Loading...

Aug 31, 2010

[Full Text] Berbuka di Ayam Penyet AP by shahroll

Salam all! =D


Selamat pagi Hari Merdeka. How your celebration last night? Happy Independent Day for Malaysia!! semoga Negaraku sentiasa aman dan makmur, Insyaallah.. =D


Ok, kesinambungan dari posting Ayam Penyet AP, this entry aku cerita dari A sampai Z lah. Actually aku dah sampai awal kat situ, but aku jalan2 kat dalam Plaza Masallam dan tempat yang aku tuju selalu, kedai buku! =D


**ingat buku ilmiah ke, hahah~ Novel la beb! =P

Dalam jam 7.00 petang lebih kurang, baru aku gerak ke Restoren Ayam Penyet AP. Dorang dah ada! yeahh, aku orang yang terakhir datang kot? huhu~ Terlihat ada Robb, SumiJelly,Ruby,Kancil Biru dan Eyriqazz sekeluarga.

** Antara bloggers yang hadir pada Sabtu lepas

Berborak-king dengan bro Eyriqazz pasal dunia blogging ( of course maa..) then isu2 semasa, isu Nuffnang dan banyak lagi lah. Ruby yang duduk sebelah aku, rupanya duduk dengan dengan Eyriqazz. Huhu~ lawak korang nieh..

**Menu2 yang menyelerakan dan banyak pulak tu! =D
** Robb,sedang ber-twitter, update may be.. SumiJelly?
** Air yang aku minum 1st. Sebelum order Mocca! =P
** Look nice ha.. =D
**SMASHED!!! =D

Ok, dah masuk waktu berbuka, but Jen masih belum sampai dengan Suresh. Traffic jemmed may be. Finally, mereka sampai jugak.. =D

**MAKAN time!!.. yeahh.. Bismillah...

*****************************************************
(Sedap kauu.. Tengok gambar2 kat SINI)

**Burp~** Alhamdulillah kenyang, thanks to Restoren Ayam Penyet AP yang mana Boss dia bernama Encik Amran, melayan tetamu (bloggers) dengan ramah dan baik sekali.Begitu juga dengan pekerja-pekerja beliau yang konsisten melayan kami.Syabas! =D

Di akhir sesi,kami ada buat photoshot bersama Encik Amran, but photo ada kat Suresh huhuhu~ But, aku ada curik2 snap masa Robb dan Eyriqazz berbual mesra di suatu sudut...:-

**Muahahahahha!!!! korang jgn marah k! =P

Kepada sesiapa yang nak mencuba penangan yang kick-off of Ayam Penyet nie, alamat yang korang kena leh pergi kat SINI dan yang kat Shah Alam nie alamatnya adalah:-

Ayam Penyet AP
No 15, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/E,
Section 9, 40200 Shah Alam
Selangor

Ok, selamat berpuasa dan bukak puasa kat Restoren Ayam Penyet AP k! 5 STAR from me!! ...Salam.. =D

Aug 30, 2010

The true meaning of independence for me! by shahroll

Salam all! =)


Tinggal beberapa jam untuk kita menyambut detik Merdeka. Seperti biasa, anak-anak muda-mudi ghairah untuk menyambutnya dengan penuh semangat. bagus sekali, tetapi hanyalah sekadar "jeritan" dan "laungan" yang "KOSONG". Faham?


Mungkin ada yang kurang pasti, faham atau tidak mengenai apa yang aku tulis nie. Anggap aku "klise" ngan kenyataan nie, up to you. Aku just shout what in my mind dan stereotype yang selalu berlaku pada bulan Merdeka nie.


Apa yang menjengkelkan aku? ikut list kat bawah:-


1) Remaja naik motor, pasang Jalur Gemilang sampai cecah tanah. Aku cukup tak suka dengan cara nie. Aku bukan nak hina mat-mat motor ke apa, aku salute korang, semangat dah ada, cara pulak tak kena. Ada tu, sampai "koyak" bendera tu sebab korang biarkan cam tu. Merdeka?


2) Nak bagi keseronokan maksimum di malam detik Merdeka, dok pakat-pakat ngan member pergi tempat ramai orang berkumpul tuk sambut Merdeka. bagus, aku puji tapi.... dok usung anak dara orang/bini orang/bini kawan/awek kawan dan sebagainya bawak dok tengah2 malam buta sampai lah awal pagi sebab untuk jadi peneman. Merdeka?


