Loading...

Jul 16, 2011

Bagaimana mahu menamatkan sijil perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)



As salam and hello readers,


Aku nak kongsi maklumat dengan korang tentang, macam mana kita nak tamatkan sijil perniagaan kita dari SSM jika perniagaan yang kita jalankan itu tidak mencapai tahap keuntungan yang memuaskan dan ingin menamatkan perniagaan tersebut.


Setiap sijil perniagaan adalah untuk satu-satu jenis perniagaan atau beberapa yang lain. Contoh, aku buat sijil perniagaan untuk perkhidmatan. Dalam perkhidmatan tu pulak, macam-macam aku letak seperti perkhidmatan fotografi,sewaan studio,perkhidmatan membuat website. Korang kena perincikan apa jenis perniagaan yang korang jalankan. Tapi, jika mahu menamatkan perniagaan tu bagaimana?


Langkah yang perlu diambil:


1) Pergi ke SSM yang terdekat ngan korang. Kalau aku, aku pergi ke Plaza Alam Sentral je, dekat. Ambil borang di kaunter (ada orang jaga neh) cakap kat dia nak borang penamatan perniagaan. Siap isi borang, baru dapat nombor giliran.


2) Setelah nombor korang dipanggil, bagi borang yang diisi tadi dan akan dikenakan bayaran RM10 sahaja untuk penamatan. Cuma, suka aku nak ingatkan korang, pengalaman aku buat penamatan ni setelah sijil aku dah habis tempoh penggunaan sijil itu. Kalau sijil tu masih valid, tu kena tanya orang kat kaunter lah.


3) Di kaunter pertama sekejap je urusan, tapi untuk dapatkan salinan surat yang mengatakan sijil itu telah ditamatkan agak ambil masa. Dalam 30 minit di kaunter berlainan ye. Kalau dah dapat surat tu, kiranya dah setel la.


Benda ni senang je sebenarnya, tapi remeh. Siapa suka buat kerja remeh kan? tapi itulah, aku sedang merangka perusahaan yang lain, selain yang aku usahakan sekarang. Apa ya? 






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998