cari artikel blog disini

Loading...

Jun 17, 2011

Gabungan penulis novel+ penulis skrip tercipta drama HOT: Nor Elena by shahroll



Morning!


Mata berair. Kepala pulak pusing. Fenomena biasa kalau aku tidur awal. Selalu tidur 2-3 pagi. Semalam sangat flat, tertido depan tv dengan mafla biru aku. Semalam Drama Nor Elena yang jadi kegilaan ramai, terutama para blogger yang bagi liputan yang terbaik sepanjang drama 16 episod di kaca tv.


Dan, aku bukan nak cerita pasal drama ni sebenarnya.


Aku lebih suka "orang belakang takbir" yang buat cerita/drama ni. Dan, aku baru tahu yang Drama Nor Elena diadaptasi dari 1 Novel yang bertajuk " Kasih Yang Suci (KYS)", siapa penulis novel tu?


Tak pernah perasan pulak novel ni dekat 
toko buku

Penulis novel ni Meen Zulaikha. Dan seorang blogger juga. Lihat di SINI. Aku tak habis baca blog Meen. Ada masa aku selongkar lah blog nya nanti.

Siapa pulak penulis skrip Drama?

Pernah dengar Maizura Mohd Ederis? Kalau tak, boleh tengok ruangan beliau di SINI. Banyak info pasal drama Nor Elena di dalam blog itu. Seronok baca.

Seth Tan and Elena

Aku quote dari blog penulis skrip, Maizura Mohd Ederis;

Drama bersiri Nora Elena bakal bersiaran untuk minggu terakhir mulai Isnin hadapan, 13 Jun. Menurut laman web gua.com, episod 1 hingga episod 16 drama ini telah berjaya menarik 800,000 penonton melalui tonton.com.my

Manakala episode 16 sahaja – babak berbulan madu di Cameron Highland – dapat menarik 80,000 penonton. Sementara itu, jumlah yang menyukainya melalui halaman peminat [FAN PAGE ], mencecah 56,000 ketika entri ini ditulis.

Namun, masih tiada makkumat tentang rating di televisyen. Apa pun, dari segi kedudukan, khabarnya Nora Elena mungkin berada di tangga kedua selepas Juvana atau ketiga selepas Juvana dan Asmara. 

Perlu ditekankan bahawa Nora Elena bersiaran pada waktu Magrib – waktu orang Melayu jarang menonton televisyen. Sedangkan Juvana dan Asmara bersiaran ketika PRIME TIME, di TV3.


Amek dari Google
SWEET!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut garis panduan undang-undang Malaysia.