Loading...

Nov 30, 2010

Blog untuk aku melepaskan "nafsu" by shahroll

As salam to all,


Kontroversi untuk meningkatkan prestasi! HAHA! salam kenal kepada yang baru lawat blog aku. Enjoy yourself bila lepak lam blog aku nie. Muka tak yah nak serius sangat bila baca posting2 aku k! relex2 sudey.. LOL~


Hermm, blog ape yang selalu aku melempiaskan nafsu tu? huuuu~ ayat "panas" je hari nie kan.. perasan tak? nie semua nak kasik SEO mari aa nie lam blog, law tak haramm aa korang nak datang pat aku, kan? HAHA!


Blog yang aku nak kongsi nie best owh! Siap dah masuk lam paper lagi. Kira feymes la dok?huhu~ Blog aku tah bila lak nak masuk newspaper (perasan!) =P Blog tu adalah blog perkongsian para novelis bergabung dalam satu tempat.



Siapa kaki novel, bukak je blog tu dah dapat baca novel free. Kira ok la kan. Aku dah baca 1 2 novel yang disumbangkan oleh novelis kat sana, and cool jugak lah. Macam korang beli novel kat toko-toko buku jugak.

Paling enjoy, cerpen. Aku suka cerpen (Cerita Pendek) dari zaman sekolah lagi. Aku dapat 1st duit cash RM200 untuk 1st prize untuk Cerpen Juvana (remaja) masa form 3. Kiranya, dari zaman sekolah lagi aku dah mula menulis. Eh bukan, seawal darjah 6 aku dah mula menulis, masa tu aku ada tulis dalam buku sekolah cerita "Monkey Love" dengan "Kerana Zurina". Hilang pulak manuskrip aku tu! =(

Tak pe, aku akan mula menulis balik but mood untuk itu belom ada lagi. Makan masa ah nak amik mood, bukan senang nak menulis owh! Bukan macam tulis blog! HAHA! Sehari nak update 20 entry pon tak de hal, nie nak tulis untuk 1 chapter pon mengigil.. LOL~

Korang kalau nak beli novel online, boleh dapatkan di website Kedai Buku.com. Pelbagai pilihan buku dan novel ada lam website tu. Pandai2 lah korang carik k! =D


As salam...

Perihal Nora Danish: Cinta Shhhhh..

As salam to all,


**dusshh** bunyi kepala terhantok kat dinding. Haiseh, sebut je ND, terus terhantok2, HAHA! taw lah ND nie "hot" lepas single mingle nie kan.. wahhh! ala2 blog "lazer" hari nie ye.. cowiee Nowaa Denish! (haisehhh.. siap nama manja!) LOL~



Aku dok gatai tangan tadi dok g Google artis kesukaan aku nie (artis aku tak suka, jangan harap ade muka lam blog nie..) =P, Then seperti blogger lain cakap, " internet never lie " cett! yolah! HAHA~


** nampak cam biasa je kan..** BUT... tettttt...

Aku "zoom" kan dan fokus pada 1 mende...

**U know what i mean now guys??**

OH Fasha! Jangan lak ko saman aku sebab aku menjadi penganalisa Internet tak bertauliah nie. HAHA! Aku tak de duit nie nak naik turun ke court. uhuhu~
Lunch time bebeh! jom @fashasanda and @Noradanish (ala2 Twitter lak!!) haddoii..

As salam..

Special for shoperholic out-there: Jipaban – My 2010 Santarina by shahroll

As salam to all, 


Perempuan kaki shopping! hoho, agak kasar kenyataan tu, but memang betol kan? Tapi, hari nie dalam newspaper ada gak LELAKI gila shopping! adehh. lelaki gila shopping nie bukan ke untuk metro-sexual selalunya? HAHA! entah, aku pon kurang pasti.


Tak pe lah, janji pada penggila shopping, korang skang tak perlu nak penat2 cari parking kereta, bayar park pe bagai, cukup duduk depan PC/Laptop then shopping! Cool kan?


**look out : www.jipaban.com**

Untuk maklumat lanjut, korang boleh aa baca kat link SINI yang memberikan information pasal JIPABAN nie. Secara ringkas, JIPABAN adalah seperti shopping complex dalam talian (on-line) yang memberikan kepuasan bershopping ke tahap maximum! apa yang best?

**click for enlarge**

Dalam JIPABAN nie, barang2 macam baju2, mobile phone, kasut2 semuanya best2, betol aku cakap, best.. benda best cakap la best kan.. HAHA! Jom amek satu contoh (nie yang latest punya) pasal baju...

