[Review] Filem: SUATU MALAM KUBUR BERASAP by shahroll

Friday, November 25, 2011 shahrul hairy 0 Comments



As salam, hello readers...


Bila kita sebut pasal cite hantu la kan, apa perkara pertama keluar dari minda korang tu? Pocong? Langsuir? Hantu Raya? tapi yang pastinya satu "tempat" ni sure korang seram sejuk kalau malam-malam lalu, apa dia? KUBUR!! *seriau mood*


Tapi disitu jugak lah tempat kita satu hari nanti, apa nak takut kan?


Ok, aku ada cerita mengenai kubur ni. Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail,Nurul Ain Nordin dan ramai lagi.



Antara sinopsis tentang filem ini:-

Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.

Sejak kedatangan Mie, berlakunya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap. Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. 

Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Saksikan filem ini di pawagam yang akan berasap pada 22 December!


Untuk Official web, sila ke: SINI
Untuk LIKE pages di FB, sila ke: SINI 

enjoy!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...