Loading...

May 31, 2010

Bila 2 hari di Kelantan Darul Naim... by shahroll

Salam all!


Baru dapat bernapas! hambek ko~ semalam ( Ahad) baru balik dari Kelantan, UiTM kat Machang. Aku pergi ke sana atas urusan kerja rasmi. Yeeee sekali lagi aku mention URUSAN RASMI ye.. haa.. mane nak dapat pekerja CEMERLANG cam aku nie.. sabtu dan ahad pon BEKERJA.. hahaha~ ( bukan riak ok~ =P )


Perjalanan amek masa selama 10 jam! OMG, lama siut rupanya pergi kelantan nie. Aku tak lalu Gua Musang, lalu ikut Jeli. This my first time go to Kelantan. Seronok campur tak best sebab lama dalam kereta MPV Naza. Driver UiTM bawak tak laju then banyak pulak berenti2 masa perjalanan.. tu yang sampai 10 jam.. huuu~


Paling best masa balik singgah sat ke Pulau Banding. View yang lawaaaaa sehhhh~ tapi tak lama lah just makan2 and solat pastu gerak balik ke Shah Alam.. hooyeah! dah habes cerita, layan gambo k. Enjoy the pictures! =)









May 27, 2010

Studio Photoshot : Talent [iwan] by shahroll part#3





Talent : Iwan
Venue : SH iMAGE Studio ( Seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam)
Photographer: Shahroll Photography
Editing: Shahrul Hairy Shaharuddin
Concept: Style+Commercial

Description: Welcome! the color tone is changed slightly to raise the mood in the photo, can make more interesting picture.

yours
SH iMAGE
012.343.7359
shahrollphoto@gmail.com

Contest: Snap & Win PROTON

Salam all.. =)


Masa aku belek2 belog aku nieh, ads kat bahagian bawah sekali sedang **menari2** dengan riangnya. Macam iklan baru so aku pon click lah nak tgk ape mende nya. Ada contest baru! haaa.. contest yang aku gemari nie.. sebab pasal Snap & Win kan.. hahah~




** date nyer lama lagi.. leh carik2 idea... hhehe~

Contest nie berkisarkan tentang kereta model SAGA.. yeahh kereta saga yang masyorrr tu ( cehh.. bodek PROTON!!) ehh.. tapi memang betol pe, rakyat Malaysia sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan kereta Proton jenis SAGA nie... dan yang terbaru BLM... =)


** 25K tu.. aku nak menang ahhh!! heheheh... 

Owhh menarik nieh! RM 25 ribu sebagai ganjaran dia wehh.. korang tak moh ke??? ala, just try, kot korang leh menang kan... bukan susah just SNAP je korang dengan gambor kereta jenis SAGA nieh.. senng je kan? =O


** mariiiiii memeriahkan!!..**wink**



May 26, 2010

Studio Photoshot : Talent [iwan] by shahroll part#2





Talent : Iwan
Venue : SH iMAGE Studio ( Seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam)
Photographer: Shahroll Photography
Editing: Shahrul Hairy Shaharuddin
Concept: Style+Commercial

Description: Welcome! to make the picture interesting, need to change it slightly to make the picture fit the mood and tone of interest. If not, the original picture will be more interesting if the mis-edit

yours
SH iMAGE
012.343.7359
shahrollphoto@gmail.com

May 25, 2010

Studio Photoshot : Talent [iwan] by shahroll





Talent : Iwan
Venue : SH iMAGE Studio ( Seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam)
Photographer: Shahroll Photography
Concept: Style+Commercial

Description: Welcome! thank you to see my work. The model is my brother willing to pose in my studio. By using a lighting studio, able to produce an interesting picture (side lighting) and 50mm lens with canon 30D camera.

Akademik KEYNOTE?

Salam all...


Dunia sekarang penuh dengan pelbagai rentak hiburan. Tak kira dibentuk untuk menjadi seorang artis rakaman ke,pelakon ke mahupun penari. Seni itu luas dan luasnya seni itu telah menimbulkan idea pada seorang komposer terkenal iaitu Ajai, yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang penciptaan lagu dan menerbitkan album.


Antara misi yang dipegang oleh Ajai selaku Dekan Akademik Keynote ini adalah...


