Mencari bahan mentah dan bermain dengan Akri by shahroll

Saturday, October 01, 2011 shahrul hairy 4 Comments


As salam, hello readers...

Semalam aku dengan nienashah balik ke kampung (Kuala Selangor) untuk mendapatkan bekalan sukun kampung. Destinasi pertama pergi ke rumah nenek aku dulu. Sebab mak kata, dekat rumah nenek ada banyak sukun! Memang banyak pun, dapat lah dalam 10 biji cam tu.

Pokok sukun berhampiran dengan rumah nenek..

Seronok jugalah sekali sekala mengait buah sukun. Berpeluh habis! Al-maklum, selama ni tahu makan dan beli je. Now, ambil sendiri lebih bagus. Dari segi kualiti kita boleh control lagi la. Kalau beli dekat pasar, takut sukun tua pulak yang dapat. Tak sedap nak buat kerepek!

Antara sukun yang dikumpul semalam... =)

Dalam bonet kereta...

Actually aku ada 2 tempat ambil sukun. Lepas rumah nenek aku, aku pergi ke rumah saudara (Wak belah mak). Kat rumah dia memang banyak buah sukun. Maklum lah kat kawasan sawah padi, aku lihat memang banyak pokok sukun. Cuma aku tak tahu siapa owner pokok tu. HAHA..

Nenek sibuk potong batang keladi.. buat masak asam pedas sedap!

Kat belakang rumah nenek banyak batang keladi.. yummm3!

Then, lepas dah setel semuanya aku ke rumah Wak aku di block M (sawah sempadan) sebab nak hantar kerepek peket yang kecik tu. Buat tester katanya.. Aku lepak rumah wak tak lama, tapi sempat la nak bermainmanjasamasikecik Akri nama dia (ejaan sebetulnya aku tak tahu) huhu~..


cute kan? ishhhh geram aku ngan budak2/baby cute ni.. hohoho~

Yang best pasal Akri, dia ok je ngan orang yang dia jarang jumpa. Sesetengah budak kalau dia tak biasa, dia nangis kan? Akri tak. Makin suka kalau di dukung-dukung atau di pelok. huhu, best la kau Akri. Aku ngan Akri kira aku pangkat Paman lah (Acik) huhu.. (tua da aku dowh!)

Alaa.. Akri buat muka pelik plak.. hohoho~

Dalam jam 7 malam, aku dah gerak balik ke Klang. Sebab esok (hari ni:Sabtu) sukun-sukun tu kena cepat untuk dibuat kerepek! Last but not lease, aku rasa cam best plak kalau aku nek moto skuter, keh3...

MUAHAHAH!!


4 comments:

madammondoq said...

i suka makan kerepek sukun!! sedap sangat!!! btw.. salam kenal..

Madam Mondoq:

u suka? u kena beli ngan i! hahaha~ harga?

500gram: RM10.00
100gram: RM1.00

Murah kan? =D Salam kenal kembali..

sW33tdARLiNG said...

sakit urat uiiiiii makan sukun ni.. tapi sukun goreng adalah mantoppppp

SweetDarling:

Sakit urat eh? sebb ape ye? hehe.. family buat biz kerepek sukun.. huhuhuh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...