Loading...

Mar 30, 2011

Homemade pizza! How to make it? by shahroll

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Tetibe nak cerita pasal buat homemade pizza pulak. Dah alang-alang aku tak pegi makan tengahari, so leh update pasal makanan! Saja nak buat korang lapo! huhu~ Yang kita taw, kalau nak makan pizza, pergi ke kedai pizza lah. Tak reti nak buat sendiri ke? ke korang malas? huahua~ meh aku share nak buat pizza..


gambar hiasan.. kasi terliur sket...

Bahan-bahan:

Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera.

Topping:

Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

*semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Sesudah korang tahu bahan2 nyer, macam mana pulak nak masak? Ahaaaa~ sonang jo!


Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.

5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.

9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.





Untuk sos pizza, korang leh beli kat kedai lah. Nak buat sendiri pon boleh gak, but for me setakat sos, baek beli sos kat kedai, senang. Tak gitu? Oh! aku nak kreditkan Dari Dapur Wanita punya blog lah sebab aku ambil resepi dari sana. Selalu buat spagetti jeh, sesekali buat pizza pon, sodap gak.

For English version, please click HERE

Try jom?

0 comments:

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...