3) Mula cantik, bersih lepas tu caca-merba,hancoq! Apa dia? Tempat yang korang hok sebok laung ..." Merdeka...Merdeka..Merdeka.." jadi medan per-sampahan yang nyata maha jelas! Mana sensitiviti yng kononya nak jadi Negara Maju, but minded class ke-3? Merdeka?


4) Merdeka disambut dengan botol arak ditangan. Syabas! Anda memang "merdeka".


5) Tak kenal pon tokoh-tokoh kemerdekaan. Tanya siapa Tun Hussein Onn,kalut.. tak reti jawab. Sebab beliau tak sepopular Linda Onn! Merdeka?


Owhh.. dah banyak sangat aku bagi point, terima? kalau tak korang leh shout lam comment aku, and give me why if u against me.. deal?


Sebelum aku terlupa, apa yang sebenar2nya maksud kemerdekaan bagi aku, simple je:-


... ' Jadi bangsa yang boleh menjadi bangsa yang flexibel, liberal dengan bangsanya tapi bukan pada agama,bersedia menghadapi situasi sukar pada masa kan datang, mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap perkara, jujur dengan bangsanya,mengamalkan kuat budaya serta asal usul.." -SH-


Kan? yeah! Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 53! 1 Malaysia?



What Next: Me & Nuffnang part#1



**Willing to wait until the next post? Hopefully you have a high patient guys! =D stay tune in my blog... wacchaaaa!! 

Preview: Best place to eat! Ayam Penyet AP by shahroll

Salam all! =D

Entry di pagi hari **wink**. Sebab aku dah agak banyak berehat di belah petang tadi, so mata aku agak fresh untill now =_=~. Welcome to my blog readers! Who the 1st time come here, glad to introduce this blog not specific to one topic (such as photography only) but, its about what happened in daily diary of Shahroll Photography, is it clear may be? =D

Ok, nie entry preview dulu, kiranya macam sneak pictures la macam selalu aku buat untuk entry wedding nyer foto. Menariknya, aku dah lama tak hapdet pasal wedding pon! Ya Allah, banyak sangat kot kerja sampai aku tak de masa nak UP tuk korang semua.. hehe =) Ada entry kat bawah nie untuk korang lepaskan gian gambar2 wedding yang aku amik k! 

Ayam Penyet AP! Cam best je nama tu kan.. haha~ actually aku dah makan ayam penyet nie sebelum aku makan kat restoren nie lagi, but kat restoren nie sooo delicious/sedap/mantap/tebabowww lah.. korang tak caya? pergi saja kat Seksyen 9 ( dekat2 dengan Plaza Massalam) kedai no.15 ( berdekatan dengan Mcd). Jelas? sila pakai garmin jika anda was2 ke Shah Alam. hehe~

Pictures time. Enjoy!

Super duper Ayam Penyet AP!

Model wannabe of Ayam Penyet AP! =_=

Again =_=

Nice decoration Ayam Penyet AP..

Eyriqazz daughter : Alisya part of model Ayam Penyet AP

My drink : Mocca! 

Nice aite? dont forget to follow up this entry! Banyak lagi aku nak cerita a.k.a panas line untuk korang nie.. ehhehe~ simpan tuk esok k? Enjoy.. salam.. =D

Aug 29, 2010

HTML more easily than the mathematical!! by shahroll

Salam all! =D


3.54 petang. Aku still tak siapkan kerja2 HTML code aku. Nie lah padahnya kalau dulu tak belajar programming, terkial2 aku nak paham bahasa HTML nie, ehehehe. Memula memang la susah, but kalau dh "ketagih", korang pon dah leh hafal. =D


Aku ngah try buat slider yang ada photo plus text. Yang ada kat header tu, untuk sementara je lah, cam tak cantik jerk, cantik ke? senang nak browser? Ermm, kalau future client tengok sure komen aku nyer site cam hape je.. maaf ya! sedang dinaiktaraf sekarang nie.


** Code-code sedang diubahsuai untuk mencantik kan blog aku nie...=D

Beberapa features aku ada tambah cam button share Google Buzz dan juga Twitter, selain dari korang leh LIKE kat Facebook.

Tunggu beberapa perubahan lagi ok! salam.. =)

My first experience taking wedding photos mood 1 Malaysia! by shahroll

Salam all! =D

Good morning guys! Early morning i was do it my write up for this post. If you still remember this post, so here the details. (Bride and Groom not included) just environment in this event.

