[ads] Mana nak cari jurugambar/photographer sekitar Klang/Shah Alam/Kuala Lumpur? by shahroll

Friday, August 26, 2011 shahrul hairy 0 Comments



As salam and hello readers!


Tak tidur lagi ke? Korang sama dengan aku la sekarang ni, mengantuk tapi tak boleh nak pejam. Datang pula idea nak update berkenaan dengan service jurugambar. Nak aku cite ke? =p


Pertamanya, ini bukan sponsored post ke hape, aku sendiri menyem-ponser post ini (SH iMAGE). Mana yang baru datang ke blog aku ni, boleh berkenalan dengan aku dekat SINI. Sorry, pakai bahase omputeh kat bahagian tu, kot la ade Mat Salleh yang berkenan nak guna service photog aku kan? heh~


Dulunya aku menggunakan blog berdomain shahrulhairy.com ni selaku blog untuk aku letak segala aktiviti photography yang aku lakukan, but now aku dah pecahkan kepada 2 blog. Yang korang tengah baca ni blog personal aku dan yang lagi satu khas untuk para future client nak tengok hasil kerja selain aku letak di dalam SH iMAGE Facebook Pages.


Contoh gambar yang aku ambil....
Lain-lain boleh ke SINI

Kepada pembaca yang sekitar Klang/Shah Alam boleh direct call aku untuk tanya services yang aku tawarkan. SMS pon ok, tapi kalau lambat better telepon je. Number telefon seperti terpapar di dalam photoblog aku.

Untuk orang KL, ikut korang. Nak lepak chill kat KLCC boleh, BB boleh, Pavi pommboley! Aku flexibel dalam nak deal-deal ni. Selain suka berjumpa orang yang tak kita kenal, boleh jadi "kawan" dalam melaksanakan projek yang bakal diberikan =D

Contoh gambar makanan yang aku ambil..
Lain-lain gambar di SINI

Aku bukan terikat kepada shoot wedding saja walaupun itulah core aku, passion aku dalam photography. Tapi, lain-lain job juga aku boleh lakukan dengan kamera 30D Canon serta 3 lens kegemaran aku (50mm+Kit lens+70-300mm). Penggunaan studio lighting juga aku boleh lakukan (solo) dengan menggunakan 2 lampu.

Dulu aku ada studio sendiri di TTDI, U2 Shah Alam...

Dalam majlis perkahwinan, aku bawak juga peralatan lighting kerana nak dapatkan gambar yang menarik pencahayaannya. Kadang, ada rumah yang mana kita tak boleh nak bounce speedlight dan akan menyebabkan gambar menjadi gelap sedikit (kira dah under la tu). Aku bagi contoh gambar yang aku gunakan lampu kiri dan kanan masa majlis kahwin.

Contoh gambar menggunakan 2 light

Perhatikan gambar diatas. Muka pengantin cerah di bahagian depan dan agak kelam di bahagian sebelah muka pengantin. Mengapa jadi cam tu? Aku edit dalam photoshop ke? NO! Sebab aku fill in cahaya lampu di bahagian depan, dan lampu lagi 1 aku bounce ke atas siling rumah, so dapat result begini. Gambar ini hanya minor editing saja aku buat (resize>Action File>text)

Best ke hasil yang kitorang akan dapat dari u?

Ini ayat biasa untuk dijadikan asas keyakinan pelanggan terhadap sesuatu perkhidmatan. Bukan calang-calang client nak invest kat satu-satu company yang beri khidmat foto. Beribu-ribu kalau dah 3 event nak cover sekali. Belum caj yang pelbagai lagi.

Bagi aku senang, setelah melihat hasil kerja aku samada dalam Facebook atau photoblog, baru lah aku cerita benda lain. I mean, dari segi harga dan etc. Nak lagi afdal,jumpa dan aku bawak sekali album yang aku dah buat sebagai contoh kepada pelanggan untuk merasai sendiri nikmat custom album yang aku berikan.




contoh custom album 8x12 size

Gambar model (portraiture) korang ambil tak?

Yup! Kegemaran aku juga mengambil gambar potret. Tak kira remaja ke, orang tua ke, orang dewasa ke, kanak-kanak ke, baby ke (cukur jambul selalu aku shoot baby). Satu kepuasan bila aku shoot wajah-wajah manusia yang terakam dalam kamera aku dan aku menjadikan gambar tu satu kenangan yang menggembirakan. Contoh?

Kids portraiture (studio)

Adult Portraiture (Studio)


Teenager (Female) Portraiture (Outdoor)


Teenager (Male) Portraiture (Studio)


Aku rasa cukup lah kot gambar-gambar yang aku letak dalam blog ni. Nanti berat pula nak loading page entry. Apa pun, jika korang rasa nak hired photographer yang dah lebih 4 tahun bermain dengan segala jenis pengalaman shooting gambar (aku la tu) boleh hubungi aku di 012-3437359 atau nak email shahrollphoto@gmail.com

Borang tempahan photography boleh pergi ke link: Borang Tempahan


Enjoy!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...