Jadi dia perlu mendapatkan hartanah dan mendirikan restorannya di kawasan yang strategic bagi memastikan burgernya dapat dijual. Kini McDonald’s boleh didapati di merata dunia.


4) Modal pusingan yang mencukupi. Ini bagi memastikan perniagaan kita tidak mati ditengah-tengah jalan. Biasanya apabila modal mula berkurangan peniaga akan mula mengurangkan bahan mentah masakan mereka yang mengakibatkan rasanya menjadi kurang enak dan pelanggan mulai berkurangan.  


Lain-lain blog aku baca yang INI. Agak menarik kupasan yang dilakukan di dalam blognya. AKu percaya, setiap orang ingin masuk ke dalam dunia business. Dunia "pegang duit sendiri". AKu tahu perasaan itu. Sebab aku juga pernah NAK jadi seperti hari ini walaupun aku bukan usahawan yang BESAR.


Untuk membuka kedai makan, tiada dalam Action Plan 2012. Mungkin 2013? =)


enjoy!

4 comments:

hazman aka species1980 said...

bila bukak kedai makan nanti....mesti ajak aku pegi time opening ceremony yea.... ;-p

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Hazman:

Insyaallah bro! ni plan action 2013 punye ni.. heheh~

13conceptID said...

Salam bro...Bila nak buka tu...Boleh jadi share partner...:)

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

13:

Wslm, bila nak buka ye? Dalam 2013 nyer Action Plan. 2012 dah penuh la bro =)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...