Loading...

Apr 30, 2010

Who inspired me? by shahroll

Being a photographer is not easy, but to the world of the modern state of the art, can all be the photographer. This makes some people are not genuine in terms of angle photo, but far away!


That's just my personal opinion.


Sebab itu ramai orang beranggapan, " ala, just petik shutter pon nak bayar ribu2 ke?" bukan macam tu sebenarnya, memang semua orang boleh beli camera mahal2, lens besar lagi panjang, tetapi sejauh mana photog itu MAMPU menghasilkan gambar2 yang berkualiti jika dibandingkan dengan kamera yang digunapakai? hehe.. sila baca dengan nada hepi2 ya! :D




Nantilah saya beri penerangan yang selengkapnya tentang perkara diatas. Now topic, who inspired me in photography? honestly, bukan nak agung2kan photog luar, namun hasil kerja jadi pengukur sejauh mana photog itu boleh dijadikan IDOLA anda... 


Anda mengenali Joe? atau lebih tepat Joe Mcnally. Dalam bidang photog, nama Joe adalah satu nama yang gah di arena seni photog digital. Terkenal sebagai photog yang mementingkan kualiti di dalam setiap gambar serta banyak menggunakan lampu "speedlite" yang banyak untuk sesuatu kerja "shooting"..


Setiap gambar2 Joe saya perhati dari dulu malah sebelum mengikuti blog beliau, saya terlebih dahulu membaca bahan2 ilmiah beliau di dalam buku. Sangat bagus untuk anda yang mahukan informasi tentang photography.Ini tajuk buku salah satu dari banyak buku beliau...




The Moment It Clicks: Photography secrets from one of the world's top shooters






Enjoy reading blog beliau. Salam! :D

Jumaat: Mengapa Al-Fatihah begitu penting?

Salam untuk semua,


Didalam solat kita akan membaca surah ini yang pertama sekali. Betul tak? Maka, mengapa Al-Fatihah begitu penting untuk dibaca serta di fahami. Shahrul cuba menyampaikan dengan sebaik mungkin, sebab ini berhubung dengan soal agama serta akidah.




Surah al-Fatihah adalah surah yang penting dalam solat. Jika bacaan surah al-Fatihah tidak betul dari segi makhrajnya atau sebutan hurufnya boleh menyebabkan solat tidak sempurna, dan jika berubah dari segi makna boleh membatalkan sembahyang. Kepentingan surah al-Fatihah dalam solat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya Al-Fatihah”. (Ibnu Hibban)




Jelas disitu bukan? marilah sama2 kita membetulkan apa yang tidak betul dalam pembacaan kita, mudah-mudahan kita diberkati oleh Allah s.w.t ...insyaallah.. 






**Tafsiran....


[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 


[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 


[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 


[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.







Boleh layari laman web Al-Quran in Malay ( side bar sana) untuk membaca kandungan al-Quran dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan mendapat berkat.

Apr 29, 2010

Mengapa ada mesti ada "label" terhadap blogger? by shahroll

Good afternoon!


Kenyang baru makan.. malas nak tepek gambar makan tadi.. mode aku masih tak menentu.. bad day today i think... dah la malas aku nak layan sangat perasaan.. wahahah.. apehal ko roll? come up.. cheers up!.. ko kuat aite..hokkeh! hermm.. :)


Topik ape lah tengah2 hari nie aku nak membebel.. OO ye! pasal sesetengah blogger yang sukaaaaaa label  orang lain or blogger lain tah hape2!.. ape yg tah pape nyer? macam di alam realiti gak, kalau orang yang korang tak suka tu, macam2 lah nickname yang korang bagi kan.. biasa bro!


Tapi korang mungkin tak sedar ( buat2 tak sedar kot), penulisan korang dibaca oleh orang lain yang senada or tidak dengan kamu? mungkin korang boleh claim, hak aku.. so ko boleh blah!.. hek ella.. cam nie ke jenis orang yang bertamadun? memang ko tak de tamadun lah kalau cam tu!


Dunia blogger bukan besar.. memamg ayat klise but true!.. ko pi canang2 lah keburukan orang lain, sekali kena batang hidong sendiri.. boleh ko terima? macam harem! Aku bukan suka sangat marah2 nie, kang aku kena serangan jantung plak asek marah2.. dah lately nie aku sakit kepala jerk.. adesss..