For ladies!!
**click for enlarge**

**click for enlarge**

For Dude!!
**click for enlarge**

Hamacam? berasap owh! ahahah~ Krismas semakin hampir dah nie, ada dalam 25 hari dari sekarang. Apa korang nak belikan untuk rakan2 korang yang wish the X'mas? Sure u want something to give kan? So, dalam nie banyak pilihan, boleh la bagi kat kawan2 korang.


Aku kalau ada RM 100 ringgit dalam akaun sekarang nie, aku nak bagi hadiah (shhhh.. diam2 ah!) kat Nicole (http://www.msxeroz.com/) Kenapa aku nak bagi hadiah pulak kat Nicole nie?

Sebab: Dia salah seorang peserta untuk blogging contest untuk Selangor story. Then, dia cute, also active blogger, datang from Ipoh (i love Ipoh) then last sekali friendly lah.. =D ok, cukup nie bukan sesi untuk Nicole.. HAHA!

Kepada awek2 yang lain, jangan dukacita korang leh "paw" pakwe2 korang untuk belikan baju2 yang superbbb coolest lam JIPABAN nie k. Takkan aku nak belanja semua kan, koyakk aa aku.. HAHA!

Enaf for that, this for you lah Nicole! jengg jenggg jengg.. taadaAaaaAAAa!!!

Saraphine Emblishment Dress


** Price: RM63.97**

INTEC Information Day by shahroll

As salam to all,


Here i have some information from UiTM INTEC about "Information Day". Check it out the message:-


****************************



Dimaklumkan bahawa International Education College (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 akan menganjurkan program seperti di atas. Oleh yang demikian kami menjemput semua yang mempunyai anak atau kenalan yang berhasrat untuk melanjutkan  pengajian ke universiti terkemuka luar negara untuk menyertai program kami ini. Butir-butir program adalah seperti berikut :





Tarikh: 21 Disember 2010 
Masa : 8.30 Pagi – 4.00 Petang
Tempat: Dewan Besar INTEC.


Pelbagai aktiviti yang berinformatif seperti maklumat tentang program-program yang terdapat di INTEC, yuran pengajian dan pinjaman pendidikan sedia di kongsi . Pendaftaran pelajar ke kemasukan sesi Januari A-Level dan Australian Matriculation juga dibuka pada hari tesebut.

Download program HERE




**************************


Interesting event for all. Don't miss it! Lot of information you can get there. For contact, please click HERE. Thank you



Nov 29, 2010

Pembacaan teras utama untuk photog : Aku suka beli majalah "bundle" by shahroll

As salam to all,


Mungkin korang pelik kan, why la aku hari nie rajin sangat hapdet. Aku dah siap kan beberapa posting sebenarnya, time aku draf tu aku tak buat citation or link kepada sumber asal lagi, that why la tak publish. Hermm, aku tak citer pon, korang pe keysah kan LOL~


Apa pon, setiap kali aku tekan button "Publish Post", semacam kepuasan bagi aku. Entah, aku tak taw. Haha, pelik pangai mamat nie. Ok lah, just nak tanya korang, dalam sebulan korang spend berapa ratus untuk beli majalah/buku/novel dan sebagainya untuk pencambahan otak korang tu?


Stop! Jangan dok peleceh benda material hardcopy nie. Even dah ada internet, buku (or hardcopy material) bagus untuk bahan penambahan ilmu untuk korang. Bagi aku, bila memegang buku or majalah tu, fokus untuk aku nak membaca tu lebih lagi sebab kau boleh pegang,rasa,tengok dan selak buku/majalah yang korang beli tu.


Aku seorang pembeli majalah yang tegar. Tak tertakluk pada majalah photography je, aku seimbangkan dengan majalah2 business dan juga gadget. Tapi, bukan semua yang baru, aku suka beli bundle je.
source: Google



Kenapa bundle?


Sebab murah!. Cett..tu je ke jawapan ko roll? Cam tak de duit je jawapan ko nie. LOL~ bengomm! Nak habaq la nie. Selain dari murah, buku2 or majalah2 bundle nie selalunya orang Malaysia tak baca lagi. Maksud aku, majalah yang datang dari luar negara selalu sampai lewat kat Malaysia.


