Loading...

Sep 3, 2011

[FREE download+tutorial] Bagaimana nak buat cover page magazine dalam Photoshop? by shahroll



As salam and hello readers!


Semalam (dalam jam 3 pagi) aku terpikir, bagaimana lah rupanya kalau suatu hari nanti ada pihak majalah yang sudi nak terbitkan majalah yang berunsurkan bloggers tempatan, kan? 


Yelah, bola sepak ada kelompok dia sendiri, peminat kereta ada majalah dia sendiri, tapi bloggers takda majalah (kalau ada pun cuma segmen di majalah REMAJA) yang bebetul pasal bloggers je. Dari situ idea "merepek" aku datang secara tiba-tiba.


Bukan idea apa, just buat cover page. Bagi yang baru bermain dengan photoshop, ruangan ini untuk anda! ye, ANDA! Aku pakai Photoshop CS2, may be kalau korang bukak dalam CS5, aku tak tahu la boleh ke tidak.


Jom bermula (stage #1)




No #1:
Adalah "main font" untuk buat cover satu-satu majalah. Maksudnya, tulisan UTAMA dalam majalah yang korang nak buat. Details untuk main font ini;
[Font: Ethnocentric (Regular) size 211px (sharp)]


No #2:
Untuk sub-heading font, korang boleh guna [Font: Century Gothic (Regular) size 72 (sharp)] biasanya yang aku lihat dalam kebanyakkan majalah, tulisan jenis ni banyak digunakan selain Impact dan juga Arial (betul kan saya jika salah)


No #3:
Bar code tu tipu je. Aku ambil dalam Google. So, kalau korang nak buat manual untuk buat bar code, boleh cari tutorial yang lain ye? =D


No #4:
Tulisan sub-font paling kecik untuk letak harga (macam kat atas tu). Details, [Font: Century Gothic (Regular) size 30 (sharp)]


No #5:
Color korang boleh ubah yang lain. Ini sekadar contoh (i love Green!) Dan background yang hitam tu boleh ditambah dengan gambar lain juga.


No #6:
Ini panel layer. Untuk peringkat pertama, layer cuma ada 10 sahaja. Setelah siap template ini, so boleh simpan dulu as PSD untuk kegunaan masa lain.


(stage #2)



Untuk peringkat ini, boleh korang meng-eksperesikan seni kreatif korang sendiri. Nak letak idola korang ke, ayat kontroversi ke, terpulang! janji tak kena saman dengan orang sudah. Still memakai file PSD yang tadi (kat atas tu), sekarang cuba masukkan beberapa elemen seperti:

1) Penggunaan font yang berbeza (Century Gothic dengan size berlainan)
2) Gambar background (macam asap tu) ambil dari Google.
3) Shape /bentuk berwarna (orange) dengan Opacity yang berbeza-beza.

No #1:
Yang ini setting font dia [Font: Century Gothic (bold) size 62 (strong)] Korang boleh gak pakai around 63,64 or 65.

No #2:
Kotak oren yang aku cakap tadi (ref. no 3 kat atas)

No #3:
Gambar suka hati korang nak letak gambar apa. Aku bagi contoh Red Mummy lah, sebab semua orang kenal dengan Kak Red.


No #4:
Yang ini setting font dia [Font: Century Gothic (regular) size 59 (sharp)


No #5:
Panel layer sudah bertambah. Mungkin kepala korang jadi pening sikit. Jangan panic! cuma ada 30 layer sahaja. Berlatih menggunakan layer banyak dalam Photoshop, memudahkan korang untuk masa depan.


Contoh BLOGGERS MAGAZINE untuk Vol #1 keluaran KarangKraf! (ok, tipu!)


Boleh download secara PERCHUMA PSD file di bawah;


click button

4 comments:

Yiedpozi said...

Nice... Nanti nak download r file PSD ni... Hehe

Yiedpozi said...

Boleh try buat majalah nanti.. Hehe

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Yiedpozi:

Try try, hehe jgn lupa baca arahan di Notepad yang disediakan.. huhuhu~

spywriter said...

thanks for tunjuk ajar sifoo~~~^_^

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...