Loading...

Dec 31, 2010

Cukup ke cuma 5 minit? by shahroll

As salam to all,


Berjumpa kawan lama satu aktiviti yang seronok. Lebih-lebih lagi kalau berkenaan dengan business. Tadi, dekat Mekdi Shah Alam jadi port melepak diri dengan kawan lama masa di kem dulu, Aqbar. Ada serba sedikit perbincangan agak serius dalam keadaan santai. Yeahh! aku suka cam tu.


Itu bukan point aku untuk entry kali nie. Berkenaan dengan tajuk, apa 1st impression korang? Apa yang 5 minit nyer tu? Lama ke 5 minit?
picture credit: Google

Tadi bukak Google Analytic, dan selalunya aku fokus pada purata masa di blog atau bahasa english nya Average time on site. Selain aku pandang gak Unique Visitor (penting owh!) Masa yang diambil untuk para pembaca, aku pandang jugak.


Kenapa?


Sebab, beberapa teori boleh aku andaikan jika masa yang diambil tu, "sekejap" sangat. Hisap rokok pon lagi lama kot? HAHA! Jangan terasa perokok semua, contoh je ek!?


Andaian 1:
Content aku biasa2 je. Yup, tak de special melainkan cuma seorang blogger picisan dan photographer Chap Ayam. Tutorial pon cam hado tak hado. Then, blogging pon "ke laut". So, senang cerita, boring!


Andaian 2:
Bahasa sukar difahami. Ok, mostly pembaca aku terdiri dari umo 18 sampai 35 tahun. Yup! Jangan terkejut eh, data yang kasi taw cam tu. So, aku harap golongan 30 tahun ke atas, boleh baca bahasa Melayu aku yang pasar nie tanpa sebarang masalah. Kalau ada, meh gtaw. Aku cuba betolkan.


Andaian 3:
Bukan blog ilmiah. haah betul! Aku tak buat blog skema-mati-susah-nak-paham nyer bahasa. Aku suka bagi "ilmu" dalam keadaan santai. Kalau perasan, perasanlah (ada kat side bar menu tu) Dah jadi trend kot, transfer knowledge lam keadaan non-formal.


data from GA

Dah, tu je yang aku leh andaikan. Sepatutnya aku kena wat survey, aku tak berapa kenan ngan andaian or assumptions cam nie. Kalau korang bace nie, leh shout lam ruangan komen, terima kasih.


see next! As salam.

Dec 30, 2010

Penangan Khairul Fahmi Che Mat! siapa yang popular? by shahroll

As salam to all,


SYUKUR ALHAMDULILLAH!! Malaysia menang agregat dengan Indonesia malam nie. Aku yang melepak dengan rakan office aku di Subang, sambil menikmati shisha watermelon buatan Bob (kawan aku) sangat nikmat! HAHA! layan pulak air bergelas-gelas, bertambah2 la nikmat nyer!


Malam nie, pasti rakyat Malaysia meraikan kemenangan ini. Dan esok, pada jam 2 petang, pasukan Malaysia akan pulang ke tanahair di KLIA. Sesapa nak g sana? hehehe, dan yang lebih masyukkk PM kita, Datok Sri Najib mengistiharkan CUTI UMUM pada hari Jumaat ini sebagai tanda meraikan kemenangan besarrrrr ini.


Seronok aku tengok gelagat penonton kat kedai mamak tadi. Aku pon tak leh tahan, bersorak penuh semangat even gol tu REPLAY balik. Laungan GOLLLLLLL tu memang gegar baekkk punya. Aku rasa satu Subang leh dengar!! haha, over tak? =P


Dan, di FB sudah tentu Goal Keeper menjadi perhatian! Siapa lagi si muka Jepun, Khairul fahmi atau Apex! Ada yang gelarkan beliau sebagai "tangan magnet"! Memang terbaek dari padang!


Support? Sila ke link SINI


Dan yang lebih menguntungkan adalah, kekasih hati Apex iaitu Elia, tak sangka lak awek dia blogger! haha.. now, sesapa yang tangkap cintan sama Apex, boleh simpan hasrat anda itu okeh! hehe..