Macam majalah Wedding yang dari USA aku selalu beli tu, datang dekat setahun baru sampai Malaysia. Perghh, ketinggalan kot? Tak pe lah, ilmu yang dalam majalah tu masih boleh di aplikasikan (kalau baca) dengan tekun!


Semalam aku beli lagi majalah bundle. Best! Datang dari Spain. Of course la bahasa Sepanyol, but gambar2 dalam tu cukup cool! Bukan gambar wedding k, gambar2 advertising shoot yang memang luar biasa dan cun! Cukup terinspirasi aku malam tadi.


Korang bayangkan just spend RM10 ringgit untuk 1 majalah yang tebal dan best. Korang pegi la surf lam internet tu, ade je contoh2 gambar cool, tebabow dan best, but masa korang online ah leh tengok, masa offline? heh~ ok, korang transferkan gambar2 tu ke Mac Air korang kan? HAHA~ sukati!


Ada satu lagi majalah lom baca. Totally pasal wedding shoot. Mata seorang photographer selalu kena tengok gambar2 "power" an cool punya shoot, sebab boleh aaa 'tiru" mana yang patot, yang tak patot leh buat "private" shoot! WAKAKAKA!


As salam!

Promote: Penulis jemputan untuk blog 1NS PLKN

As salam to all (specially Ex-PLKN),


Aku kopipes (copy and paste) kan ayat2 yang aku dah buat kat sana, sama je kan? Haha.. Sesiapa yang sudi tu, bagitaw k! Aku sangat harapkan sokongan daripada blogger (Ex-PLKN) untuk menjayakan misi ini. Terima kasih.


***********************
Greetings to all..

Sejak blog ini ditubuhkan (sebaik sahaja habis bertemu di KemSis pada 9 Oktober 2010) sambutan terhadap blog ini agak memberangsangkan. Dan, untuk itu, saya selaku admin blog ini mengalu-alukan kehadiran kalian semua di dalam blog ini.






Untuk menjadikan blog ini terus relevan dari masa ke semasa, saya membuka ruangan ini untuk menjemput sesiapa yang ingin menjadi penulis jemputan/tetap di dalam blog ini. Khasnya yang sudah ada blog sendiri yang boleh menulis dalam beberapa buah blog lagi.


sambungan, sila baca di link 1NSPLKN.blogspot

Aku tak kenal pon LN tu, siapa ha? by shahroll

HakHak!! **gelak sengal**


Jawapan untuk minggu lepas yang bermain di ruang kepala aku dah terjawab sejurus aku ter"masuk" ke dalam blog-blog tabloid Malaysia. Aku kagum ngan blog-blog yang macam nie. HAHA!


Masa aku bertwitter last week, my friend ada sebut pasal LN nie, aku pulak main ha'ah je (tanpa menanyakan siapa tu LN?) huhu~ now dah tau lah siapa dia. Macam tak popular pon ade dia nie. Ke aku dah lama tak follow pasal artis kat Malaysia nie? LOL~


** Korang kenal?**

Aduh, pening jap tengok gambar kat atas. Wakaka.. Patot la kena gelar Pamela Anderson Malaysia. Hermm.. macam2 skang nie eh... donia2.. LOL~
Lagi pasal LN? di SINI dan SINI

Well, u judge it! =D

Kerjaya pilihan: Jurublog (blogger) pada masa kini

As salam semua =)



Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.


Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky's Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).


source: Google


Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka.


Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.


Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas.


Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com dan sakmongkol.blogspot.


Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.


Laporan asal: Malaysian Instinct


**************************************


p/s shahroll: Salute dengan mereka2 yang berjuang melalui penulisan yang berani lagi tajam. Sesungguhnya, tulisan (kebenaran) itu lebih tajam daripada mata pedang. Wallahu Alam... =)

Nov 27, 2010

Vblogger: masih baru kot kat Malaysia nie? by shahroll

Salam semua,


Kemunculan blogger-blogger baru, seringkali menjadi "keresahan" kepada blogger-blogger lama yang dah lama dalam bidang blog berblog. Aku sampai sekarang, tak meletakkan diri aku sebagai "blogger" sebab, bagi aku tittle itu tidak layak bagi aku pon! sebab aku bukan blogger yang tegar. Tu bagi aku lah, orang yang menilai, bagaimana? =D


Jika anda tak pandai berkata-kata ataupun menulis, tetapi anda ada bakat lain selain menulis seperti kebolehan menggunakan intonasi suara, facial (muka), permainan ekspresi wajah, mime dan sebagainya, anda boleh melakukan berblogging juga, tetapi dalam bentuk audio-visual


yup! itulah dia V-Blog ataupun gelaran dipanggi VBlogger. Aku percaya semua orang suka ada blog dan Vblog juga menjadi pilihan sesetengah orang dari kita. aku kadang suka tengok vids2 yang dihasilkan dengan penuh kretiviti, idea mencurah seperti sang pengarah filem, bagus untuk perkembangan industri "youtubers" di Malaysia!