"KEYNOTE mempunyai misi mencari bakat-bakat muda dalam bidang penciptaan lagu dan sekali gus berkaliber menjadi seorang penerbit. Bukan itu sahaja mereka juga akan dibimbing di bawah beberapa komposer dan penulis lirik yang sudah berpengalaman antaranya Aidit Alfian dan Ad Samad.


Yang best nya pasal program nie, setiap lagu yang dicipta akan dinyayikan oleh penyanyi terkenal. Ok lah tu, kalau lagu yang dorang cipta menang, boleh terus dimuat turun oleh penonton dan royalti diberi oleh komposer itu walaupun masih di dalam akademik.. wallaweyy~  byk syok! ( aku pon dah naik minat nie.. hahah)


Sesi pencarian bakat di jalankan di beberapa lokasi yang terpilih. Lihat di bawah aite.. =)


Sesi uji bakat KEYNOTE akan berlangsung di tiga buah lokasi iaitu pada 23 Mei di Wisma Bentley, Damansara, 27 Mei di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya dan 5 Jun di Institusi Seni Sabah (SIA), Kota Kinabalu. Bagi keterangan lanjut, anda boleh layariwww.facebook.com/keynote.com.my.


 Yang ada Astro tu plak leh layan di saluran 104 untuk menonton program nie yang di hostkan oleh Yasmin Hanie ( waaa.. aku minat dia ni!!) dengan Farish Aziz bermula pada 15 Jun jam 10 malam... =)


Ok, sesiapa yang ada bakat mencipta tuh, meh laa memeriahkan suasana.. boleh merancakkan lagi industri musik Malaysia yang semakin "hilang arah" nie... untuk mengembalikan zaman kegemilangan dulu2, perlu ada bakat2 muda yang perlu dicungkil untuk mempelbagaikan irama dan musik. huuu~ ala2 Pengetua AF lak.. ahaha..


sumber: Kosmo!






p/s: Apa beza program nie dengan program KOMPOSER pada suatu ketika dlu? =)

May 24, 2010

Snack & Screen Session with Rice Crisps by Mister Potato

Salam all!


Pada 19 May aku dapat email from Nuffnang yang menyatakan aku dijemput untuk menonton filem "  Prince of Persia :The Sands of Time " yang bertempat di Cathay Cineplex @Curve. Dan ape yang best nya, bukan 1 tiket saja yang Nuffnang kasi, but TWO.. hehe.. thanx ya!




** even aku belom tgk.. citer nie cam gempak jer...


and.. BIG thanx for Nuffnang aite!

See you`ll lah blogger ye.. nama2 yang kompon ade macam Bean, AnakPerak,Aus sure ade nyer lah.. heheh otai2 belaka mereka nie.. hooo~ salam! =)

Corat-coret AF8 Final by shahroll

Salam all...


Malam Ahad lepas konsert Final AF8 dan juaranya yang sudah dijangka, Shahir dengan lagunya Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Lagu dan suaranya yang "serasi" membuatkan lagu nie best dan memiliki "jiwa".. cehh cakap cam org PRO dalam musik lak.. haha..


Corat dan coret dalam final AF8 ( credit to murai.com)





1. Sedari awal lagi, hampir kesemua gerai Fan Club finalis AF8 menjadi serbuan penonton yang hadir sempena Gempak Selebriti Astro Rockabola yang diadakan bagi memeriahkan kemuncak AF8. Ternyata, gerai FC Shahir dilihat lebih havoc, apatah lagi bila melihat keletah penyokong Shahir yang tak henti-henti memancing undi mengalahkan orang mencari calon pemimpin atau menteri dalam pilihanraya.


2. Ibu Maulana iaitu S Mariam tidak dapat menghadirkan diri kerana difahamkan S Mariam terlibat dengan undangan nyanyian. Bagaimanapun, tempat S Mariam digantikan bonda tiri Maulana iaitu Tengku Badariah Hassan yang hadir bersama ayah kandung Maulana iaitu Mohamed Sehat.


3. Gerai Maybelline New York yang menyediakan sesi make-over menjadi kunjungan paling ramai peminat AF8 kerana ramai yang mahu didandan cantik oleh juru solek profesional dari Maybelline. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang terlibat dengan segmen menari lagu Menuju Puncak.


4. Mungkin ramai tak tahu, lebih 30 peminat setiap finalis AF8 sudah pun berkampung di Stadium Putra, Bukit Jalil seawal jam 10 pagi lagi untuk berlatih menari lagu Menuju Puncak.


