Loading...

Aug 3, 2011

Adakah perniagaan Kambing Panggang berbaloi? by shahroll



Salam and hello readers,


Kalau ditanya tentang perniagaan kambing panggang, bagi aku perniagaan ni masih "hijau". Tak ramai lagi yang memberikan perkhidmatan kambing panggang di kalangan masyarakat kita. Kenyataan ini aku buat berdasarkan pencarian aku di dalam laman sesawang. Jika dari segi word of mouth advertising, mungkin ramai lah.


Seingat aku bila datang ke majlis kahwin ke, cukur jambul ke atau bertunang, sajian ni boleh dikatakan tak ada. Mungkin dulu takde orang yang buat tetapi sekarang orang buat majlis kahwin dah mula menempah kambing panggang sebagai pembuka selera (bagi yang suka makan kambing lah)


so ummmphhh!!

Bagi korang yang berhajat nak try cuba test kambing panggang ni, aku bagi direktori peniaga yang aku jumpa dalam Google. Macam-macam keywords aku letak, web/blog dorang jugak yang keluar.


Ada satu link bercerita mengenai perniagaan kambing panggang. Dalam Kosmo! Satu motivasi untuk mereka yang nak ceburkan diri dalam bidang panggang-panggang, jom layan!

Pada usia 17 tahun, Idris sudah tahu mencari sumber rezekinya sendiri. Matlamatnya ialah dia mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin.

"Saya tidak belajar tinggi, tamat sahaja SPM, saya terus bekerja sebagai tukang cuci pinggan di KL Hilton selama dua tahun," akuinya tanpa rasa malu. Peluang yang diperolehnya dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Bagaimanapun, Idris terpaksa meninggalkan kerjayanya itu kerana mahu membantu keluarganya yang juga terlibat dalam bisnes katering. Lebih sedekad menimba pengalaman dalam bisnes itu, Idris mendapat tawaran bekerja di Kelab Sunway, di Petaling Jaya. Tetapi bukan sebagai pencuci pinggan.

Sebaliknya, Idris diberi kepercayaan di bahagian dapur. Setiap hari, dia perlu memasak makanan segera sahaja.
[read more: HERE]
Aku ambik kat salah satu blog kat atas tu... hehe

Amacam? ada modal boleh try business kambing panggang. Aku? kalau aku ada modal, boleh saja. Janji pulangan dia masssyukk! Agak-agak berapa ye modal permulaan niaga kambing ni? Anyone ada experience, boleh share kat sini, k?

Enjoy!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998