Tapi, sanggup kah menjadi VBlogger? Yelah, jika blog biasa, anda boleh menyembunyikan "diri" dengan penulisan korang (kalau expose pon sikit2 tunjuk gambar kat About Me). Bila masuk Vblog, totally korang nyer statement, apa yang korang utarakan menjadi tanggungjawab korang lah. Melainkan kalau Vblog tu tak berunsurkan mana2 kepentingan, tu ok la.


Skang nie aku suka layan Vblog dari seorang youtubers. Kenapa aku suka? Dari video tu, aku dapat rasa, orang itu mempunyai daya kretiviti, ada usaha untuk maju (sebab Vblog diupdate selalu). Walaupun hanya lagu cover, ok lah dengan bakat main gitar tu (Aku pon tak reti main gitar) haha~


Semoga all VBloggers sukses selalu. Lantak pi la orang kata nak glam ka, mencapap ka, bukan dorang bayau korang nyer line internet. haha~ penat jerk layan si "kendil" macam depa.. wahahha!


see next! Salam...

Santak makan di RFC bersama kawan+isteri by shahroll

Salam semua =D


Selamat pagi Sabtu yang dingin. Hujan kot malam tadi. Semalam, punyalah tunggu cerita Safa dan Marwa, boleh plak tertidor, deyemm! Lately nie senang sangat lena, macam sebulan lebih tak cukup tidurnya. Nak membesar kot? LOL~


Ok, ingat lagi masa posting aku pergi ke Kedah aritu? Yang mana aku mengalami sakit lepas makan mee hailam+kelapa pandan tu. So, masa sampai je kat Kedah nie, aku bagitaw kat kawan aku yang aku teringin lah nak makan RFC kan, kateny ada kat kedah je.


** RFC | Radix Fried Chicken **


** Rangkaian perniagaan Radix | HPA **


** Set makanan aku yang di order **


** Ayam organik.. seeeee seeeedddapp!! **


** Ko tgk satay dia.. marrrbelesss!! **


** Masih ingat ngan doang nie?? hehe.. Ex-Client aku.. **


Aku makan set Nasi Tomato+Radix Coffe+Satay cuma RM 15++ saja. Murah kan? korang akan merasa kenyang gile dengan nasik dia yang banyak. Masa makan kat kedai biasa pon, aku perati kan kat Kedah nie, dorang tak kedekut nasik! hehe.. memang puas hati.

Lepas makan di RFC restoren, kami balik bersiap2 untuk attend ke Majlis Persandingan di area Gunung Keriang (dekat2 ngan Musium Padi).

Enjoy the piccah! salam.. =D

Nov 26, 2010

Stop Child Abuse by shahroll

Salam semua =D


Seringkali kita terdengar, terbaca dan terlihat akan gangguan-gangguan terhadap kanak-kanak di seluruh dunia. Gangguan atau penganiayaan adalah dari segi fizikal, seksual dan juga emosi kanak-kanak.




unicef


Ancaman bahaya kepada kanak-kanak terhadap isu ini adalah kerana persekitaran yang tidak selamat untuk di diami dan terdedah dengan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral.

Jika kita tidak mengambil langkah yang sewajarnya, jangan esok generasi akan datang akan "menyalahkan" generasi masa kini yang "lalai" akan tanggungjawab mereka melindungi kanak-kanak yang mana situasi sekarang ini sudah pun menjadi satu isu yang kronik/ serius.

Terpampang di dada akhbar mengenai kes-kes melibatkan kanak-kanak yang kadang-kadang aku rasa tak sepatutnya berlaku. Macam diterajang, disepak, dipukul seperti haiwan, ditendang macam anjing tepi jalan, apa ni??

Nilai kemanusiaan dah tak ada. LANGSUNG! Itu belum pasal dump baby lagi. 

Kalau di "flashback" kan kembali permasalahan ini, masyarat kita, khususnya ibubapa tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk anak-anak mereka yang mana mereka memerlukan bimbingan, perhatian dan sokongan di dalam usia kecil mereka.