Belog Elia malan nie memang mencanak naek! Terbaek dowh! Aku masuk2 ade la lam 800 lebih follower and now dah 1647 (pada jam 1.33 pagi) follower!! how can lah wehhh!! hahaha cool kan? To Elia yang baca my belog, CONGRATULATION!!! =D



Kat atas nie lah belog si Elia. Thanks to my friend yang share mende nie. Dan untuk ayat terakhir, majulah bolasepak Malaysia!! Hoooyeahhh!! As salam...

Picture credit: Khai Ghaz's Facebook

Dec 29, 2010

Keyakinan yang tinggi buat Skuad Harimau!! by shahroll

As salam to all,


Baru balik dari UiTM jalan othman. Taklimat untuk pelajar Master yang akan melanjutkan pelajaran tak lama lagi. Blog untuk jabatan aku boleh lihat di SININasib baik aku dah hafal jalan ke PJ tu, so tak la susah sangat ke sana.


Petang nie aku akan melepakkan diri di Restoren Mamak seksyen 7. Korang tawlah kan mana yang best kat Shah Alam nie untuk melepak ngan layan bola, dimana malam nie perlawanan final untuk Malaysia menentang Indonesia.


Aku suka tahap keyakinan kapten Malaysia, Safiq Rahim yang menegaskan,
Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot!” (quote: Kosmo!)


Wahhhh!! satu bentuk "serangan saikologi" untuk skuad Garuda aku rasa. HAHA! Aku suka semangat nie. Lain-lain laporan korang leh baca kat Kosmo.
Semangat dan keyakinan yang tinggi dan sokongan padu rakyat Malaysia samada di sana, mahupun di alam maya (macam aku nie ha..) dapat menyemarakkan gelombang semangat kesukanan! 


Hoooyeahhhh!!! come on MALAYSIA!!


Tunggu je kontroversi yang akan "dicetus" kan di sana.. tunggu.. dan lihat! as salam...

Dec 28, 2010

Drama demi drama yang dilakonkan: HAMPAS! by shahroll

As salam to all,


Ambil masa sedikit yang berbaki untuk membaca rencana yang ada dalam berita sukan tanahair. Kosmo harini melaporkan tentang "sinetron" yang dilakonkan oleh skuad Garuda dimana masa ini hangat diperkatakan di twitter pasal ketidakpuashatian 'mereka" dengan kemenangan Malaysia.


Sedikit ulasan wartawan Kosmo!



ENTAH apa agaknya yang akan diulas oleh Indonesia andainya mereka menang pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Adakah mereka akan menyalahkan sinaran laser atau sebaliknya?
Mungkin pemain, pegawai serta pemimpin tertinggi skuad Indonesia lupa dengan reputasi skuad Malaysia.
Mereka lupa bahawa skuad bola sepak negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini.
Sukan SEA 2009 di Laos sudah cukup untuk membuktikan tentang kehebatan skuad bimbingan K. Rajagobal itu.
Pada temasya di Laos itu, Malaysia menang pingat emas meskipun 1,001 macam dugaan serta tipu muslihat yang mereka hadapi daripada pasukan lawan.
[read more: Kosmo]
*****************
Come on Indonesia, aku tahu bukan semua rakyat Indonesia terlibat dalam hal nie, but tunjukkan semangat kejiranan dengan kesukanan yang tinggi. Boleh berkata-kata, tapi biarlah yang berasas dan fakta. Bukan main 'tabor" jer.
Yang puak Malaysia nie pulak, siapa yang main laser nie ha? Memang "bingai" sape yang main tu. Puak korang nie lah yang 'drop" kan nilai kesukanan. Baik Indonesia atau Malaysia, lebih kurang. Tolak tambah lebih kurang.
*Gambar Hiasan?**

Apa pun, aku mengharapkan skuad Malaysia keep on track untuk malam perlawanan esok. Tunjukkan Malaysia boleh! YES!! u can, dah final, habiskan sampai ketitisan peluh jantan terakhir hokkeh!?
Skuad Malaysia 23 tahun memang mantap! cool seh..dan TIADA pemain import!! 

