My Nuffnang Story

Tuesday, November 01, 2011 SHAHRUL HAIRY DOT COM 14 Comments



As salam , hello readers....


Aku post sebab nak menang tiket ke Nuffnang Award. Sekian, terima kasih.

Boleh dapat tak agak-agak kalau aku post cam tu je *ayat di atas tu*. Tak adil lah kepada mereka yang berhempas pulas, keluar peluh jantan/betina untuk update yang terbaik, alih-alih aku post cam tu *ayat kat atas* yang dapat? apo perasaan ekau jang? HAHA!!

Makanya, aku nak share ngan readers blog aku pengalaman-pengalaman aku sepanjang terlibat dalam Nuffnang Community. Check out bebeh!

Inilah event pertama kali aku sertai dalam Nuffnang. Dan masa ni jugak aku rasa dikelilingi oleh blogger-blogger hebat seperti RedMummy, BeautifulNara dan lain-lain lagi. Walaupun tempat berlangsungnya agak jauh (di Hartamas ye), tapi semangat nak jumpa artis-artis blogger ni kuat tuk push aku datang!

1st time jumpa Abang Nara! hehe..

1st time jumpa Kak Red jugak! hehe..

Walaupun mereka di tahap super duper power dan dikenali oleh semua bloggers, mereka melayan blogger2 baru macam aku ni sama rata. Tak pilih bulu la kiranya. Macam tu baru fun! =D Dalam event ni jugak, aku berkenalan dengan blogger yang boleh dikira masuk dalam rank mereka yang fofular, iaitu saudara Eyriqazz! Lain-lain korang boleh ke link asal yang aku letak kat tajuk tu.

hehe, baru setahun punya gambar ni....

Event ni cukup seronok! Sebab aku ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang event ini berlangsung di Taylor University di Subang. Aku antara pioneer (ahli asal) Glitterati. Kiranya, sebelum club itu tertubuh, ada beberapa bloggers yang menjadi tulang belakang yang ditunjangi oleh Nuffnang. Aku salah seorang daripadanya.

Co-Founder Nuffnang, Mr.Tim
Antara bloggers yang hadir...

Menjadi keluarga BESAR Nuffnang memang menyeronokkan. Nuffnang akan pastikan event yang mereka anjurkan, berjalan dengan lancar. Setakat ini, tak nampak lagi kecacatan mereka dalam mengendalikan event. BRAVO Nuffnang Team!

Event yang paling aku ingat! Sebab apa? Haaa. Bukan sebab ada Yuna sebagai artis yang mendendangkan beberapa lagu, tetapi beberapa bloggers yang aku belum jumpa, ada dalam event ni. Aku macam biasalah, malu sikit dengan bloggers otai. huhu.

Shahroll, Firdaus, Yuna dan Zuhry

Paling mengujakan, bila Co-Founder Nuffnang ambil gambar dengan aku. Actually aku agak shy-shy nak bergambar, yelah! aku siapa beb??!! huhuh~ gagahkan jugak diri bergambar dengan big boss Nuffnang, Mr. Tim!

Boleh lihat di link:

Ok lah, aku tutup entry ini dengan event gatsby. Untuk pengetahuan korang, event ni berlangsung di Berjaya Times Square. Yang menariknya, bloggers yang datang seramai 500+ dan telah tercatat di dalam Malaysian Book Of Record sebagai gathering blogger yang terbesar di Malaysia.

see? bangga ooo dapat turut serta.. huhu~

Dah ramai-ramai berkumpul tu, maka persahabatan di dunia realiti terjalin. Seronok tahu bila dapat kawan-kawan bloggers ni. Dapat meningkatkan networking yang ada selain meningkatkan traffic ke blog kamu juga! hehe..

Adakah dengan ini, bahawasanya... AKU TERPILIH UNTUK PERGI?

Event berprestij seperti ini.. SIAPA YANG TAK MAU?? 

Aku tak dapat pencalonan untuk award-award yang ada pon tak pe, janji dapat pergi ke sana. Event  ni berlangsung sekitar Kuala Lumpur. Details:

DATE:   16 December 2011, Friday
TIME:    6.45pm (Registration Starts) 8.00pm SHARP (Dinner commences)
VENUE: Grand Ballroom, Putrajaya Marriott,Kuala Lumpur, Malaysia

Beriya-iya aku nak pergi eh? pasaipa?

".. 500 bloggers, including the biggest names in the blogosphere from all over Asia-Pacific, will be invited to the gala dinner at Putrajaya Marriott on 16 December 2011, where they will be dazzled by celebrity emcees and talented entertainers well-loved in the region..."

MUAHAHAHAH!! 500 bloggers yang bukan calang-calang punya bloggers. Kalau pergi, boleh berkenalan dengan International Bloggers!! Weeeee~ *flying...fly...FLY...FLYYYYYY!!!*

Akhir kalam.....




Maklumat lanjut boleh layari Nuffnang Award 2011.

enjoy!

14 comments:

Anonymous said...

http://wanwidget.com/
wahhh, bro pernah bergambar dengan otai blogger, good

Unknown said...

hehe team ko kalah dengan team aku kan time corby haha

KiD said...

fuuuh.... bro otai nuffnang!

Hilal Azmi said...

moga hg terus dimurahkan rezeki... :D

Wan85:

Haah.. huhu thanks! =)

Bean:

hahaha~ sebab tu aku tak letak event tu kat sini... lalalalal~ =p

Kid:

Wakakaka.. mana ade otai, kalau dapat Nuffnang Award nyer invitation, baru leh pggl otai ye.. huhhuhu~

Jumie:

Aminn! thanks IAI! =D

hamzah ian said...

kurus ko time corby tu.. hehe

Ham:

Wakakka.. kurus ke? ishhh~ cam sama je aku rasa.. =p

Unknown said...

wah semua sudah buatlah..nak kena buat gak ni

Kak ina:

buat kak! jgn lepaskan peluang berjumpa ngan bloggers star dari Australia, Philippine etc. huhuhu~

Myvitrd said...

Ada rezeki boleh jumpa sana bro

MyviTRD:

Berehh bro! hope leh jumpa kat sana.. hehehe~ macam komfom2 je dpt kan.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...