5. Dalam ramai-ramai, kesemua adik-beradik Daus dilihat begitu sporting sekali sewaktu menyertai segmen lagu Menuju Puncak ini. Begitu juga dengan kekasih Daus yang sebelum ini dikatakan sangat pemalu.


6. Ketika pengurus pentas, Dollah Cantik memperkenalkan nama Adira sebagai salah seorang finalis AF8, bukan hanya peminatnya saja yang bersorak memberiklan sokongan tetapi 2 bintang AF7 terdahulu iaitu Hafiz dan Akim juga dihat memberikan sokongan padu buat peserta dari negeri Sabah ini. Sampaikan mereka berdiri terlonjak-lonjak sewaktu memberikan sokongan.


7. Selain 5 finalis dan serta beberapa rtis undangan yang hadir pada malam itu, Dollah Chantik juga tidak kurang popularnya. Sebabnya, bila Sarimah saja-saja menyebut nama Dollah Chanteik, ramai penonton yang terus bertepuk dan bersorak tak hent-henti. Mungkin itulah penangan Dollah Chanteik yang sudah sekian lama jadi pengurus pentas AF8, selain pernah menjadi side-kick Aznil dalam program raya bertajuk Glamor Raya.


8. Ramai juga artis yang hadir memeriahkan kemuncak AF8. Antaranya termasuklah Dafi, Toi, Farish Aziz, Aishah AF7, Nadia AF6, Rozita Che Wan, Ainul Aishah, Hairi Anak Wayang, Juliana Evans, Yusry, Edry, Akim, Hafiz, Hao Ren, Leeya AF4, Asri, Adi Fashla, Dina, Azza Elite, Sabrina, Amar, Zoey dan D Al Mashoor.


9. Ketika waktu iklan bersiaran , pelawak dan pengacara popular, Azrul Cham diberi tanggungjawab menghiburkan penonton selain menyampaikan info terkini tentang program di Astro.


10. Hampir separuh penonton di dalam stadium dipenuhi oleh penyokong Shahir. Mereka juga mengenakan T-Shir berwarna biru dengan gambar wajah Shahir yang tertera di depan.


11. Sewaktu mendendangkan lagu Doktor Pakar Cinta, Daus hampir-hampir saja terjatuh dan tersadung di tangga. Ketika itudia mahu naik semula ke atas pentas selepas turun memberi sesuatu bentuk yang berupa isyarat kepad aweknya yang berada di tepi pentas.


12. Ramai yang mempersoalkan tentang ucapan hari ulang tahun kelahiran buat Adlin Ramlan Amlie sehinggakan ada segelintir pihak yang merasakan ianya adalah sebagai satu cara untuk melembutkan hati Adlin yang sering memberikan kritikan pedas.


13. Mungkin ramai tidak perasan, pengkritik tetap AF8 iaitu Aznil Nawawi atau Pak Nil telah tersalah sebut nama Stadium Putra Bukit Jalil sebagai Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam itu.


14. Jika anda peminat setia AF8, mungkin anda perasan Adlin suka menyebut perkatan 'simplycity' dalam setiap kritikan yang diberikan kepada finalis Top 5 yang dilihat lebih gemar membuat persembahan selamat dan ringkas saja. Sekali dengar Adlin macam menyebut nama produk kecantikan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu SimplySiti. Adakah Adlin pun menggunakan produk tersebut?


15. Sorakan paling gemuruh yang diterima Shahir setiap kali Shahir membuat persembahan membuatkan nyanyian Shahir kurang didengari menerusi kedua-dua lagu yang dieporsembahkannya pada malam itu.


16. Mawi yang hadir bersama isteri kesayangannya Ekin dilihat terangguk-angguk kepala sewaktu Shahir menyanyikan single barunya, Kebahagian Dalam Perpisahan. Mungkin Mawi suka sangat dengan lagu tersebut sehingga dia tangkap feeling bila mendengarnya.


17. Selain Mawi yang menyukai lagu baru Shahir, Akim juga dilihat memberikan standing ovation (berdiri sebagai tanda hormat) kepada Shahir selepas juara AF8 ini tamat menyanyikan lagu barunya itu.


18. Sehingga ke konsert final, tagline Dafi iaitu Baik Punyer asyik disebut oleh pihak produksi AF8. Begitu juga dengan peminat setiap kali diminta berbuat demikian oleh pihak produksi AF8. Motif berbuat demikian?