Bersikap individualistik dan materialistik seperti tidak dapat dipisahkan pada hidup masa kini. Terlalu sukar kot? Tuntutan demi tuntutan yang dikejar hanya akan menjadi "tuntutan" yang mana anda akan dituntut dan dipersoal akan amanah yang besar.

Jadi, dengan kesedaran yang tinggi dapat "menyelamatkan" kanak-kanak ini untuk meneruskan perjuangan untuk hari esok, lebih tepat hari akan datang, sekian.

Salam!

Nov 25, 2010

Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV by shahroll

Salam semua =D


Post entry untuk contest. Direct to main point, aku nak menang hadiah tv LCD yang 50 inci tu boleh tak? haha.. belom post pape, dah demand lebey! poodacit!!
LOL~


Ok2, tenang aja deh. Aku saja havoc. korang layan dulu sinopsis cerita Tron Legacy nie,


“TRON: Legacy” is a 3D high-tech adventure set in a digital world that’s unlike anything ever captured on the big screen. Sam Flynn (Garrett Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Oscar®- and Golden Globe®-winner Jeff Bridges), a man once known as the world’s leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn’s Arcade—a signal that could only come from his father—he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years.
With the help of the fearless warrior Quorra (Olivia Wilde), father and son embark on a life-and-death journey across a visually-stunning cyber universe—a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with never-before-imagined vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape.
Hamacam? menarik dok? huhu~ dari segi sinopsis dah gempak gile kot? Nak bukti? carik lam Youtube, taip je "Tron Legacy Thriller", kompem jumpe tak pun korang leh pergi kat TGV Cinemas Facebook page:- www.facebook.com/TGVCinemas


poster

** Poster menarik ek?** ke hadiah bawah tu yang WOWWWW!! uhuu~

Menurut nota dalam pertandingan nie lagi, kalau korang boleh menyelesaikan kes kunci hilang tu ianya berbunyi: " ... TGV Cinemas and partners are giving out A Private Screening Hall for any movie + a Panasonic 50” 3DTV and many other attractive prizes to the ones who manage to solve the case....* " lebih kurang cam tu lah yang pakcik taw... (* Condition and terms apply)

Hadiah mantap!

Layankan thriller dalam blog Nuffnang, sah2 aku nak pergi tengok nie! harus! hehe.. see ya! salam...

Nov 24, 2010

Betul ke orang Malaysia popular di Internet? by shahroll

Salam semua =)


Dalam zaman yang canggih sekarang nie, banyak medium yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. 10 tahun lalu, agak payah la kan. Now, dengan adanya jaringan yang mantap (Internet+FB-Twitter+ blog) semua info boleh didapati dengan segera.


Dan persoalan yang timbul untuk post entry kali nie, orang Malaysia lebih popular di jaringan Internet? (refer this LINK). 


Mana tidak nya, di kalangan rakyat Malaysia khasnya, ramai dah kot celik IT nie. Yes, sekarang dah masuk generasi IT, so benda-benda nie semua, biasa je. Let say i have friend at Hawaii, its big deal?


Aku percaya, ada banyak lagi akan menyusul pasal social networking nie. On the way katanya.. who know kan? May be rakyat Malaysia juga mampu membuat rangkaian sosial sendiri? Come on lah, Malaysia Boleh! =D


Selagi FB masih relevan, teruskan.. LOL~ salam..

Korea Selatan Vs Korea Utara? by shahroll

SEOUL (AFP) - Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah bersetuju untuk "menyelaraskan" tanggapan ke Korea Utara selepas serangan Pyongyang di sebuah pulau Korea Selatan memprovokasi kecaman global. Serangan pada hari Selasa yang menewaskan dua marin Korea Selatan adalah salah satu insiden sempadan paling serius sejak perang 1950-1953.
original source: News Yahoo (AFP)

Berita pasal Korea nie aku dengar masa aku tengah "beradu" kesakitan dalam diri. Dengan diarrhea nyer lah, dizzy lagi, mau aku nak tengok berita sangat. Tapi, bila masuk berita luar negara, aku agak terkejut jugak bila dengar Korea "bergaduh".

Aku tak mo lah ulas lebih2, yang aku harapkan, moga kedua-dua negara boleh berbaik2 la eh! Aku baru nak follow K-Pop nie. Kang korang "bergaduh" lumpuh lak industry music sana. Peace! No war! =)

Salam...

