Loading...

Oct 16, 2011

Best ke pakai Sony Vegas 10? jawapannya ada disini! by shahroll



As salam, hello readers...
*Entry ini ada kaitan dengan entry INI*


Dalam masa 2 hari tak update belog, aku banyak "buang" masa untuk mendalami pembikinan montage. Aku jarang buat montage. Memang tak pernah buat pun. Berkat dari membaca tutorial PDF+Youtube, dapatlah aku sedikit ilmu berkenaan dengan montage ni.


Apa itu montage?


a technique which uses rapid editing, special effects and music to present compressed narrative information via Wikipedia

Aku ditugaskan untuk membuat 1 montage untuk event akan datang. Dan sekarang, bahan-bahan untuk membuat montage yang dipinta, belum 100% ada dalam tangan aku. Susah sikitlah aku nak buat.


Dalam masa yang sama, aku terfikir software apa yang best untuk buat montage yang simple+look corporate+professional. So, bila taip dalam Google, dalam Yahoo Answer aku dapat "Sony Vegas 10".


Nak download free dalam website, memang tak dapat lah. Last-last aku pergi beli kat Klang [Centerpoint]. Aku tanya tokey tu pasal software sony tu, terus dia carik dalam rak simpanan. Nah! Settle masalah aku.


Sebelum aku beli, aku dah baca banyak tutor pasal nak guna software tu. Takut dah beli, sia-sia je tak reti nak gunakan. Rasa macam berbaloi beli, aku shoot terus lah. Sebelum ni, aku pernah pakai Pinnacle Studio, Adobe Premier dan tentunya Movie Maker (senang je ni!) HAHA!


work-space in Sony Vegas 10!

Lepas aku beli, timbul masalah pulak nak install. Aduhhh! 6 kali owhh repeat mende yang sama. Aku semacam dah give-up, kenapa crack yang dibagi tak boleh nak guna? Aku baca balik guide yang ada dalam Notepad dalam CD tu, rupanya aku salah letak kat folder lain! Ishhh~ mende kecik cam tu boleh pulak miss look! huhu~

Aku banyak main try and error malam semalam. Sampai lebam lah aku try and keep try. Lepas dah susun track (time-frame) cantik-cantik, timbul satu masalah lain. Nak render montage tu! Aku banyak failed kat sini.

Satu persatu aku cuba render, last sekali aku tengok format VLC media file cukup cun! (format .mp4) Bila dah dapat yang cun punya format, 1 masalah lagi, iaitu ada paparan nama file pulak dalam montage bila di mainkan dalam player.

Aku carik jawapan dalam forum-forum VLC. Sekali dapat jawapan dia! korang nak tahu cam mana dorang hilangkan mende alah tu? ok, ni jawapannya:-

Q:How to remove the file name from VLC window?
A: A following setting works for me:
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - Simple >> Subtitles & OSD: On Screen Display - [] Show media title on video start
or 
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - All >> Video: [] Show media title on video sumber:HERE


Dah setel! cam ni lah cara aku belajar sesuatu ilmu baru. Cari tutor then kalau tak paham, tengok je Youtube. HUHU~ Aku dah bikin satu montage contoh untuk tatapan korang. Kalau tak best, sila nyatakan kenapa, dan kalau best pun, nyatakan kenapa. Ye? Boleh aku nak improve lain masa dan projek akan datang =D


Layannnnnn~[untuk versi Youtube, sila ke SINI]




9 comments:

Hanis said...

tak pernah pakai sony vegas. almaklum laptop tak power. haha

btw, video tu beginning dah nice dengan lagu dia lagi. boleh explore lagi trik/efek yg boleh dipakai dlm sony vegas ni.

all the best!

Hanis said...

tak pernah pakai sony vegas. almaklum laptop tak power. haha

btw, video tu beginning dah nice dengan lagu dia lagi. boleh explore lagi trik/efek yg boleh dipakai dlm sony vegas ni.

all the best!

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Hanis:

Thanks for your comments Hanis! haha, laptop tak power? itu bukan masalah, boleh beli PC multimedia.. ehehe

Saya ngah explore apa yang SV leh buat, nantikan projek2 saya yg akan dtg k.. hehehe

p/s: gian nk main video lah pulak! huhuhu~

KiD said...

fuiyoo.. canggih laaa nih.. bab2 ni saya tak berapa tau sangat.. hehehe

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Kid:

Canggih dah ye? huhu thanks bro! tapi saya ada buat beberapa montage lagi (setakat ni ada 3 semua) ada dalam photoblog saya.. hee..

thanks again! =D

hamzah ian said...

cool beb...

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Ham:

Keh3.. ade project nak buat montage, offer job kat aku.. heee~

adam narzuan said...

adam pun tgh2 blajar pasal SV ni.. huhuhu.. pening jugak..

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Adam:

Teruskan Adam! banyakkan baca tutorial dan lihat Youtube k? =D all the best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998