19. Pintu props yang digunakan Iwan sewaktu menampilkan lagunya sendiri iaitu VIP dilihat sedikit menggangu pergerakan Iwan. Namun Iwan masih berupaya memberikan persembahan yang memuaskan pada malam itu. Malah, peminatnya tdiak henti memebrikan sokongan sambil menari-menari di bawah pentas.


21. Adik Alisha yang menjadi salah satu ikon Astro adalah antara selebriti yang hadir pada malam itu. Dia dilihat begitu mesra sekali duduk di sisi Farish Aziz. Keletah mereka tak ubah seperti abang dan adik. Manja gitu!


22. Sewaktu Shahir turut dari pentas membawakan lagu Biru Mata Hitamku dari Wings, Aznil dilihat telah memberikan isyarat kepada Shahir untuk naik ke meja pengkritik. Namun, Shahir tidak munurutinya. Mungkin, dia tdiak perasan dengan isyarat tersebut. 




23. Sebelum segmen menari Menuju Puncak bermula , koreografer yang ditugaskan untuk mengendalikan tarian FC finalis AF8 iaitu Irwan Ruffedge sempat memberikan taklimat yang terakhir kepada ketua setiap FC.


24. Keletah comel adik kecil yang mengiringi persembahan Adira mendapat perhatian ramai sehinggakan Pak Nil yang menjadi ikon program kanak-kanak menegur Adira agak memberikan sedikit komunikasi kepada adik itu.


25. Salah seorang penari yang mengiringi persembahan Hafiz, Akim dan Hao-Ren adalah pelakon utama filem ....dalam betul iaitu Arja Lee. Bagaimanapun, sewaktu mengumumkan kelibat Arja Lee, Azrul telah tersilap mengumumkan nama filem itu dengan menyatakan tajuk asalnya iaitu Anu Dalam Botol.


26. Sebelum Sarimah dan Jimmy mengumumkan nama juara AF8, Iwan yang sudah pun mengetahui keputusan pemenang tempat kelima tekah berbisik di belakang pengetuanya, Norman dan menyebut nama Shahir sebagai juara.


27. Selepas tamat konsert, Shahir memberikan ucapan kepada penonton yang hadir di tempat duduk pengkritik. Dalam banjiran ramai peminat yang mahu merakamkan gambar Shahir itu, pengurus saluran Astro Oasis iaitu Izelan Basar yang teruja dengan program Imam Muda turut tidak melepaskan peluang mengambil gambar Shahir dengan menggunakan telefon bimbitnya.




** Download lagu Shahir : Kebahagiaan Dalam Perpisahan




Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih




Chorus

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Ulang Chorus
Kebahagiaan dalam perpisahan

MacBook Pro for Sell by shahroll

Salam all...


Updated paling ringkas tetapi berINFOmasi... haha~ just look picture below.. =) 





Actually this dari kawan aku.. so sesiapa yang berkenan, leh call aku lah ye.. ok guyz.. salam.. =) 
(** ISNIN beb... koje sooo byk.. heh~)

May 21, 2010

WEDDING Sharizan+Siti by shahroll


Majlis Menyambut Menantu
Kuala Langat, Batu 8
11-04-2010


Aku ingat lagi masa aku ambil gambar nie.Time tengahari memang panas. Sepanas pasangan yang baru berkahwin nie lah.. huhuh. Thank you to Sharizan+Siti yang hired aku jadi Official Photographer korang aite. Majlis nie disambut meriah oleh sanak saudara dan juga rakan yang hadir.

Semoga perkahwinan korang berkekalan sampai ke akhir hayat ( sampai ke anak cucu tak leh pakai daa.. =P).. Nanti dah de baby calling2 k.. leh wat photoshot baby&family lak.. =)..

you all? haa.. enjoy the pictures... salam..









Jumaat: (21052010) Kebaikan membanyakkan Selawat

Salam all... =)
Sempena dengan hari Jumaat hari nie, mari kita muhasabah diri kita, renung2 kan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita masih bernafas sampai ke hari ini...


Mari kita lihat Hadis ini:



Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
 
Abu Umamah r.a




Apa yang dapat kita pelajari dari hadis tersebut?


1) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan. 

2) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.


3) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja. 


4) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.








May 20, 2010

Wake me up, when september end...

Salam all..


