About script-writer .. by shahroll

Sunday, March 06, 2011 SHAHRUL HAIRY DOT COM 4 Comments

As salam to all,


Selamat hari ahad. Hari nie aku cuma nak siapkan assignment2 yang belum aku sentuh. My God! Aku cuma fikirkan pasal Ahad minggu depan je nie. Kenapa? Nantikan update seterusnya jika korang sanggup nak tunggu lah. Sekarang aku update sikit2 je, nak kejar masa. Betul lah masa itu emas. haha~


picture credit: HERE

Awal pagi tadi, around 3am (GMT+8) aku layan movie dekat channel DIVA (Astro 702). Cerita tu mengisahkan seorang penulis skrip yang agak berumur dan pihak studio menganggap, skrip nya tidak bermutu lagi disebabkan faktor umur. Maka, dengan itu beliau membuat strategi untuk menjual skrip nya itu pada pihak studio tadi.

Anak buahnya seorang penjual kereta berkomplot dengan makciknya tadi, untuk jual skrip itu. Ada masalah dipertengahan cerita ni. Skrip itu sebenarnya tidak bermutu untuk beberapa halaman disebabkan idea asal "dicedok" dari sebuah filem yang lain. Timbul konflik disitu.

Disebabkan syarat di Hollywood begitu ketat pasal skrip, makciknya bertindak mengubah beberapa halaman tadi kepada ideanya sendiri. Aku tengok kehidupan seorang penulis skrip memang "teruk".

picture credit: HERE

Teruk bukan pasal apa, nak buat 1 halaman pon aku tengok seksa nak keluarkan IDEA. Aku tengok movie tu, barulah aku paham situasi penulis skrip nie. Idea datang bukan kira masa dan laptop sentiasa di sisi. Huhu~ cool lah.

Sesiapa yang baca blog aku nie yang bergelar penulis skrip, boleh la kongsikan pengalaman korang jugak ya? Boleh orang biasa-biasa macam saya, menyelami kehidupan seorang penulis skrip, khasnya di Malaysia. 

Thanks for read! Happy sunday all.. As salam..

4 comments:

Nizam said...

betul tu, susah kot nak jadi penulis skrip..idea kena banyak pastu kena tapis lagi kan...
mencabar jugak tu...

Nizam:

yup! itu baru dalam untuk menghasilkan sebuah naskhah skrip, bagaimana dengan rintangan2 yang lain? terutamanya rintangan daripada luar? itu lebih mencabar...

Salam,

Dlm menulis skrip sekiranya skrip itu mmg ditempah oleh produser dan upfront dibayar, mmg laju garapan kita. Tapi kalau produser liat nak bayar, maka akan liat jugalah utk kita siapkan skrip itu.

Abg Rusli Sophian:

Wslm,

Betul tu bang, kalau bayaran "liat" kita juga tak de mood nak menghasilkan karya. Terima kasih Abg Rusli mengunjungi blog saya.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...