[sneak pict] Onie Wedding @ Batu 9, Kebun Baru, Telok Panglima Garang by shahroll

Monday, June 06, 2011 SHAHRUL HAIRY 0 Comments


Salam hari Ahad!

Minggu yang awesome. Sebab aku outing dengan family aku. Semua orang ada. Kalau tak, abah aku kerja, adik aku kerja. Tak dapat nak pergi jenjalan sesama. Lucky, this week all in my family ada kat rumah. Keluar seawal jam 10 pagi (GMT+8) dan pulang lebih kurang jam 4 petang. FLAT terus bila balik.

Cerita hari sabtu. Sabtu aku di book oleh pasangan Onie and Wari untuk cover Majlis Nikah dan bertempat di Batu 9, Kebun Baru. Aku familiar dengan area sana sebab, dulu aku duduk kat sana dulu. Lama jugak la.

Majlis bermula jam 2 petang dan aku sampai ke sana around 1 petang cam tu. Alhamdulillah, aku tak sesat teruk nak carik rumah Onie. Sebab dalam alamat, hanya dibagi tahu lorong nya saja, jalan nya tak bagitahu, susah sikit nak cam jalan.

Sesampai je, tengah make-up. Cool. Aku prepare kamera then shoot. Sambil-sambil tu, kacau anak dara orang (budak kecik) kat rumah Onie. HAHA, ramai bebudak kan, seronok gak melayan.

Lepas semua siap, kitorang pergi ke Bandar Botanic untuk ambil sedikit outdoor. Dekat situ, punyalah ramai photog ngan pengantin baru nak shoot. Hampir semua hot spot penuh. Nasib baik aku ada port aku sendiri. Tu pun ada gak photog amek gambar. Tak pe lah, tempah cantik memang ramai orang suka ambil.

Job done around 6.30 petang dan sebelum tu, lepaking dekat A&W untuk melegakan tekak yang perit dan haus. 3 cawan besar aku santak air A&W tu, siap beli botol 2 liter lagi bawak balik umah. huhuh~

Adios!


Untuk paparan jelas: HERE

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...