Dec 27, 2010

Bloggers Malaysia: Membaling dan Memakan! by shahroll

As salam to all,


PC aku buat hal lagi. Kali nie bebetol buat darah aku naek. Time2 aku nak buat kerja (editing photo) time tu lah nak buat hal. Nie yang terasa nak beli PC MAC Apple je nie. HAHA! Alhamdulillah, dah ok balek PC aku, tah hape yang "wengg" pasal frequency PC.. **lose**


Semalam, aku attend gath bloggers anjuran Melz. Bapak tinggi kau Mel! huhu~ terasa ke-ketot-tan aku nie. Gath semalam diadakan di Berjaya Times Square dan berakhir di level 10, kenapa level 10? **misteri**


Kronologi pasal semalam:-


1) Aku attend bersama blogger Gadis Terbilang, aku invite dia sebab dia Top Blogger! So, aku dtg ngan blogger top ok! Sila jeles dengan aku, hahaha..


2) Sesampai je kat BTS, dorang dah buat circle. Macam bebudak nak buat orientasi tu, perkenal diri memasing.


3) Siap berkenalan bagai, semua bersepah jap (ada g makan, toilet, etc) dan masuk ke Pusat Bowling.


4) Aus sebagai PA (Personal Assistant) dimana sebagai perantara "group tak serius" (tanyer Daydeck! dia lebih memahami) wakakak...


5) Tia yang gojes! Aku ingat artis mana yang join gath nie semalam. Yang kantoi sebab datang ngan Aus, so aku taw la dia blogger.. hahaha..


6) Ada blogger yang aku kenal ada yang tak, tapi semalam semua leh masuk kepala (Insyaallah) sebab sibuk layan men bowling nak kalahkan Anak Perak!


7) Setel main bowling, g makan kat level 10 (food court) isi perut kenyang2. Aku dah makan kat Wendy's bersama jejaka kacak Malaya, Che Armster, Mashimaro dan jugak Gadis Terbilang.


8) Ada perbincangan sedikit pasal NEXT gath! yeeehaa.. seronok sebab next gath nak buat permainan tradisional. Dah alang2 main tradisional, bio pakai baju pun ala tradisional jugak la kan macam Cik Shara Bunga kita semalam yang pakai kebaya! Vogue kau Shara! huhu~


Then, last2 nak balik tu, ade Cik Epal dan jugak Rina Salleh yang baru datang. Terima kasih sebab datang jugak. Yang penting, semangat nak datang tu yang penting, yang dok PUNG PANG lebey dalam belog, tapi gath pon tak mau turun, tak leh cakap ape ah! hehhehe...


Sesi bergambo2 tak sudah2! Almaklum, semalam ramai kot, sampai kamera habis bateri! hammbek kauu, memang terbaek lah gath semalam. SYABAS to organizer! =D


Sikit gambo ye!


Che Arm tak berenggang dengan BB (BlackBerry) beliau! hehe, BB carik makan tu beb!

Aku saje letak gambau nie! hahah..

Jojo (3 dari kiri) and friends!

Kena register dulu, nak amek link2 blogger untuk di link kan.. heheh
(tambah traffik also!) ngehngeh...

Bro Ham yang sporting!

Bersama blogger Cik Hel (gaya geek?) dan aku cam ala Puff Daddy tak? LOL~

.." Saya GAY , saya OK".. wakakakka!! muntahhh la kau Phreak ID!! =P

Sesi meeting lepas makan...

Yeeaahaaa!! Ketemu sama CIK EPAL okeh! Tip-top blogger nieh, haa tu la sape swoh tak datang, kan melepas nak bergambo ngan hot blogger nie! kah kah kah...

Deyeemmm!! nie la part aku benci KL.. jammed bila balek.. adess..

