Loading...

Aug 27, 2011

Pernah sampai Kampus Puncak Alam UiTM? by shahroll



As salam and hello semua,


Melayan video lam youtube memberikan aku banyak idea dalam penjanaan wang dalam online (bahasa buku dowh!). Aku masih "hijau" dalam nak paham macam mana orang lain boleh generate income ribu-ribu (5 angka dol!) tapi setakat ni, alhamdulillah, pandai sikit-sikit, makanya dapatnya pun sedikit aja, hehe.


Korang pernah sampai Puncak Alam nyer kampus? ataupun dinamakan sebagai "Shah Alam 2" oleh staf-staf universiti tersebut. Tempat/lokasi nya masih baru dan memiliki bangunan yang serba moden dan besar. Aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sini (2nd time dah) sebab urusan kerja.


Aku ke Fakulti Sains Kesihatan (FSK) di aras 7. Dan sebelah FSK adalah Fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat (FPTP). Bangunan yang berjumlah 17 tingkat menempatkan bilik pembelajaran, bilik komputer dan office staf (lecturer etc). Kemasan lantai tidak begitu cantik lagi, mungkin dalam proses lagi dan lif dia terbahagi kepada lif untuk tingkat ganjil dan tingkat genap, best ek?

Bangunan FSK+FPTP

Masa aku snap bangunan ni, aku berada di Fakulti lain. Tak pasti namanya. Aku mencari surau berdekatan dengan FSK. Tak jumpa. Last-last aku pergi carik tempat jauh. Ok lah, janji ada tempat solat.

Lain-lain gambar yang aku snap (pakai C3);




3 gambar kat atas ni aku ambil dalam bangunan FSK. Banyak lagi spot aku nak try amik, tapi masa tak dan nak buat cam tu. Ada masa, aku spend 1 hari lepak PA ni amek gambo. Best pulak layan shoot architecture, walaupun aku bukan line Archy nya photog neh.

Fasa ke-2 sedang giat dijalankan. Tu yang korang boleh nampak ada lori dengan penggelek tanah (untuk rata kan tanah tu..) Agak berdebu ya. Nasib baik kolej students dekat atas bukit (pict #3)

Enjoy!

2 comments:

Hans said...

tak pernah sampai sana lagi

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Hans:

Mai le ke sini, jalan2.. hehehe~

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...