Mungkin aku orang yang terlewat lagi lambat dalam pengulasan nie, but apa pon nie bukan belog politik ye.. sekadar mengucapkan tahniah kepada yang berjaya menakluki kerusi di Parlimen di Sibu, Sarawak. Adat bertanding ada pemenang dan ada pengalah!.


Dalam banyak2 belog politik yang aku baca, semestinya aku rujuk House PK dan juga The Unspinner.Mungkin nie lah yang harus diterima, bukan setakat dalam politik, bahkan kita harus analisa dari semua segi. Dulu aku belajar sejarah, sesuatu tamadun/bangsa itu merangkumi 3 aspek iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial.


So, try kita membuat unjuran kembali dengan PES itu...


Politik-?
Ekonomi-?
Sosial-?


Baiklah, sekarang sama2 kita membaca ulasan yang direncanakan oleh Dr. Jeniri Amir


=) renung2kan... 

Bermula lah hari yang TAK BEST by shahroll

Salam all!


Hari nie ( 20.05.2010) budak2 kat UiTM mula berkonvo. Seawal pagi lagi dah jemmed kat bahagian susur naik jalan ke tempat kerja aku. Tiap kali konvo jadi gini. Bila nak buat highway ke, monorail ke.. senang sket.. tak lah jemmed.. hueheu~


Tapi tu lah, hari konvo hari yang mana student2 yang berjaya menghabiskan masa untuk belajar bagus2 untuk menggenggam segulung ijazah. Bukan takat student tu je, malahan dikongsi jugak dengan orang2 yang ada disekeliling dan yang penting dikongsi pulak dengan orang2 yang tersayang ( family, sedare mara..etc).


Banyak kali aku dah tgk konvo kat sini. Kalau memula dulu macam teruja lah.. seronok tgk org ramai2 nie.. tgk gelagat.... masing2 dengan gaya tersendiri.. hehe~ meriah.. bagaikan pesta.. tak kira muda dan tua.. sama2 rasa kongsi yang sama.. =)


Macam tak da hala tuju pulak posting nie.. tapi korang layan kan je lah ye.. owh lupa, semester depan aku kena masuk belajar balik.. yeahh! with Junior la nanti.. dah tak best! kawan2 aku semua dah berterabur yang sama batch.. aku nak merasa konvo.. =)


yours
SH



** Click HERE to details. Thank you =)

May 19, 2010

Suka kemungkaran? HEBAT penangan...

Salam all..

Pagi2 yang redup lagi sejuk ( syukur) aku usha2 akaun Nuffnang aku tu.. hee check duit lew kan.. lama tak check.. alhamdulillah, semakin "seronok" aku tgk akaun aku makin naik. hehe.. thanx kat company2 yang suka letak buffered earning kat aku... =)

Semalam, cerita mengenai "ustazah" tu aku ingat dah lesap lah kan. Aku terkejut gak ramai pulak yang mencari video nyer pulak! hadOi.. korang nak tgk sgt buat pe eh? nak proof yang itu bukan warden dan bukan ustazah ke pe? Memang korang suka mende2 gini kan!? hahah.. no wonder la sekarang banyak pulak blog2 lucah!.. hermm..

Tak percaya? tgk la sendiri kat bawah nie..

** Diprint screen dari Nuffnang aku..

Jelas kan? haaa.. aku tak tipu korang nyer...nway, tak yah lew korang dok sebok mencarik.. lepas nie korang nak hentam aku, aku booolayan jerk!~ sekarang kalau mende yang BETUL kita tegur pon orang bukan nak DENGAR kan? suka yang MUNGKAR2 jerk!!.. dah lu pikir la sendiri.. mati tanam sendiri!

salam!

May 18, 2010

Adegan PANAS? salahkan siapa? by shahroll

Salam all!


tentunya korang baca paper hari nie kan? Dalam korang belek2 paper tu, ade satu insiden yang melibatkan gelaran "ustazah" yang di claim oleh pihak "itu". Ok, title news tu " Adegan seks ustazah di asrama pelajar".




KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

** Korang leh baca kat SINI



Persoalan kat dalam minda aku:

1) Siapa pemberi sumber berkenaan yang memberikannya pada media? atau lebih tepat lagi pada wartawan?

2) Mengapa isu ini dinaikkan?apakah motifnya?sebab, dengan sumber yang boleh dipercayai,"adegan" ini sudah lama berlaku.. mengapa sekarang baru ada dalam paper?menggunakan prinsip "pending & que" ke?