Semoga bertemu lagi lain masa. Keakraban di alam maye (Aus slang) telah melangkaui di dunia realiti. Gossh! tak sangka eh? See ya next! As salam.. =)

Malaysia MENANG 3-0 ke atas Indonesia: Piala Suzuki 2010 by shahroll

As salam to all,


Entry KHAS untuk Skuad Harimau Malaysia yang MENANG di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Fuhh~ menang bergaya katanya! Terbaik buah tangan Rajagopal dan anak-anak buahnya! yeaaahaa! Walaupun Malaysia di "asak" dengan pelbagai "cerita", tetapi MALAYSIA tetap COOL!!!!

I love u MALAYSIA! =D

Dec 26, 2010

Semalam yang HOT! Double Trouble tak best by shahroll

As salam to all,


Ada sikit masa lagi sebelum keluar. Semalam, thanks kepada rakan blogger iaitu Phreak-ID yang sudi TAG aku ke konsert DT (Double Trouble) kat Sunway Lagoon, thanks a lotzz bro! Ok, setel sesi mengipas. Cerita pasal DT nie pulak, ada benda yang tak best nak aku tulis kat sini.


Apa yang tak bestnya kat pandangan mata aku?


1) Sound hancor! Serius, aku duduk ngan Phreak-ID bebetol sebelah stage (bukan VIP pass) telinga aku mendengar macam "langau" je bila gitar Joe Wing (permulaan persembahan) aku rasa memang prob sound system dia semalam.


2) Lighting system bersepah. Perghh.. nie bebetol annoying oh! bukan pe, kawalan lampu agak kurang. Sama gak macam sound. Aku agak "buta" kena panahan lampu sorot besar stage tu. Mula lah aku naik maki lam hati, siout!


3) Perangai ORANG DEWASA a.k.a TUA berlagak macam orang muda (nie tanyer Phreak-ID, dia lebih mengerti.. HAHA)


Ada yang marah ke? pandangan biasa je nie. Tak de pe sangat. BUT! yang best pasal konsert semalam, lagenda rock nie memang tak boleh pertikaikan dari aspek vokal Awie Wings dan Amy Search. TERBAEK!


Untuk pembukaan lagu, memang syok. Azlan and the typewriter yang opening. GILA tinggi vokal Lan. Serius! aku pertama kali gak dengar LIVE suara si Lan ni.Salute bro! Dia bawak 2 lagu semalam. so nice!


Then, Amy Search mulakan aksi dulu, kemudian Awie. Sempoi bapak owh dorang. Amy macam biasa aku tengok lam tv, memberikan persembahan yang mantap, lincah dah cool! Tak padan ngan usia nya yang semakin "dewasa". hehe! stamina kuat bro!


Yang mana tak dapat tengok dekat ngan stage, ada dipasang 2 layar kat belah belakang sekali. Ok lah tu, mana yang bawak awek-yang-tak-suka-bau peluh, elok sangat le dok situ. Nyaman! sebab macam dok tgk wayang je. HAHA


Gambar? Hehe, jom layan! Happy Sunday! As salam...






Dec 25, 2010

Nice song: Monoloque dan Atilia [ Kekanda Adinda]

As salam to all,


Jumpa lagi ngan korang. Hi to yang 1st time masuk sini. Thanks for read my blog. Blog yang simple, berat2 dan ringan2 punya entry. Aku dalam beberapa hari nie dah tukar mood, mood apa? mood dengar musik (lagu) dari yang sedih2 ke bertukar yang happy2 punya song. Ok lah kan, sedih selalu tak bagus! Tak produktif nanti. HAHA!


Thanks for Monoloque and Atilia yang membawakan lagu yang "fresh". 1st time dengar, whattdayell la song nie, but 2-3-4-5 kali dengar, hohoh NICE la pulak! Dengar je macam nak menari-nari kat taman bunga (cehh!) HAHA.. Lagu nie aku leh andaikan macam dengar lagu dari "luar" yang kena dengar banyak kali baru rasa "feel" dan best nya tu.


