What is Perception to you? by shahroll

Thursday, June 30, 2011 SHAHRUL HAIRY DOT COM 0 Comments



Hello readers!


How are you? hope everything fine today. Hari ini seperti semalam, masih sejuk dan nyaman. serius sejuk dalam office. Mungkin juga dengan bantuan air-cond plus kipas yang dibuka, menjadi penyebab kesejukkan yang menggila.


Perception.


Apa yang korang "terfikir" kalau aku ajukan persoalan macam ni depan muka korang? Masih menggaru-garu kepala apa istilah yang sesuai yang patut korang sampaikan kat aku bila benda ni terpacul dari mulut aku kan? atau, mata sure terkebil-kebil bila mana aku tiba-tiba soal soalan macam ni.


Tak pun, paling "koman" korang direct translate kan, "PERSEPSI".


Persepsi atau pandangan kepada sesuatu hal/isu/manusia/objek dan apa je yang berada di sekeliling korang. Contoh; kalau berada di satu pekan atau kampung yang berada diluar bandar, kita berpendapat (sesetengah) orang-orang yang berada di kawasan ini cetek akalnya. Mean, tiada orang yang "se-level" dengan pemikiran kita. Yang sama. Tiada.


Walhal, persepsi korang tu sama sekali salah. Salah disebabkan beberapa faktor. Antaranya:


1) Berdasarkan pengamatan secara kasar
2) Melibatkan unsur-unsur duniawi
3) Tidak faham akan kehidupan yang "sederhana"
4) Menggunakan terlalu banyak "teori" dalam kajian/pemerhatian
5) Melibatkan unsur peribadi


Kalau nak aku huraikan satu persatu pasal faktor kat atas tu, aku rasa posting nie akan jadi panjang. Ini bukan lah aku punya research untuk submit dalam SCOPUS database, ini cuma berdasarkan pemerhatian sendiri. Tak da masa lah nak research bagai unless aku dibayar kerja macam tu.


Cuma aku huraikan 1 point dari 4 point tu lah. Berdasarkan pengamatan secara kasar. Mean secara general (umum). Jika seseorang itu memakai baju yang ber-kot, kameja T dan berkasut kilat, maka pandangan terhadap orang itu menjadi tinggi walhal dia cuma pekerja restoren mamak je. Imej yang baik, tapi orang akan membuat "andaian" yang salah.


Bagaimana pula dengan perhubungan manusia?


Secara fizikalnya, lelaki dan perempuan dapat dibezakan. Cuma, dalam sesetengah perkara, lelaki dan perempuan mempunyai persamaan dari segi pemikiran, tingkah-laku, kesukaan. Jadi, bila kita melihat konteks dalam masyarakat kita pada hari ini, aku andaikan (persepsi) persamaan-persamaan ini membuatkan kita semakin 'advance".


Dari segi apa?


Banyak. Terutama dalam bidang perniagaan. Lelaki dan perempuan yang mempunyai persamaan matlamat untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan, berganding bahu untuk terus "survive" dalam bidang tersebut.


Kaitan cerita di atas dengan persepsi?


Kaitannya, jika seorang lelaki dan perempuan berbual terbahak-bahak dekat kedai makan, itu bukan couple, tapi tengah close deal about business. Sekian..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...