Loading...

Aug 11, 2011

[money online] Laman sesawang Churp Churp semakin mesra pengguna by shahroll


As salam and hello readers!

Bila kita berbicara mengenai laman web, pastinya semua orang mahukan laman web yang cantik, menarik dan memberikan kepuasan bukan saja kepada pemilik laman web tersebut, tapi lebih utama kepada para pelayar yang akan menatap laman web anda secara kerap.

Begitu juga dengan satu laman sesawang (web) dari Churp Churp. Mereka cukup pantas melakukan pengubahsuaian laman web mereka untuk memberi kepuasan yang maximum terhadap para twitterer/Facebooker mereka.

Patutlah 2 hari lepas aku tengok laman web dorang macam ada "coding error" je. Bila aku baca tweet dorang, OH! dalam proses nak buat kejutan. Dan ternyata, aku terkejut dengan keadaan itu.

Apa perubahan itu?

1) Ruang dashboard yang lebih kemas.
paparan papan pemuka yang menarik dan kemas. Ini yang penting. Bak kata orang putih, simple and sweet, gitu! Paparan tentang earning korang pun lebih cool.
Baru check tadi, dah boleh cashout, tapi pending dlu lah heheh~

2) Ruang earning yang jelas.
Kalau tak nampak boleh besarkan gambar ye. Bila korang nak check korang punya penjanaan wang dalam Churp Churp, korang boleh tengok dalam ruangan ini. Dalamnya, terdapat butiran tentang pengiklanan yang dah korang buat di Twitter mahupun di Facebook.

Bagi aku, ini sangat penting. Kerana dengan adanya butiran lengkap seperti ini, dia bagaikan macam report aliran tunai (cash-flow) yang dah masuk dalam akaun Churp Churp korang. So, tak ada lah sebarang isu timbul.
Banyak kan?...

3) Perkongsian Automatik (Auto Sharing)
Dan yang last ni, tak kurang pentingnya juga. Auto Share. Korang boleh set kat bahagian auto sharing di bawah tu untuk set masa dan kekerapan yang korang nak kongsi dalam Facebook atau Twitter. Aku tak buat setting ni lagi. aku lebih prefer guna manual, bila aku nak share, aku share lah. Kalau tak, dah macam SPAM dalam wall FB/Twitter korang! huhu~

Button-button yang ada di atasnya tu pula, medium mana yang korang nak share ads itu. Kalau ada akaun lebih dari Blogspot atau Wordpress macam Tumblr ke, boleh juga di kongsi. Aku jarang share ads dalam email.

Berminat menyertai keluarga BESAR CHURP CHURP? aku dah banyak kali post tentang entry Churp Churp dan aku tak pernah nak bosan promote sebab benda ni bukan SCAM ke hape, tak macam Login ape tu dapat RM100? OHMAI! karut ok, karut!


Jalan pantas untuk register akaun Churp Churp di SINI Bila korang dah baca, tapi still tak paham gak, boleh drop komen, aku cuba bantu korang. IKHLAS! tak payah bayar pun. =)

Enjoy! dan selamat berpuasa...

6 comments:

ken said...

wah i didnt know got new auto sharing feature? so cool.. gonna check it now.. :)

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

ken:

Yeahh! am realize that when wanna share ads just now.. huhuh..

Meck said...

aku selalu hide kwn2 yg post churp2 kat fb haha

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Meck:
kah3.. itu salah satu penggunaan HIDE babe! huhhu~

hazman aka species1980 said...

hurmmm....kencang gak bro punca earnings ngan churp2 yea....

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Bro Hazman:

Alhamdulillah bro, setelah beberapa purnama ku simpan, itulah hasilnya.. ehhehe.. lama ouh tggu! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998