3) Dalam laporan ada beberapa siri lagi yang ada? mana tahu ek?

4) Lengkap berjubah? dalam foto hanya berbaju kurung ungu? macam mana nie?

5) Tidak kah ini boleh mengundang dosa yang besar sekiranyanya ini adalah fitnah? nauzubillah..


Aku bukan nak back-up sesiapa, yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Aku membaca dari apa yang dilaporkan. Pada pandangan aku, bukan semua yang memakai tudung itu "ustazah" dan tidak semuanya pon baik. Mungkin kerana atas sebab2 yang tertentu. Mana taw kan?

Ok, salam! fikir2kan dan selamat beramal....

Birthday Party | Irfan Darwish | 08.05.2010

Salam all!


Zaman kanak2 memang best!! sebab zaman tu lah mak bapak akan tatang korang cam minyak yang penuh!.. hehe~ aisshh.. ape daa aku merepek makan kerepek betol.. aku kalau boleh wanna back to the zaman lah.. huehue~


Job yang lepas aku de shot untuk besday party untuk pasangan Juliana and Wan.. and anaknya pulak bernama Irfan Darwish.Haa.. sedap tol nama nyer.. kiut miut gih..




** nie lah Irfan Darwish...

** yumyum..~

**ehhh.. nak tumpahh~ hueheuh~

**yumyummm3 again...

**ayamm lagih...

** Kek nie sodapp!.. hehe terbaek dari Secret Recipe...



** Wan, Irfan & Ju.

Selain dari makan2, ada game gak yang disediakan oleh pihak KFC. Permainan yang menggamatkan suasana KFC.. huhu~ meriah sungguh.. thanx to Wan & Ju yang hired me for Official Photographer k.. salam! =)

May 17, 2010

Who Will Win the World Cup?

Salam all!


Dah lama aku tak join "Instant Cash Blogging". So, untuk minggu ke-12 nie, aku tertarik dengan tajuknya iaitu siapa yang memenangi Piala Dunia? (Who Will Win the World Cup?). Secara peribadi, aku suka dan menyokong Brazil dan untuk World Cup kali nie, aku merasakan Brazil akan memenangi untuk sekelian kalinya.




** Adidas+P1= Superb!

Click HERE for detail!

Mengapa Brazil menjadi pilihan aku? sila baca quo yang aku buat nieh...

The most popular sport in Brazil is football (soccer). The Brazilian national football team is ranked among the best in the world according to the FIFA World Rankings, and has won the World Cup tournament a record five times. Basketball, volleyball, auto racing, and martial arts also attract large audiences. Though not as regularly followed or practiced, tennis, team handball, swimming, and gymnastics have found a growing number of enthusiasts over the last decades. Some sport variations have their origins in Brazil: beach football, futsal (indoor football)and footvolley emerged in Brazil as variations of football. In martial arts, Brazilians developed Capoeira, Vale tudo, and Brazilian Jiu-Jitsu. In auto racing, Brazilian drivers have won the Formula One world championship nine times.
Brazil has hosted several high-profile international sporting events, including the 1950 FIFA World Cup and has been chosen to host the 2014 FIFA World Cup. The São Paulocircuit, Autódromo José Carlos Pace, hosts the annual Grand Prix of Brazil. São Paulo organized the IV Pan American Games in 1963, and Rio de Janeiro hosted the XV Pan American Games in 2007. On 2 October 2009, Brazil was selected to host the 2016 Olympic Games, the first to be held in South America.

** Credit HERE

Brazil's World Cup record: 1930 1st rd, 1934 1st rd, 1938 3rd, 1950 RU, 1954 QF, 1958 Winners, 1962 Winners, 1966 1st rd, 1970 Winners, 1974 4th, 1978 3rd, 1982 2nd rd, 1986 QF, 1990 2nd rd, 1994 Winners, 1998 RU, 2002 Winners, 2006 QF.

Pemain Bola Brazil yang "Killer"...



Dan Piala kat bawah nie dorang sebat..



So, jelas lah eh.. even korang TAK SETUJU ngan aku, korang leh buat analisa beberapa siri yang lepas.. hahah~ takde cakap banyak.. banyak bunyik lagi lah~ start pon blum kan.. =P

Ok seperti biasa, Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.







Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...