Episod pertama JUVANA dan sinopsis+TV3 by shahroll

Monday, April 25, 2011 SHAHRUL HAIRY 0 Comments

picture credit: Google

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. 

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan. 

[read more: HERE]

Aku dah tengok cerita nie tadi. Cerita melayu yang aku rasa nak keluar dari kepompong yang tipikal. Nice try, but ada aku akui pelakon-pelakon dalam cerita JUVANA nie mempunyai kekuatan dia yang tersendiri.

Yang aku tahu, pelakon yang ada "nama" seperti Zahiril Adzim, tak perlu nak mempertikaikan pasal lakonan dia, dah cukup mantap. (ASWARA Rule!!) Lain2 pelakon, ok je.. boleh la..

Aku nak tunggu minggu ke-2 pulak! heheh~

Chaw!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...