Loading...

Aug 15, 2011

Setelah "berbogel" menuju ke KLCC, dapat jugak! by shahroll



As salam and hello readers,


Ahad aku hari ni cuma dengan satu tujuan, ke KLCC. Itu pun sebab pendesak dari minah comel sangat nak beli buku Zahiril Adzim tu lah. Boleh pulak kat area Klang ni tak de buku dia kan? So nak tak nak harus lah ke Kinokuniya di KL.
yeahhh!! dah nampak! level atas sekali...~

Melilau aku mencari tempat buku ni. Seakan ingat-ingat lupa. Dulu pernah pergi, tapi lama dah kot. Nak carik pakai map digital tu, foreigner dah conquer mende alah tu, malas aku nak tunggu lama-lama. Sambil carik, sambil cuci mata sekitar dalam KLCC neh.

takut-takut aku snap, sebab pak Gat (guard) tu pandang semacam je.. =p

Masuk je dalam toko buku yang best ni, mulalah pencarian si minah-hot-comel mencari buku idaman yang hampir setiap hari disebut-sebut! OHMAIGOD! begitu fanatik ya puan-puan dan tuan-tuan. =p Memula carik tak dapat, pergi kat section pencarian buku, takde menu untuk buku bahasa Melayu, ah sudah! tak kan tak de kot? *mula cuak!*

Pergi tanya kat akak yang sedang susun-susun buku. Pekerja kat sini. Dia kata buku tu sebelah kat section buku travel. Area belakang lah. Kitorang pon pergi seperti yang dia cakap. Ternyata! memang ada. HUHU.

Buku tu ada kat area sini (Malay>Novel Remaja)

Buku ZA ada dalam 5 buah lagi. Nasib baik ada lagi. 1st impression aku pasal buku ZA, laaa tak tebal pon! nipis je. Dan satu lagi, aku tak expect ZA akan buat buku macam orang lain. Dia macam himpunan sketsa kehidupan yang dia lalui diterjemah dalam karya beliau. Korang boleh pergi ke blog dia, sebab dalam blog dia sama yang terdapat dalam buku yang dibeli ni.

amek kauuu! suka bebeno!.. ngaaaa~

Aku pon tak mau ketinggalan! ahahahah...~

Lepas dah bayar kat kaunter, aku naik ke level 2. Mana tahu ada buku yang best. Telahan aku betul, sebab kat level 2 ni ada buku-buku art (seni). Aku suka part photography, ada 2 rak kat situ pasal photography. Then buku pasal fashion designer pon ade. Nice lah. Ada masa leh lepas sana lagi. heh~

As i told you lah.. keh3..~

Itu sajalah untuk hari ni (Ahad). Lain Ahad aku update lagi. Tapi aku ada mende serous nak tulis pasal perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) pasal perkhidmatan dorang. Aku tak puas hati! Itu aku sambung kat blog APWiL lah ye. Thanks for reading! =)

Enjoy!


10 comments:

~Nana 귀여운~ said...

wahhh, teringin nak beli sebenarnya, btw berapa harga senaskah buku ZA tu ?

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Nana:

Harga untuk senaskah RM30 halaman buku ada lebih kurang 160 mukasurat. Baru baca sikit-sikit, sebab buku tu my sis yang beli aceli. I pinjam je nanti.. ehhe~

Ain Atika Zailani said...

huh apa yang tak puas hati pasal KTM tuh..ni yang curious nak tau ni..buku tu macam menarik je...

Wanieda said...

Selamat pagi.. Jalan2 mencari rezeki di bulan ramadhan ini.. Jemput ke blog saya.. Semoga anda dimurahkan rezeki!!

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Ain:

Haaa.. tu kne nantikan "kelaharan" aku ye.. bukan kat sini, kat APWiL blog! mueheheh~

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Wanieda:

Selamat pageyy.. anda jugak murah rezeki k? hehehe...

CikLilyPutih said...

nok,
aku pun cari buku nie. agak2 ada lagi tak kat kino

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

CLP:

keh3... semalam ade tinggai 5 ja.. adek aku dah beli, tinggai 4.. tak taw la hari ni dah habes ka belum ka.. huhuh~

Adem and Cats said...

macam menarik je buku tu..hehehehe

ademncats.com

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Adem:

Menarikkkk kau memey debamm! hahaha.. beli la bro.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998