Mungkin korang nak naikkan traffic kat blog masing2 kot.. haha serabot! salam..

Use Blogspot can maaa.. by shahroll

Salam all! 


im searching the best of the best blog for my department. Then, i go to this SITE refer some blog there.What i found that, medium such as blogspot can be famous and popular too.. :D thats cool ha..
Siapa kata yang menggunakan dot com saja boleh menjadi popular.. haha.. sinis!


Disini saya ambil beberapa contoh yang mana mereka menggunakan blogspot nie.Antaranya blog "the best marketing" nie.. Trandever  http://trendever.blogspot.com






**Nice layout and simple...

Dalam blog nie banyak review2 pasal kereta. Lebih kurang macam Paultan.org  tu.. korang leh la melawat kat blopg nie.. kereta2 mewah oo.. aku suka melihat kereta2 macam nie.. haha.. i wish i will get soon! lalalal~ :P tapi betol, aku berangan nak dapatkan kereta nie....



**yeahhh Evo Lancer 10!!.. hermm.. best2.. i will get soon!! aminn...

Tentu korang pon de kereta idaman masing2 kan.. so share lah kat sini... hehe.. dok bebel je tak guna kalau korang tak usaha nak dapatkan kereta idaman korang kan! so, berusahalah!.. bak kate MUH.. lalalal~ hari-hari kerja.. lalalal~ bosan dengan kerja aahha.. ( erk.. ade kne mengena eh? ) :P

Terlajak lah posting aku nieh.. hahah tajuk tak sama dengan content!.. hermm.. tapi pada penggguna blogspot, anda juga boleh!! yeahh Malaysia Boleh!Blogger Boleh! heheh... salam!

Aku, Dunia dan Blog

Bukan cerita cinta, klasik atau apa pun!

Bila aku dalam keadaan serba emosional, mungkin korang akan rasa menyampah dengan aku even korang tak kenal aku pon!Ok, aku tak berapa nak OK sangat sekarang dengan beberapa faktor. Kesihatan? alhamdulillah, tak de lagi penyakit pelik2 hinggap kat badan aku, syukur alhamdulillah.. Allah masih sayangkan aku lagi.. suruh byk kan amal lagi..

Ungkapan AKU- yelah, aku lah, siapa lagi.. bukan korang korang and korang! Ingat lagi Ustaz semalam bagi ceramah, AKU masih tak kenal diri AKU.. lagi aku nak kenal orang lain kan? hermmm.. korang kenal ngan diri masing2? Dah berapa lama ko hidup ko still tak kenal kan? macam mana nak kenal dengan orang lain sedangkan diri korang pon tak kenal?haha.. ketawa seketika...

Dunia, mengapa dengan dunia? aku dah bosan kot.. tapi aku nak pergi ke mana? heh.. aku cakap cam orang kampung jerk! Terpuruk di tempat yang SAMA.. sebab tu aku bosan! Dengan permasalahan yang sama!benda yang sama!ahhh.. dunia... bak kate cikgu aku dulu kat sekolah teknik dulu... " ini semua dunia...".. memang lah.. tapi kalau bukan dunia, macam mana ko nak bawak bekalan ke "sana" pulak... heh! ketawa lagi...


Blog... ermm.. tempat aku buang segala "muntah" dalam nie.. suka tak suka ke, korang ingat aku xde feeling eh?haha.. orang seni xde jiwa!phuiiihhh!! ye lah sangat.... bak datang mana seni ko tu... bagi aku tengok.. ceh!..aku kadang "nazak" dengan orang2 macam nie.. heh~ ketawa lagi...

Aku x Ok.. tu je.. salam!.

Apr 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Bila bercakap pasal kemudahan, semua orang pada barang2 yang mudah dibawa kesana dan kemari. Kalau dulu, internet hanya boleh di akses di rumah sahaja melalui wayar kabel, tapi sekarang nie tak lagi. Dengan kemunculan broadband2 yang banyak di pasaran, pengguna boleh menikmati santapan musik,gambar ataupun bahan bacaan melalui perkhidmatan broadband nie.




Salah satu pembekal jalur lebar yang semakin popular sekarang adalah P1Wimax. Secara peribadi,saya dah menggunakan perkhidmatan ini lebih dari 1 tahun dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan ini untuk pengguna. Produk terbaru dari P1 adalah Wiggy. Dulu saya ada posting berkenaan dengan Wiggy nie.






