Loading...

Dec 1, 2011

Mahu berdating bersama Neelofa? Inilah masanya!! by shahroll



Amboihhh.. bukan main laju korang dok tekan link URL aku tu kan? Pantang aku mention NEELOFA, terus klik! HEHE. Al-kisahnya, aku nak bagitahu kat pembaca sekalian pasal Promo Tour untuk Azura Movie ni akan berlangsung pada hujung minggu ini di Plaza Alam Sentral! Cuba korang tengok poster yang aku tampal kat bawah ni,



Siri Jelajah yang bakal mengunjungi 8 tempat di seluruh negara ini akan singgah di Plaza Alam Sentral Shah Alam (3 & 4 Disember), Alor Setar Mall Kedah ( 10 & 11 Disember), Mega Mall Penang ( 17 & 18 Disember), Seremban Parade (24 & 25 Disember), Plaza Angsana Johor Bahru (14 & 15 Januari 2012), Kuantan Parade (21 & 22 Januari 2012) dan berakhir di Berjaya Times Square Kuala Lumpur (8 & 29 Januari 2012)

Selain itu juga, bersempena Siri Promosi Filem Azura ini para peminat berpeluang untuk beramah mesra dengan Neelofa dan Shah Jaszle. 

Disamping itu, satu Pertandingan Karaoke bersama Luncai Emas akan turut diadakan di setiap lokasi siri promosi dan para peserta pertandingan berpeluang untuk menjadi artis rakaman Luncai Emas serta memenangi hadiah-hadiah yang cukup menarik.

Korang nak tahu ke apa hadiah yang MENARIK untuk korang? Nah!

Acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan termasuk tiket Tayangan Gala Filem Azura, Pakej Percutian, Gadget Iphone serta Blackberry Bold dan banyak lagi.

Untuk makluman lanjut, para peminat boleh melayari Facebook Filem Azura atau menyaksikan trailer Filem Azura 2012 di laman You Tube.

enjoy!


2 comments:

JMR said...

aku baru nak up pasal benda ni..hahaha..jom2..

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

JMR:
bro trun ka? leh cover event ni nanti.. muahahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998