Master of Music: Monoloque

Princess in Kekanda Adinda: Atilia

Pasal musik, aku tak leh komen lebih, sebab bukan dalam bidang aku. But, sebagai pendengar biasa, aku memang suka ngan musik dia. Dan untuk lirik, ada part yang macam "kurenggg" sikit. ops! jangan marah, nie pandangan aku je k! =D Enjoy the song everyone! As salam...

Picture credit: Google

**********************
Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria-ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
Original lirik copy: liriklagu.biz

TAHNIAH dee! lu memang layak menang itu ANUGERAH! by shahroll

As salam to all,

Semalam aku ada jugak curik2 masa tengok Anugerah Skrin kat TV3. Aku nak sentuh bab pengacara majlis yang mana pengacaranya adalah Awal dan jugak Vaneeda Imran. Secara keseluruhan, aku cuma boleh kata "ok-ok" je, sebab banyak part "tak menjadi" bila 2 orang nie jadi pengacara majlis. Tak la hancoor majlis tu, but, kalau boleh carik orang lain, lain kali lah. Ikhlas nie sebagai penonton.

Ok. masuk pasal kesah Shaheizy Sam. Kalau ikutkan pencapaian untuk tahun nie, sememangnya Sam LAYAK syottt untuk terima Anugerah Khas Juri: Yasmin Hamid tu. Wa tabik springggg sama lu dee. Lu memang best! Lu caya tak nie? wakaka.. 

Wa tak caya lu TAK SANGKA boleh menang, bese lah statement artis! But, aku dan family aku dah bajet lu sure menang punya. TAHNIAH sekali lagi. Yang pasti, bulan Feb 2011 wa dah tak sabar nak beli tiket KONGSI nie. Wa support lu taw Sam!! huhu..

**tuka emo** Hermm.. maaf, terlebih semangat pulak. HAHA! Dah lama Sam nie berlakon, but menyerlah sejak kebelakangan nie. Itu lah, dah lama dalam industri lakonan, baru POPULAR, bukan datang2 je NAK POPULAR! Wakk luuu!~ siapa? ENTAH!

Dah, sambung lengkali.. As salam.. =D


** SMART lu dee**

Dec 24, 2010

Merry Christmas @ Hari Natal from Shahrul Shaharuddin Daily Dairy

Hello guys!


Selamat hari Natal kepada anda semua yang meraikan. Beberapa buah negara dah meraikan hari perayaan ini, dan Malaysia, dalam beberapa jam lagi akan masuk ke 25 Disember. Entry khas ini dibawakan oleh penaja SH iMAGE | Shahroll Photography [company sendiri daa..] huhu~



**picture credit: Google**

May the miracle of Christmas fill your heart with warmth and love. 

Christmas is the time of giving and sharing. 
It is the time of loving and forgiving.
Merry Christmas to Everyone!
Nice word original: All the best message web

Pasal Era, bukan Erra Fazira hokkeh! by shahroll

As salam to all,


Malam nie malam Krismas. Selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh warga Malaysia yang menyambutnya. Sure sekarang korang dah tunggu-tunggu hadiah yang istimewa dari insan yang teramat istimewa kan? Hope korang dapat lah apa yang korang hajat kan =D **wink**


Now, dok ligat sangat iklan kat blog nie pasal Era.Fm. Bukan Buffered Earning aku pon, pelik aku. Hehe, tapi tak pe lah, berblogging bukan semata kerana duit kan, aku up jugak pasal Era.Fm nie =D


Now, Era.Fm dah tembusi ruang udara Kota Kinabalu 
check out this link: http://www.era.fm/kk/

Zaman aku mendengar era, lama aku tinggalkan. Lama tak dengar radio, now asek busy ngan 2 dunia yang berbeza, membuat kan tak sempat nak dengar. Kalau dalam kereta pon, aku bukak Sinar.Fm yang ada Halim Othman dan juga Linda Onn. Cool lah dorang tu! Otai Deejay kan.. =D

But, Era tak hilang taring, even kena struggle untuk "kalahkan" Hot.FM dan juga Sinar.Fm. Bagi aku, Era menampilkan muka-muka baru yang fresh, best tebaboww dan juga berbakat, menjadikan era tetap unggul dalam line "Top Radio" in Malaysia.