Selalunya, Wiggy digunakan oleh saya dan juga my Miss Zila untuk kerja2 diluar rumah. Sebagai contoh, untuk mengakses di luar rumah, laptop+wiggy menjadi pilihan untuk terus berhubung di atas talian. Contoh gambar kami semasa mula2 kami menggunakan Wiggy di Shah Alam, seksyen 2.



** Just plug and play the wiggy.. :D

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

POPULAR tag in SEO by shahroll

Salam to all! :)


Lunch time but i dont want to eat.. diet might be.. :P.. Hari nie ada tazkirah di tempat aku bekerja dan penyampaian ceramah sungguh bagus sekali. Ianya berkaitan dengan siapa manusia yang sebenarnya dan apa sebenarnya manusia cari. Tapi bukan dekat posting nie lah ye.. posting lagi satu aku buat pasal ceramah hari nie..


Korang yang dah otai2 tentu dah masak dengan mende SEO nie kan.. kalau yang kurang tahu meh aku bagitaw, mende SEO nie ( Search Engine Optimize) nie adalah:



Search engine optimization (SEO) is the process of improving the volume or quality of traffic to a web site or a web page (such as a blog) from search engines via "natural" or un-paid ("organic" or "algorithmic") search results as opposed to other forms of search engine marketing (SEM) which may deal with paid inclusion


Ahaaa.. mende tu lah ye.. so kalaw korang yg nak improvekan traffic untuk belog2 korang or web korang, kne pi kursus SEO nie... uhuhu.. dan salah satu laman web SEO yang aku suka masuk adalah kat SINI .Dalam tu macam2 korang leh belajar. Rajin ngan tak rajin nyer lah korang nak membeleknye kan.. bagi aku mende nie penting ( cehh.. konon!) sebab kalaw traffic korang lowww jerk, korang pon tak happy kan..











Korang kne alert ( cett.. poyo lagi!) dengan keyword2 yang selalu orang dalam adamaya alam maya nie gunakan. Sebagai contoh, aku bagi keyword2 yang selaluuuuuuuuu orang taip.. ( most popular keyword lah..)





  1. science
  2. health
  3. comics
  4. history
  5. business
  6. humor
  7. music







Bab no#6 tu memang kena lah ngan aku kan, pasal photography but then belog aku pon bukan 100% pasal photo pon.. uhuh~ rojak! campoq2~.. kalu melihat kepopuleraan ( betoi ka?) keyword2 nie, may b korang leh melihat sendiri or analisa sendiri keyword nie.... for example no #5. May be ada orang yang nak guideline how to writing? korang leh bagi lect macam mana nak buat penulisan.. bukan macam aku nie ha.. huuu~ aku bukan seorang penulis aku cuma taw petik shutter jerk.. :P


Ok guys, see next posting... salam.. :D

Apr 27, 2010

Ada apa dengan Lagenda Budak Setan? by shahroll

Salam 1 Malaysia all!

Dalam kesejukan aku bekerja malam hari nie, dah tak der student masuk, so aku bertemankan PC je lah.. belek2 laman web yang boleh membuatkan aku tak tido untuk sampai jam 11!! owhh mann.. lama lagi nie.. skang baru jam 9.50 minit.. hahaha...


Aku bukak laman web para artis2.. best tuh! heheh.. laman web tu adalah Sinema Malaysia dan banyak info2 tentang filem Melayu yang akan keluar dan sudah ditayangkan di pawagam2. Dan jika korang rajin korang leh daftarkan diri korang kat laman web nie..

Then semasa aku tegok2 filem terbaru, ada plak poster nie...


** Lagenda Budak Setan??


Aku dah lame baca novel nie dulu karya Ahadiat Akashah!.. masa aku darjah 6 lagi aku dah start bace novel dan novel2 karya Ahadiat lah yang selalu menjadi bahan pembacaan aku dulu...tak sangka pulak menjadi sebuah filem.. korang leh baca kat SINI untuk detail nyer... dan semestinya pelakon wanita yang aku minat, Lisa Surihani ada dalam cerita nie.. but, asal hero nyer Farid Kamil jerk?? hero lain xde ke.. :P


Video promo korang leh tgk kat SINI

enjoy! salam.. :D

Layout BARU, so SEMANGAT baru lah! by shahroll

Salam to all! :D

Amacam dengan perubahan blog aku? heheh serba puteh aite? korang suka tak?.. sebab dah lama aku pakai template yg dulu tu.. dah lama nak tuka layout sebenarnya but batasan masa menjadi halangan... cewahh! poyo la ko roll... ye ye je ko.. :P