Nov 23, 2010

Lidah pahit+ Diarrhea + Dizzy by shahroll

Salam semua,


Aku dilanda sakit yang agak teruk semalam, selepas balik dari Kedah. Aku tak tahu kenapa, sebab seingat aku lepas aku makan kat Padang Besar, kepala aku mula pusing, dan badan aku macam sejuk. Then, aku carik la surau untuk rehat, sampai lah kawan aku, Erry talipon sebab dah nak balik ke Klang.


Aku cuma makan mee hailam dengan 2 biji kelapa pandan kat satu kedai tu. Dulu aku makan gak kat situ, tapi ok je. Tak sakit pon. Betul-betul lepas aku makan kat situ, aku dah lain macam. Sudahnya, aku nak bershopping beli barang kat situ, tergendala... hermm..


Tapi aku sempat beli barang-barang macam pulut hitam, t-shirt dengan kacang-kacang sikit. Boleh lah, janji ada. Aku carik ATM, tak de pulak kat situ (aku lupa situ tak de ATM). Sebabnya, aku cuma ade RM50 je.. huhu~ ape sangat ngan RM50 kan? beli sikit dah habis.


Hari nie aku dapat MC kat klinik. Aku ingat Doktor Azman, yang selalu rawat aku. Sekali doktor perempuan daaa. Dalam hati, payah nie nak dapat MC, ye lah selalu doktor perempuan nie susah kan nak dapat MC. Tup tup dia tanya " Awak nak MC tak, tak kerja kan hari nie?" hahha.. cool lah Doktor nie! aku suka.. LOL~


Ok, time makan ubat, see ya guys! =D salam..

Nov 20, 2010

Adik, jangan menangis, dulu abang pon tak dapat 5A by shahroll

Salam semua =)


Awal gak pagi nie aku bangun. Now dah 5.56 pagi 9GMT +8.00). Dah siap segala benda aku nak bawak ke Kedah nanti, untuk shoot wedding di Alor Star. Agak jauh kali nie, tapi takpe, jauh perjalanan luas pemandangan. Apa yang best kat Alor Star? kawan aku cakap laksa best? oh ek?


Posting pagi-pagi subuh nie aku tujukan khas pada bebudak UPSR yang dah ambil result tempoh hari. Nie pada sape ngah baca skang, Abg Shahroll nak habaq kat ang, kalau tak dapat skor 5A dalam UPSR, jangan sedih2 sangat k!


Bukan apa, aku nak bagi nasihat2 nie, bukan aku bagus pon, tapi pengalaman lalu banyak aku dah lalu, so aku bagi sedikit pengalaman aku nie kat adik-adik yang "patah" semangat bila keputusan yang di expect tak dapat.


Ada hikmah mengapa kamu tak dapat 5A. Usaha memanglah dah usaha, tawakal semua but jika sesuatu perkara yang terjadi tu, sure ada yang baik. Tak de tuhan nak bagi yang tak baik kan, specially kepada hamba-hambanya seperti aku dan kamu. =D


Dulu Abg Shahroll tak banyak pon skor A (serius!) 1 je yang A. (hallamak, bukak cerita zaman UPSR...) lain2 punyer "A" tak mana terbang. Kecewa gak masa tu, tapi flasback balik, sure ada yang tak kena ngan kita kenapa aku (abg) tak leh nak skor.


Kadang kita belajar pandai, pandai dah nie, kerja sekolah tak pernah miss hantar kat cikgu, jadi "anak emas" certain cikgu-cikgu lagi, tapi pernah tak kita terpikir pasal hubungan sesama kawan? Mungkin ada yang ok, ade yang KO ade suam2 suku. Bila masuk bab "hubungan" nie, kadang ade je yang busuk hati, sebab "jeles" dengan pencapaian dan "kemesraan" kita dengan orang lain. Tapi, dengan dia je tak ok. So, dari situ dapat abg gambarkan, yang kalau kita ada yang tak baik dengan orang lain, kemungkinan lah kita "sangkut" disitu.


Yelah, ada kawan kita suka nak berkawan, ada yang "kureng" sikit, tapi itu hak individu. Yang pastinya kalau kita OK, insyaallah ok lah, tapi kalau ade yang tak ok tu, pi lantak sama depa. LOL~


Ok lah, see next! may be ade orang tak paham pe aku bebel, but honestly, UPSR aku sucks gile. Huhu~ yang penting USAHA! salam..

Nov 19, 2010

Update: Gambar Elyana (singer) NIKAH!