Ily: Siapa dia? click SINI

Beebey? Siapa dia? click SINI

Sistem dorang nie best jugak lah aku tengok. Sebab apa, korang bermula dari "skuad era" then, korang akan di "upgrade" menjadi penyampai radio pulak. Best lah kenaikkan pangkat cam tu kan, bukan semua orang boleh rasa. Aku nak jugak jadi deejay, tapi part bercakap, takut aku syok sendiri je.. HAHA!

Ok, see ya next! install CS 2 Photoshop yang hilang dalam my PC nie.. huhu~ As salam..

Final Piala Suzuki AFF 2010: Antara Skuad Harimau Vs Skuad Garuda by shahroll

As salam to all,


Dah hangat pasal perlawanan akhir Skuad Harimau menentang Skuad Garuda nie eh. Huuuihs, berkobar-kobar nampaknya dua belah pihak. Kalau aku jadi pemain Malaysia sekarang, mau stress ngan HARAPAN 24 juta rakyat Malaysia yang "haus" kan kemenangan di arena bola sepak. kan?


Malaysia menentang Indonesia: Piala Suzuki 2010

pelbagai kenyataan/pandangan yang dah aku baca diruangan forum-forum kaki bola. Tak terlepas jugak aku baca belog berkaitan khas dengan Piala Suzuki 2010 nie. Ada yang sokong Malaysia ada yang tak. Beselah tu. Sama kerakyatan tak bermakna sama sokongan, ye dak? HAHA! Tapi, kalau tanye aku, aku sokong MALAYSIA lah... =D

Ngauman HARIMAU MALAYSIA: Woarghhhhh!!!

Penggempur gawang Indonesia: All the best guys!!!

Aku suka gila gambar nie:NICE!!!

Kalah menang adat perlawanan, sebelum apa-apa, bertempur dulu berhabis-habisan bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Malaysia. OH Bola! Aku tahu kau bulat, tapi jalan sebabkan kau bulat, ko susahkan skuad Malaysia ye! Kasi sumbat gol 5-0 ok? (agak melampau?)

Apa pun, kita tak leh gak pandang enteng ngan Skuad Garuda. Mereka mempunyai kelebihan mereka dari aspek pengawalan permainan. Skuad Malaysia pulak lack kat situ. Hermm.. nie buat hati aku tak tenang nie.. Malaysia, u can do it OK!!! U CAN!! 

May Allah bless us.. Aminn..

TAHNIAH lah pada MyMetro! Newspaper paling hot di Malaysia! by shahroll

As salam to all,


Newspaper paling hot?wooo~ sape lagi kalau bukan Mymetro. Aku pembaca online, adik aku je rajin beli. So,secara tak langsung, adek aku dah menyumbangkan beberapa persen dalan carta pai dorang tu! huhu~ cool lah..


Laporan dari dorang (kopipes dari sesawang dorang)



KUALA LUMPUR: Harian Metro (HM) dan Metro Ahad (MA) mengesahkan kedudukannya sebagai akhbar nombor satu negara dengan masing-masing mencatatkan purata jualan 398,354 naskhah dan 457,331 naskhah dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun 2010.


Menurut laporan terkini dikeluarkan firma penyelidikan Audit Bureau Circulation (ABC), jumlah purata jualan HM meningkat 39,678 naskhah daripada 358,676 naskhah bagi tempoh enam bulan sebelum itu. 
Dalam tempoh kajian, MA pula mencatatkan kenaikan 51,825 naskhah daripada 405,506 naskhah sebelum itu, mengatasi saingan terdekatnya Mingguan Malaysia yang mencatatkan jualan purata 373,905 naskhah dalam tempoh sama.