Azhar Ariff ask me for being second photographer lah. Then, cover untuk pengantin lelaki. Tapi, segala urusan berjalan dengan lancar tanpa membabitkan kesuntukan masa, so am just tag-along with him.

Antara barangan hantaran pihak perempuan untuk pengantin lelaki.


Azhar ariff friend from Brussels, Belgium (Denis)
He used 5D Mark II Canon.


Bride with mom ( Bride mixed Chinese+Malay)
Around the house of the bride

For the " Akad Nikah" at the mosque

Groom (if you see!!) with the "hantaran"

Wishing tree which are outside the house

"Pelamin" for the groom and the bride

Relative to the groom ( Groom side is Indian Muslim)

Relative to the bride (Malay+Chinese)

There are many more pictures in my HDD storage but only several shared with you all. Kalau korang nak tengok lebih banyak gambar, sila ke Facebook aku la ye.. =D. See you next time!

salam...

Spain style recipes marinate chicken (BBQ) by shahroll

Salam all! =)


Aritu kat posting SINI  aku dah janji ngan korang kan nak share "resipi" ayam perap ala Spain aku tu. kenapa aku pilih Spain kat hujung tu, korang sedia maklum lah kan. Pemenang untuk worldcup aritu,saja aku abadikan kemenangan tu ngan boh nama negara tu dalam masakan aku ni =P


Terus kepada bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat BBQ ni k! Exclusive dari dapur rumah Chef Shahroll! hahaha~


** Bahan-bahan yang aku dah asingkan by mangkuk.. =D

Korang kena ada tomato,bawang merah (kecik),bawang putih,serai, lengkuas, halia,bawang merah besar. Korang boleh buat ikut kadar yang sesuai lah. Kalau banyak ayamnya, lagi banyak kuantiti yang perlu korang guna.

Selain tu, korang kena ada (tiada dalam gambar) Kulit kayu manis, bunga lawang dan sedikit madu yang korang boleh beli kat Tesco. Bahan2 tadi korang blander sikit2, dan tambahkan sedikit air masak. then buat sampai bahan tadi habis.

Selesai korang buat blander tu tadi, letak dalam mangkuk ala2 besar jugak untuk di kacau dengan sebaiknya. Masukkan 1 senduk cili merah (cili boh pon ok..), 1 sudu kecik serbuk kari, sedikit garam,sedikit ajinamoto dan sedikit gula eh.

Hasilnya:-

**bahan-bahan yang korang dah blander dan masukkan beberapa rempah yang dinyatakan diatas tadi =D

Kalau yang tak tahan makan pedas tu, kurangkan sedikit cili merah tu la eh. Aku dah try dan resultnya... perghhh!~ korang nilai sendiri lah.. setakat baca je law tak cuba, tak mendapat le.. =D

Masa korang panggang nanti, sapu ayam ngan campuran minyak+kicap+sedikit madu, untuk jadikan ayam berkilat2 macam kat kedai tu.. fffuaahh~ stop dulu lah, nanti terasa nak panggang malam2 buta nie.. hahah! 

Salam..

Aug 27, 2010

Hear advice from Sultan Muzaffar! by shahroll




Salam all! =D


Dah lihat video kat atas? Jika anda menghayati apa yang disampaikan oleh Sultan Muzaffar, tentu korang dah boleh build-up semangat korang untuk terus menulis di blog korang.


Siapa yang tak kenal Sultan Muzaffar (SM)? Tipuuuu la, kalau dalam arena blogger nie ada yang cakap tak kenal. Kalau tak, korang bukan blogger lah. =D. Aku pun budak baru dalam arena nie, so baru kenal jugak. Dan yang bestnya pasal SM nie, blog beliau pakai medium blogspot.com saja. Tak caya? nie LINK beliau.


Beliau bermula dengan dunia blogger (industri hiburan) sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Katanya lagi:- 


" ...Sebelum blog, saya kurang berbicara dengan orang lain, cuma dengan teman-teman rapat, namun setelah adanya blog, saya mempunyai keyakinan dan banyak berbicara dengan orang lain..."  (video duration: 0.53)


Dari sini korang nampak eh, macam mane SM start dulu. Dalam andaian aku, sebelum nie SM kurang berkeyakinan terhadap blog untuk berbicara di dalamnya. Tapi, setelah mempunyai blog sendiri, keyakinan tu ada dan boleh berikteraksi dengan orang ramai khasnya peminat beliau di blog tersebut. SM, if i'm wrong please correct me! =D




Bagaimana SM menjadi seorang PRO-blogger?


