Loading...

Feb 28, 2011

Cerita semalam: Mini Gath bertukar menjadi picnic! by shahroll

As salam to all,


Wasaap! selamat minggu baru, sekejap saja dah habes bulan 2 (Februari). Disebabkan bulan 2 nie, tak macam bulan lain, tu yang ang rasa sekejap je tuh. kan? Disebabkan itu, gaji pon awal jugak lah dapat, dah setelkan ke HUTANG2 korang tu? Haaa.. belom lagi? bahaya tu..~ cecepat setel k!


Okeh, nie semalam punya cerita lah. Nak update semalam tak sempat, mata dah rabak nak tido. Penat kemain lagi. Aku ada buat "mini gath" lah untuk group yang aku buat kat Facebook. Group apa? tengok posting yang lepas  kat bawah tu eh.


Persiapan aku ke sana tak de lah "havoc" mana. Just bawak Ayam masak merah ngan nasik putih saje. Thanks to my mom yang masak kan ayam tu menjadi superb sedap sampai ade orang makan tambah 2 kali! hehe.. then Admin BBrian, Arerich Kdn bawak air mineral 3 botol and Air sedap (sunkiss!) hehe~ Thanks bro! So, complete la "pot luck" semalam...


Admin BB: Dark (AK) White (Shahroll)

Aku kenal AK bukan dalam blog. Tapi beliau nie, Tok Penghulu masa aku kursus BTN dulu kat Pasir Salak. Then lepas tu baru lah tahu yang tok nie ada blog. Boleh pergi ke blog beliau di SINI


Bukan aku sorang kat sana semalam. Habis adik beradik aku bawak. Sambil2 tu, boleh la dorang main kat taman permainan yang besar tu. Kata jugak hujung minggu. So, bebudak tu sure seronok kalau main kat sana. Dekat supermarket Giant tu, kan ada seksyen untuk kanak2 bermain kan? haa.. yang nie lagi besar, seronok bebudak tu main sampai termengah2.. huhu~


Mood dah hilang.. penat kot..

Adik aku, Niena (new blogger) pon ade gak aku bawak. Tapi, gambo ko aku tak edit lagi lah! hehe.. next post aku masuk kan lew.. T___T. Tapi, korang leh g kat blog dia la eh, kot la dia ada update pape ke pasal semalam.. hoho~

Ok, thanks for read! Semalam aku leh katakan aku "gagal" untuk organize "mini gath" itu, but still berpuas hati sebab, lepak ngan Tok Penghulu yang mempunyai story yang tak kurang hebatnya... i loike it bro! haha.. kang leh sambung lagi.. hehe..

Ok ya! see next!.. As salam..

0 comments:

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...