Loading...

Aug 14, 2011

Jom beraya di Facebook bersama EC Open House!



*sticky-post 48 hours*


Diam tak diam sudah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Selalunya ramai yang dah siap sedia mahu pergi ber-shopping sakan di gedung membeli belah. Al-maklumlah, bonus raya pun selalunya masuk pada awal minggu ke-2 juga kan? =D


Kemeriahan kian terasa. Begitu juga di alam siber. Kemeriahan dari penganjuran pertandingan tidak putus-putus dari syarikat tempatan. Contohnya seperti TM mengadakan pertandingan Rumah Terbuka yang dipanggil EC Open House bersempena menyambut Syawal yang bakal tiba.


Play Now: HERE

Jika di alam realiti anda boleh menikmati pelbagai makanan yang lazat, menghias rumah cantik-cantik, begitu juga di dalam siber. Tapi bukanlah secara fizikal dengan memakan makanan yang disediakan, tetapi bila mana anda bermain permainan yang disediakan ini, seumpama anda dijamu oleh pemain game yang lain tatkala anda bertandang ke "rumah" mereka. Simple je kan?

Dalam masa yang sama, anda akan meraih mata permainan untuk peluang memenangi hadiah-hadiah istimewa setiap minggu. Kamera Sony, iPod dan iPad boleh dimenangi apabila anda menyertai EC Open house.

Menarik bukan? =)

Ceriakan lebaran anda dengan memenangi hadiah dari EveryoneConnects Open House yang menarik ini. Untuk melihat lebih lanjut, sila layari Facebook EC di http://www.facebook.com/everyoneconnects

Enjoy!


**sponsored post**

4 comments:

hazman aka species1980 said...

Whoaa... sungguh effisien la bro...anyway tengs sebab singgah RUMAH saya yea...jemput la makan2x tau...banyak saya masak tue...keh3x... p/s : KACHING !!!

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Bro Hazman:

Heheheh~ nanti kita raya sama2 dalam FB ye.. leh menang ipadddd!!! hahhha~

CikLilyPutih said...

noks..
dapat sponsored post... untung2 byk duit raya ko tahun ni ek

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

CLP:

Keh3.. rezki CIk CLP.. beraya sakan noo.. hehehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998