Loading...

Aug 2, 2011

Sekolah Kebangsaan Kampung Medan (SKKM) batch 87! by shahroll



Menunggu waktu tiba berbuka puasa. Ada lebih kurang 30 minit lagi. Sempat la sepam 1 update. Aktif betul aku rasa hari ni. Bukan takat update blog ni je, blog-blog lain juga turut aku update. Energy bulan Ramadan. Ada hikmah disitu =D


Aku nak imbau kembali sejarah alam persekolahan aku dulu. Darjah 1 sampai lah darjah 6. Banyak betul ranjau dan duri masa aku bersekolah. Macam serius je bunyik eh? HAHA, dari mengenal huruf A,B,C dan Alip, Ba,Ta sehinggalah aku dapat speaking mat salleh (time darjah 6 la pon!)


Logo sekolah SKKM
(diubahsuai untuk Alumni)

Lama aku tak nampak logo sekolah rendah aku ni. THANKS LAH siapa yang buat balik lencana ni. Dan aku pasti, logo ni jugak dorang buat untuk Alumni sekolah SKKM. Banyak cikgu-cikgu yang aku ingat masa aku sekolah sini. Kiranya, mana aku tulis dalam blog ni, cikgu paling top lah!

Cikgu Salina- Muka kacukan Cina+Thailand ajar aku Bahasa English. Dia garang ok! cuak aku masa dia mengajar dalam kelas.

Cikgu Rosli- Cikgu dari Sarawak ni ajar Sains. Dulu aku tak berapa nak pandai kot pasal sains. Tapi aku ingat lagi masa dia puji aku pasal aku buat rantaian makanan. Satu kelas salah jawapan, aku sorang je betul. Penampar dia yang mahal dowh!

Cikgu Megat- Pasal cikgu ni aku samar-samar sikit. Seingat aku dia ajar Bahasa English gak ke Bahasa Melayu cam tu lah. Best owh dia ni, asyik tersenyum jek, suara pun lembut. Memang spesis baik lah! =D

Cikgu Sabar- Haaaaa! ni paling aku ingat. Cikgu ni Jawa owh! Memang pekat jawa dia. Sepekat kopi kat mamak tu! Tinggi jugaklah pangkat dia dalam sekolah SKKM ni, paling best dia ada anak dara yang cute2!

Lain-lain aku tak ingat. Lama kot aku tinggalkan sekolah ni. Dapat jumpa balik sorang-sorang, memang terbaek dari ladang getah Sungai Siput! teknologi semakin deras, sekolah ni ade blog juga! nak tengok?

Admin untuk blog ini: En. Azwan hafiz ahmed

Ada masa aku update cerita-cerita kelakar sepanjang aku bersekolah dekat sini. Almaklum lah, dulu rumah aku dekat dengan sekolah ni. Jalan kaki je der! haha, jom buka!

Enjoy..


4 comments:

aurikelsan said...

lebih kurangla nama sekolah kita..sekolah rendah aku : SEK. KEB TAMAN MEDAN :DDD

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Suria:

HAHA! ko Taman aku Kampung jerk.. eheheh~

aurikelsan said...

aku urban ko desa HUHUHUHU

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Suria:

cessss!! nak jugak! ahahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998