Salam semua =D


Macam wartawan hiburan update2 bagai. Haha~ bukan apa, malam nie, penyanyi Elyana yang popular dengan lagunya "Kalis Rindu" akan bernikah bersama pasangannya. 



**picture credit dari Jurumekap terkenal : Saidatulnisa Aminuddin**
Baju rekaan oleh : Hattadolmat

The process "to be" like Mark Zukerberg! you should read this post by shahroll

Salam semua =)


Selamat hari Jumaat. Agak lewat aku hapdet hari nie. Sibuk lah Jumaat minggu nie. Nak settle kerja untuk minggu depan. Huhu~ esok aku akan pergi ke Kedah, shoot wedding di Alor Star. Sesape yang area sana. boleh lah turun, minum-minum ke. Layan karok pon ok.. LOL~


Ok, sekarang punya zaman kan, ramai bebudak baya-baya aku yang "teringin" nak jadi ala Mark Zukerberg (MZ) nie kan, tapi tak taw mana nak belajar coding2 yang superb mengarut (bagi aku lah) yang pening nak hafal (harus ke?) tuk create laman web yang berteraskan networking social.. cool eh?


Aku tak terlepas dari mencuba experimen nie. I mean, nak buat ala2 MZ la jugak. HAHA~ tapi tak jadi pon. But aku suka main dengan code-code yang boleh buat kepala aku berdenyut laju tahap F1 (superb lembab memori!). Then, bila aku terjumpa satu laman web nie, macam senang la pulak!


Korang nak apa? Belajar HTML?XML?CSS?TCP?AJAX? aahh..! semua ada.. pilih je topik korang nak belajar tu, then pahamkan sendiri! hehe.. macam belajar ala PJJ (Pengajian Jarak Jauh) pulak..


Nie laman web tu: http://www.w3schools.com/default.asp


Nice ek? huhu~ kaki developer Malaysia wannabe! pe lagi, jom buat satu laman social untuk Malaysia? Alaa.. Malaysia Boleh kan.. see ya! salam...

Inspiring Innovators part #2 @ PJ Hilton by shahroll

Salam semua =)


sambungan dari part #1


Sesi ke-2 diteruskan dengan Mr. Azran Osman Rani, merupakan CEO untuk Airasia X. Tajuk talk beliau adalah "How High You Can Fly". 


** My 1st shot in slideshow**

**Cool presentation of Mr.Azran**


** Pengiklanan Airasia X yang catchy!**


** Mr. Azran again =D**


**somebody recorded while Mr.Azran give the talk**


** nice seat right?**


** I WANT THIS!!**


** Layan sebegini rupa WOW!!!**

Semasa sesi bersama panel berlangsung, Mr.Azran ada membuat contest thru
twitter dan hadiahnya adalah melancong di Gold Cost, Australia. Damn! Aku tak de pulak smartphone, melepas lah aku kan. But, dikalangan Nuffnangers dapat tiket ke sana. Congratz guys! =D

Apa yang aku dapat untuk seminar part #1 dan #2? Secara keseluruhan, cerita mereka dapat membawakan inspirasi kepada CEO lain dalam menjalankan business mereka. Sebagai contoh, bagaimana Dabbawala yang begitu banyak sekali permintaan makanan tengahari, menggunakan structure yang unik dalam proses pentadbiran mereka. Begitu juga dengan Airasia, how your can united in one team.

Thanks for Nuffnang for this opportunity. Next time, if have the good conference, i want to go! =D.. see ya next! salam...

Nov 18, 2010

The Online Business today: Google nak beli Twitter? by shahroll

Salam semua =D


How your day? semua nya ok ke? ada yang masih bercuti dan ada yang sudah bekerja. Ok, tadi aku ada terbaca di laman web http://techcrunch.com di ruangan twitter, yang mana Google sedang dalam perbincangan nak beli saham dari Twitter? huhu~ cool giler!


Bagi aku, Google dah cukup perfect! Tambah pulak kalau beli saham lam Twitter, bertambah2 superb la kan? Then, aku ada joint forum-forum oversea, they said, Google nie dah monopoli dalam bidang pencarian maklumat (searching information).. huhu~ itu aku dah lama tahu LOL~


Dalam posting INI, aku dah ceritakan bagaimana idea2 dari Biz Stone develop dan buat twitter tu. Apa yang aku nak utarakan di sini: Sejauh mana perkembangan online business di Malaysia?