Laporan ABC itu juga menunjukkan edaran akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily menokok dengan purata peningkatan 383,549 naskhah sehari berbanding 378,045 naskhah sehari, manakala China Press meningkat kepada 161,794 (159,896). [read more: mymetro]



Write up dari journalist Syarifah Dayana Syed Bakri. Apa yang aku perasan pasal paper nie, tajuk-tajuk akhbar dia yang bagi aku "catchy" dan menarik para pembaca nak beli akhbar dorang. Marketing..marketing.. =D


Apa pon, untuk tahun 2011, hope korang lebih maju lagi. Yeahhh! all the best MYMETRO


As salam...

P1 4G+ Refresh PC Computer= Superb one lah! by shahroll

As salam to all,


Selamat hari Jumaat u olz! huwaa.. dah jumaat ah? best2, hujung minggu sure korang dah de plan yang syok kan? Huhu, sama la ngan aku, PACK! haiyarkk.. Apa-pun, hujung minggu masa aku curik masa rehatkan badan. Nak push buat kerja dari Isnin sampai Ahad, wooo~ ponat!


Semalam lepas aku hantar mak aku ke klinik, aku pergi Office Packet Hub kat Petaling Jaya. Tak ramai orang, bese lah hari kerja, mane nak ramai orang sangat. Then, parking pon kosong. wee~ i looike! Aku ke sana sebab, tempoh hari aku dah #tweet kat @p1 careline tuk tukar modem yang baru (kaler putih tu..)

Pastu, PC aku ada sikit problem. Masa buat editing, sure restart sendiri. Aku dah pelik. Sekali 2 ok la, nie dah banyak kali, mau corrupt aku nyer HDD. Pergi kedai, format, re-check semua, OK! but, lom scan for virus lagi. kemungkinan ada virus kat HDD aku kat E,F,G,H or I aku.


Aku dah pasang balik PC aku dan guna P14G. Apa yang aku boleh cakap, ianya SUPERB!! laju syottt!!leleh syottt!!.. HAHA.. memang terbaek dari ladang P1 Wimax! Tak caya, korang leh la tukar modem hitam-tak-comel tu ke putih-yang-suci ye! Best gilak wa cakap lu.. huhu..


Ok la, see next! As salam.. =)

Dec 23, 2010

NEW: SH iMAGE | Shahroll Photography [Blog Gallery]

As salam to all,


Malam yang best. Sebab? aku jumpa beberapa orang malam nie yang mana bukan calang-calang orang. Semua power-power. First, aku jumpa dengan Murad Zaidi (www.muradzaidi.com) korang leh lawat web beliau untuk tahu lebih lanjut. Pastu, aku jumpa dengan Bayu masa dance class. Last sekali, jumpa dengan pasangan pengantin yang aku shoot kat nilai. Ramai aku jumpa hari nie.


Ok, semua-semua tu aku cerita posting akan datang, now aku nak emphasize kan pasal laman gallery aku yang baru. Semalam baru siap, dan hari nie aku mula open pada orang ramai untuk melihat gambar-gambar dimana hanya gambar-gambar terpilih saja aku masukkan dalam blog tersebut.


paparan muka blog gallery 

Seperti yang aku cakap tadi, sana hanya "gallery", so hanya gambar-gambar dan sedikit caption. Segala cerita "behind the scene", semua aku cerita kat dalam blog sini. Blog kat sana aku tak letak sebarang iklan. 100% tumpu kepada business photography yang aku jalankan sekarang.

Masih dalam proses penambahbaikan, dan sekiranya komen ada sebarang cadangan/komen/kritikan membina boleh lah salurkan pada ruangan komen disana. Untuk tempahan pulak, boleh dilakukan disini, dan aku akan pindahkan ruangan tempahan photography di blog sana, Insyaallah.