"... Dalam tahun 2005, saya ditawarkan bekerja di Astro sebagai pengendali laman web Akademik Fantasia, secara rasmi. Dan daripada situ, saya mengorak langkah ke Astro Awani sebagai wartawan hiburan ..." 
(video duration: 1.23)


Tu dia. Bekerja beb. Bukan part timer berblog mahhcam aku nie. Haha~ aku berblog tuk suka-suki, but for PRO blogger, its job ok. Kalau korang tengok blog SM nie pun, memang "niche" untuk hiburan/artis semata-mata. Ada SM sebut or posting yang bukan related dari hiburan? korang carik lah sendiri dalam blog SM. Kalau blog aku, mahhhcamm2 adaa.. hahahtagline Astro aku pinjam! =P


Apa lagi SM kata?


"... Update blog boleh dimana-mana saja, asalkan dapat men-update blog dengan seberapa pantas yang boleh..."


Aku leh huraikan yang nie memang dah tahap PRO. Seberapa yang pantas tu. So, hard-core blogger muuustii kena ada broadband (4G Wiggy i suggest.. from P1) dan juga Laptop! So, aku kena beli 1 broadband and laptop lah jugak nie.. sebab pe?? kena PANTAS!! 


Dan, part nie lebih penting. Bagaimana nak "stand-out" untuk menjadi seorang blogger yang bagus. Ini jawapan SM:-


".... Untuk menjadi seorang yang bagus, sebenarnya TIDAK SUSAH. Kita hanya perlu tahu apa yang ingin kita tuliskan. Kita perlukan niche topik, iaitu seperti saya yang master dalam dunia hiburan, maka itu niche yang saya pilih..."


Lagi. ".. untuk menjadi blogger juga, kita kena mempunyai etika-etika untuk jadi seorang blogger yang ada KREDIBILITI. Dan, menjadi blogger yang ada kredibiliti ini LEBIH PENTING dari seorang blogger yang popular... "


Terima kasih pada SM yang berkongsi pendapat dan idea beliau untuk blogger2 baru macam aku nie. So, aku kena pastikan niche aku pada yang mana samada photographer,student life, personal blog or online business blog... huhuh~ kalau rangkum jadi 1 blog ok kot? =D SM, comment please! =D


Ok, selamat berblogging bloggers.. salam!

Around my birthday and break-fasting at Pulau Indah by shahroll

Salam all! =D

Selamat hari Jumaat. Hari nie cuti Nuzul Quran kan, so rakyat negeri Selangor bercuti lah. Bagi rakyat (negeri) lain, tak tahulah korang cuti ke tidak, yang pasti Kuala Lumpur tak cuti yee.. hahaha! Jangan marah aku wahai penduduk KL sekalian, aku suka lepak KL lagi-lagi area Raja Chulan.. hohoho~

Date 22/08/2010, mak aku ajak berbuka di rumah saudara aku kat Pulau Indah. Adik mak yang bongsu nie, Yati nama dia. Pandai memasak dan juga menjahit, sama macam mak aku gak. Cuma nya masakan mak aku lagi best lah.. hahah =D
Kebetulan, lepas makan-makan dah kenyang gile macam ular sawa baham kambing sekor, ada 3 kek dipersembahkan diatas meja.3 KEK korang taw tak..tapi bukan kek yang 15 kilo tu ( erkk~) kecik je lam 1 kilo tu kot..

Rupanya, ada 3 orang yang sedang menyambut harijadi (aku la tu), then pakcik aku (akan datang) dan anak dia si Nurul ( dah lepas..) di raikan di majlis serba ringkas, alaa buat makan-makan gitu jerk.. bukan party besday ke pe.. =D

Yang sponsor kek nie adik aku no.2, Elly. Dia nie tokan kek. Bukan tokey, kerja kat kedai kek. So sesapa nak kek, leh g kat kedai kek dia kat Pandamaran Jaya. Penat type dah, layan je gambar dan maaf! aku pakai henpon Sony Ericcson W901i je nie.. layann..


Abaikan muka aku yang main bulat dan tembam tu =_=~. Makin sehat, alhamdulillah, tapi tak moh gemuk sangat, nanti dapat penyakit pulak! =D. Kek tu aku cuit sikit je, almaklum lah baru lepas buka kot? 

