Loading...

May 31, 2011

Lontong Klang @ seksyen 7 Shah Alam by shahroll



Wazzap peeps!


Entry perap. Cuma tekan button "publish" kalau kena dengan time-time nak makan tengahari macam ni. Baru korang rasa teringin nak makan, tol tak? Pernah rasa Lontong? Nak cari lontong yang sedap? lanjutkan pembacaan korang sampai habis.


Kedai di seksyen 7, Shah Alam

Kedai Lontong Klang ada 2 yang aku tahu. 1 di Emporium Makan dekat Klang, dan satu lagi kat Shah Alam lah. Kiranya, kat Shah Alam ni head quarter (HQ) sebab kat Klang, kecik je tempat makan dia.


Bahan utama dalam hidangan Lontong

Bahan asas dalam menghidangkan Lontong adalah bahan-bahan seperti Tempe, Nasi impit, telur goreng (optional),begedil,serunding dan sambal sotong. Kuah dia macam kuah lodeh (santan kelapa) tapi tak de banyak sayuran dalam kuah tu.

Bila diadun bahan tadi menjadi 1..
Harga untuk Lontong Special: RM5.50

Gambar diatas aku order "Lontong Special" mean ada telor goreng plus aku request tempe lebih. Peminat tempe la katakan. Yang membuatkan Lontong Klang ni lain dari yang lain, keenakkan kuah dan sambal sotong dia yang "ummmphh"! Rasa yang sama juga kalau korang berkunjung di cawangan Klang.



Gambar close-up Lontong Klang...

Untuk menikmati Lontong Klang, korang boleh berkunjung di Kedai Lontong Klang di alamat:


Lontong Klang, No.20 Jalan Zikron E7/e,40000 Shah Alam
[Google MAP: HERE]


Enjoice! 

4 comments:

Hazman said...

adess.... MELELEH siot....kena turun shah alam la pulak nampaknya.....

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Hazman:

Meleleh ye bro.. hehe.. Klw Klang jauh sgt, mai dtg Shah Alam je.. hehehe~

Anonymous said...

buka sampai kul bape?sek 7 dekat ngan ape?

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Anon:
Dekat dgn kedai mamak Khulafa, dia bukak sampai jam 6 petang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998