Happy blogging and view my gallery. As salam.. =)

Dec 22, 2010

Buat homemade server, boleh tak? by shahroll

As salam to all,


Posting nie aku lanjutkan dari post server ladang Facebook yang aku update semalam. Dah jadi terminat pulak aku nak study pasal server nie. Dulu aku ade pergi ke KLCC untuk seminar HP Blade yang latest punya teknologi dalam bidang server-server.


**salah satu server yang dibekalkan di dalam container**

Mesti syok ade satu mende alah nie kat umah kan? boleh buat business kan? sesapa yang baca nie, kalau ada pengalaman pasal mende nie, boleh share2 kat ruangan komen. Tak beli macam gambar kat atas tu la kan (mahal kot?) beli yang sikit-sikit punya mampu lagi.

** server from HP**

Aku pernah usulkan nak beli server like this, but katanya kena register ngan MIMOS eh? ye ke? sesapa taw pasal neh? bak meh share. Aku beli untuk buat simpan data2 yang ada (cett! cam banyak jek maklumat nak simpan!) sebab aku kan banyak amek gambo, leh buat back up lam server (sendiri punyer) selain aku leh bagi sewa kat orang lain. Huhu~ serius business!!.. =P

Dec 21, 2010

Email from Nokia Ovi to me by shahroll

As salam to all readers,


Tadi aku check gmail aku. Mana tahu ada event yang diundang kan. Ada event yang aku terima tadi, but tak boleh pulak nak pergi. Al-maklum, sikit busy minggu nie. Esok aku ke Stadium Shah Alam (belah malam) untuk shoot satu gym fitness (dance class) disana (will story you later) k! =D


Ok, apa Nokia email kat aku? Aku dah menang N8 ke? huh? HAHA! ianya berkaitan dengan Nokia bahagian marketing just bagitaw yang...


** Gift for Xmas?**

... " Thanks to your support, Ovi Store has grown by leaps and bounds this year — we're currently serving up 3.5 million downloads per day (that's 40 downloads per second!) in 190 countries. Ovi moves fast, but you can stay up to speed this holiday season with topApps, the exciting new app that reviews and recommends the hottest apps and games available. Add it to your homescreen now and never miss a new app again.... "


OOOWHH!! ingat aku dah menang itu nokia N8.. HAHA! Meleleh gak tengok Nokia tu kan? Untunggg lahhh sape yang dapat tepon tu nanti! Nuffnang, may be am the winner aah? hehe... [sila baca dengan nada manje] **grin**

Ok lah, see next! As salam...

Ladang Server Facebook? macam mana rupanyer eh? by shahroll

As salam to all,

Kebanyakkan dari kita mempunyai akaun Facebook dimana sekarang sudah menjadi "trend" setiap individu atau perniagaan berada di laman web sesawang tersebut. Namun, aku terpikir gak, berapa banyak server yang digunakan untuk memastikan laman web tersebut berkembang dari masa ke semasa?

Masa aku menjelajah ke laman web Time.com, terjumpa satu kolum dimana menempatkan foto-foto server Facebook yang begitu canggih dan mempunyai sistem yang terkini.

Antara foto yang aku amek sikit dari sana:-

Susunan server di bilik khas

Seorang pekerja sedang memantau bilik server


close up 2 rak server

All photo courtesy: Martin Schoeller
Original report: Time.com

Dengan memastikan setiap pelayar (users) dapat melayari laman web Facebook dengan sempurna, penggunaan server yang canggih lagi "power" membantu laman tersebut laju (dari segi komen yang hanya ambil masa 5 saat untuk upload) dan lain-lain.

Aku kagum! =D... As salam..

Berdakwah dalam penulisan? by shahroll

As salam to all,


Melalui penulisan, memang dari dulu lagi telah dijadikan satu medium untuk berdakwah, dan menyeru umat manusia ke jalan kebenaran/kebaikan. Macam tu jugak dalam blog nie kan?


Aku tertarik dengan laporan berita Kosmo dalam ruangan Gen-K hari nie:-



Berdakwah melalui novel
Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.
“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’
Original report: Kosmo | Gen-K
p/s: ingatan untuk diri aku dan korang.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998