Tup..tupp dah 23 aku ye.. Alhamdulillah.. syukur pada-Mu ya Allah.. Kau ampuni lah dosa2 kami, kedua ibubapa kami, keturunan kami, guru2 kami, dosa2 orang yang masih hidup atau tiada.. aminn.. =) ( korang bace, korang aminn sendiri k!)

Aite, nak bersiap ke masjid. Solat Jumaat, jangan lupa.. =D salam!

Aug 26, 2010

You're 1 step closer to your dream job! by shahroll

Salam all! =D

Hello! how are you'll? Agak lewat hari nie aku post lam belog aku. By the way, aku dah buat 2 post early morning tadi. So, boleh la korang melepaskan rindu sama write up aku... kot? =P

Hokkeh, nie aku nak kongsi ngan korang pasal Nescafe Kick-Start yang pernah aku post sebelum nie. Ingat dok? Demo.. lupo sokmo. Gie SINI untuk remind demo back ya! =D

Dah baca kan, so hari nie dalam beberapa jam yang lepas, aku dapat satu email dari Nescafe Kick Start yang berupa gini....
**Click picture for enlarge

Ya Allah! Biar betoi kan? aku dapat qualified to next stage program nie. Hermm.. orang2 Nescafe yang bace blog aku, BETOLKAH ini? korang tak main2 kan?Sekarang aku cuma memerlukan VIDEO untuk merekodkan cerita mengenai impian kerjaya aku nie. Siapa leh sponsor DSLR-Video? =D

Dateline untuk aku submit video tu adalah pada 12-september-2010. Bermakna aku ada beberapa minggu untuk buat shooting. Cettt~ dah macam artis pulak ko roll.. haha~

Dan.. dan.. dannnn.. cet! ko saspen lah roll.. cipet tol.. =P aku memilih kerjaya impian sebagai "Photojournalist". Dulu aku members of Geng Chap Ayam Photographer, so serba sedikit pasal Photojourno aku tahu sikit2, kalau tak pun aku refer member baik aku, Ian Ahmad yang sekarang makin macho bekerja di NSTP.=D

Ok lah, korang doakan yang terbaik tuk aku k! =D insyaallah.. aminn!

"I No Can Do" Vs "Cari Jodoh"

Salam all! =)


Aku selak2 ke blog SembangBincang and i found interesting dalam salah satu posting blog itu. Berkaitan dengan lagu Cari Jodoh dari Wali Band yang di cover version oleh penyanyi mat salleh iaitu fabriziofaniello.


Agak best jugak kalau dipanjangkan pasal musik Indonesia nie sebenarnya. Hakikat, lagu nie mendapat perhatian dari fabriziofaniello untuk membuat rakaman semula memandangkan lagu Cari Jodoh nie mempunyai rekod yang luar biasa. Berikut quote dari website beliau:-

My brand new single has already been a huge hit for the artist “Wali” with more then 4 million downloads and more then 1 million sold CD`s and reached the top position in the charts in his home country Indonesia. Now we are presenting the exclusive English version of this hit with lyrics by Mary Susan Applegate (“The Power of Love” – Jennifer Rush, Celine Dion, Air Supply) and a new pop version recorded in Sweden & Germany, supported with an outstanding top video made by Jan Reiff.
See? 4 juta muat-turun dan 1juta penjualan CD. Kalau kat Malaysia dah dapat la berbagai2 Anugerah la kot.

But for me, isu "cover version" kalau melibatkan 2 negara contoh seperti Malaysia-Indonesia, akan menjadi satu isu "hangat" dengan mengatakan "ciplak" or "bajakan", namun konsepnya sama seperti mana yang berlaku mat salleh tadi membuat cover version?

Mungkin kerana orang barat, maka dengan itu tidak timbul isu "ciplak" pulak. =O.. what yours?



I No Can Do


Cari Jodoh




How about Malaysian music scene? =D.. salam!

Berminat sambung belajar? by shahroll

Salam all! =D


Mood blogging aku datang jam 1:18 pagi ! hehe~ tu lah kadang jadi blogger nie masa memang tak menentu sangat sebab, bagi aku kalau benda yang berkaitan dengan mood or emotion, memang cam tu. Actually aku baru habiskan KFC yang adik aku bawak dari tempat kerja. Thats why lah aku leh berblogging time cam ni =P


Korang yang dah bekerja ( swasta 0r Government) ada hati lagi tak nak further study? Kebanyakkan dorang yang sambung nie sebab nak menaik kan taraf pendidikan dan sekali gus layak untuk diberi posisi yang baik di jawatan di tempat kerja. Termasuk jugak lah dengan aku nie. Posting aku pasal study korang leh g kat SINI dan SINI


Sekarang, aku nak explain kat korang mode belajar samada korang nak pilih mode Pelajar Luar Kampus (PLK) ataupun Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kat UiTM nie. Apa PLK dan PJJ?