Ada banyak perkhidmatan di Malaysia berorentasikan pemasaran berteraskan online. itu tak aku nafikan. Tapi, sejauh mana pulak penerimaan masyarakat di Malaysia? Ok, secara kasar, perkiraan aku, penduduk Malaysia lebih kurang 28 juta, dan dalam angka tu, berapa banyak yang menggunakan internet? Berapa banyak yang guna Online banking?


Persoalan demi persoalan yang aku nak sampaikan nie banyak, tapi untuk post ni, cukup hanya 2 nie dulu. Kita start dengan perkembangan business online then baru kupas pasal penerimaan orang ramai.


Kalau dulu nak jual barang, mesti nak kena ada kedai, betol tak? Dengan kepesatan teknologi, sekarang korang boleh jual online je. No need to rental shop dah, jimat disitu. Lain2 teknologi macam aku sebut kat atas, twitter yang mana kalau korang yang jenis advance, amik order thru tweet from client. Hidup biar senang. ahaha~


Sekarang, dalam Facebook bersepah orang jual macam-macam. Take advantage from technology la kan namanyer tu. See? sekarang dah mudah dengan dah bersepah smartphone (dah murah dah pon..) terus ada connect with Facebook and twitter. Dah tak main tepon2 yang tak de connect ngan 2 mende alah nie.. Budak sekolah pon dah mampu beli tepon cam nie skang.. LOL~


Then, bila penjual dah advance cam nie, how pulak penerimaan orang ramai. Ada 3 jenis lapisan sekarang. Celik IT, Buta IT dan Tak Tahu IT. Bukan aku nak kutuk orang yang tak reti IT and buta pasal IT k, just nak bagi gambaran lah, senang korang nak paham apa yang aku sampaikan nie.


Mana yang taw, ok lah. Cam ne yang 2 lagi tu? That why sekarang, aku tengok kerajaan sungguh-sungguh bagi kat pelajar (khasnya luar bandar) bagi menggunakan laptop dan ada internet. Nie semua nak bagi korang celik IT la nie. Aku naseb2 je celik, sebab dulu suka main game.. hahah~


Sekarang semua gadget dah murah2 kan, laptop baru berapa je plus beli broadband, sebulan ada serendah RM49 hengget. Ok lah tu, orang kata hidup skang semua nak 'stay connect" even masuk jamban pon boleh bertwitter. HAHAH! insane giler.. hermm technology change everything.. do you? =p


Haip, sambung next post! salam...

Nov 17, 2010

Seminar / Bengkel Cinematic : Story Telling [scriptwriting] by shahroll

Salam semua =D

Selamat menyambut Hari Raya Qurban! Baru balik dari solat sunat di masjid berdekatan. After this, akan drive ke KLIA pula, kunjungan ke rumah saudara. Baik, aku nak tanya, korang selama menulis, tulis dalam blog nie kan, ada rasa nak cuba menjadi penulis skrip tak? Khasnya pada blogger yang pandai berblog buat novel tu.. haaa.. aku ada berita baekkk punyer!

** Seminar anjuran (Dr) Mahadi J Murat**
SeMedia | FINAS dan UiTM

Satu bengkel akan diadakan di Pawangan P.Ramlee (FINAS) Hulu Langat pada 5 Disember 2010 seperti poster diatas. Korang akan dibimbing oleh fasilitator "The Imager". Siapa penganjur (Mahadi J Murat) nie? sila klik di SINI.

Yup! Pengarah yang bergelar Doktor yang cukup sinonim dengan dunia perfileman / sebalik tadbir dalam dunia seni. Beliau juga bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya Pendidikan. Beliau memiliki Ijazah sarjana filem (Universiti Westminster, London). Hebat bukan?

Dengan bermodalkan hanya RM50, korang akan menimba ilmu penulisan skrip yang mana bagi aku tak de lah mahal sangat. Berbanding kalau korang pergi ke Pavilion shopping baju, mau gak dekat Rm400-RM500 kan.. huhu~ maaf! bukan nak kutuk orang yang suka bershopping eh.. =D perumpamaan saja..

Kalau anda berkenan dihati nak book seat korang, boleh email di mahadijmuratworkshops@gmail.com dan untuk pembayaran melalui apa, itu korang kena tanya kat Doktor ye.. =D. Aku pon nak masuk bengkel nie, mana tahu tuah badan, boleh jadi penulis skrip yang terkenal seperti Adza Irdawati kan? hehhe. cool owh!

What are you waiting? peluang datang sekali je.. hehe.. salam!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...