Quote untuk PLK:-


Pusat Pengajian Luar Kampus (PPLK) mengendalikan program-program yang ditawarkan kepada calon-calon BUMIPUTRA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan SEDANG BEKERJA.  Kuliah pengajian diadakan selepas waktu bekerja dari 6.00 petang hingga 10.00 malam pada hari bekerja.
Terkini sebanyak 29 program PLK ditawarkan oleh 14 buah Fakulti di Shah ALam dan 10 diKampus Cawangan.  Untuk butiran lanjut sila klik ‘program ditawarkan’ dilaman web PPLK. Jumlah keseluruhan pelajar melebihi 5000 orang diseluruh Malaysia.
source: PPLK website 


So, korang yang bekerja dah sememangnya layak lah untuk masuk mode nie dan kelas pulak hari2 kena attend. Anda sanggup? yeahh! untuk segenggam Diploma / Ijazah kena lah berusaha sikit. Fakulti yang ada di Shah Alam nie adalah Faculty Business, Faculty Office Management dan Faculty Accounting. Which one you like? =D

Ok, nie quote untuk PPJJ:-

Electronic distance education program (e-PJJ) is an innovative approach in terms of learning and teaching in UiTM.  Through e-PJJ, you as a student would determine the time, place and teaching mode that are suitable with your needs and lifestyle

The e-PJJ program offers various facilities and services to serve you to achieve your ambition and dreams.  Apart from that, you would gain skills in the use of IT in your daily activities.  This innovative program is a combination of variety learning methods which consists of study materials, additional reference materials, lecturer support, forum interaction and discussion between students as well as face-to-face seminars.
The e-PJJ learning method uses effective learning educational technology and one of the best and most appropriate ways of promoting effective learning.
The objective of this centre is to offer programmes through distance education to upgrade the knowledge and enhance the career development of Bumiputeras. It is also to help develop human capital as to achieve higher productivity and hence contribute to national development.

source: PPJJ website


Senang cerita, untuk mode nie memang sesuai untuk orang2 yang tak ada masa nak attend ke kelas hari2 dan sentiasa sibuk. Kalau korang amek mode nie, korang akan jumpa dengan lecturer ( face to face) sebulan sekali cam tu, selebihnya korang belajar on the line lah.

Sebarang masalah korang leh tengok staff InED di SINI. Mereka sedia membantu korang untuk improve kan knowledge korang yang sedia ada. Sudah ada pilihan? =D

Salam!

Aug 24, 2010

Behind the scene Lisa Surihani + Lipice = AWESOME! by shahroll

Salam all! =D


Korang peminat Lipice? perasa pe yang selalu korang beli? dulu aku ada gak pakai mende alah nie, untuk melembapkan bibir yang kering sebab cuaca Malaysia kan agak panas. So, aku sure setiap gadis2 kat luar sana kat dalam handbag dorang ada 1 pelembap nie kan? haha~ baik ngaku cepat!! =P


Model / Pelakon terkenal, Lisa Surihani menjadi model untuk Lipice Malaysia. Aku tahu mende nie pun sebab de iklan dalam Nuffnang tadi, dan ada contest! hehe~ aku bab contest2 nie yang suka nie.. Tak menang tak pe, janji mencuba.. =D



Errk~ aku rasa macam ladies je yang ramai nie.. haha~ nanti aku masuk, jadi pemenang no.1 pulak.. dah korang jeles =P. Ok, pasal contest dah habis. Aku nak share pulak pendapat aku pasal Behind The Scene (BTS) iklan nie. Aku tak de lah berpengalaman ikut produksi besar yang melibatkan sejumlah krew yang ramai dan dengan model yang terkenal.


Cumanya, aku rasa excited pulak masa tgk gambar2 Lisa and the crews buat BTS. Commercial punya work, memang aku salute lah. So PRO. Is it? =P


Jom layan gambar2 BTS Lisa and the geng...














Credit to photographer yang ambil gambar2 Lisa dengan baik sekali. Sudah tentu dari seorang yang PRO photog. =D If u read this, u can drop your comment here about my editing. Thanks =D


** My workspace on photoshop.. yuhuu~

see you'll next posting k! Salam.. =)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...