Aku nak minta pendapat korang pasal layout baru nie.. korang suka or tak suka ke just shout lam my comment.. pada Anonymous, kedatangan anda TAK DIPERLUKAN disini. Harap mak long! hahaha...Ok, jap g aku nak hadap Lisa Surihani dalam Adam Maya..  Roger and out! salam... :D

March VS April by shahroll


Salam to all! :)


Lately nie kerap pulak aku tgk statistik baik di akaun Nuffnang aku tak pon kat Google Analytics nie. Bukan nak menunjuk2 kat korang ( dah ko publish sini wat hape roll!) but just nak share je kot2 korang pon lebih kurang macam aku je kan.. hehe~


Setiap pekerjaan mesti ade measure or ukuran sejauh mana dia boleh pergi.. so macam aku pon nak tgk gak sejauh mana blog FREE aku nie boleh pergi... haa.. klw ramai yang visit, boleh le lebur duit untuk beli hosting and domain kan.. berbaloi lah jugak.. 


Aku banyak gak menjelajah ke belog2 kawan2 lain, dan mereka nie pon super aktif gak mengUPdate... banyak tol idea korang eh.. huhu.. aku kekadang sampai 2-3 hari tak berUPdate sebab tak de bende nak di UP.. actually banyak jugak but tak taw nak start dari mana.. hehe~



**Cilok dari Google Analytics...


Bulan March TAK LAH begitu merangsangkan... ermmm memberangsangkan lah roll! huhu~ cuma de cikitttt je 138 visitor ( 27-31 march) dan April plak (1-26 April) meningkat ke 1,379. Kire oklah tu sebagai blogger "main2" mcm aku nie kan.. hueheu...


Tapi, visitor yang byk dan mantops2 selalu leh dapat Advertorial kan? sure best mende tu.. Aritu Nuffnang pernah bagi sekali Advertorial, macam best la pulak.. hehe.. hope my day coming for that.. yeahhh!!!..

Ok, see later.. salam..

Apr 26, 2010

Kalau bergosip, tempat nie paling best! by shahroll

Salam to all! :D


Korang suka bergosip?kaki gosip? haha~ suka la tu.. lagi2 kalau sebut pasal artis, lagi2 korang suka.. dulu aku tak berapa nak amik "port" untuk bergosip2 nie, dan posting nie pon bukan nak bergosip ke bagai.. bukan..bukan! tapi cuma aku tertarik pada laman web BeautifulNara.com




Disana saya perhatikan, hampir berita2 ter"latest" dari artis boleh anda dapatkan disana. Aktif betul krew2 BN nie ye.. secara personal, saya mengenali pengendali web/ blog itu secara dekat.. cewahhh! Mula berjumpa dengan BN nie masa join Nuffnang punyer event di Modestos dan beberapa kali nampak beliau dalam event Nuffnang yang lain....






** SH with BN ( BeautifulNara.com)


Wa salute sama lu la bro!.. haaa.. bodek? bukan ahh.. not my style memBODEK nie.. ahahah~ sebab pe wa salute sama bro?.. event beliau blogger yang POPULAR gileww, still merendah diri.. bagus bro, ikut resam padi, makin berisi makin tunduk, bukan macam sesetengah blogger yang "ala2 otai" or "mengaku dah otai" tak mau pandang blogger2 baru macam aku nie.. hisss annoying sungguh..terasa kah? bukan kamu kot.. hahah!


Apa lagi pasal bro BN nie?..susah nak cerita semua nyer lam blog sini, kang korang tak percaya plak apa aku tulis, so kalau korang rasa2 nak berjumpa ngan bro (gambar di atas) tu, rajin2 korang join event2 yang Nuffnang anjurkan, insyaallah bro BN nie ada.. kalau ada la.. hahah! :D

Aite, see next posting.. salam! :)

#5 Tutor "Metering System" in camera by shahroll

Salam to all! :D


I did not update for a while about the camera system. This time I will give some information about the importance of metering systems in your camera ( canon, nikon or else..)..Ok lets start!




1) Center Weighted System
- Has its light sensitive cell located in the back of the pentaprism, providing the center of the frame with the greatest sensivity to light. This sensivity decreases toward the bottom and top of the frame.




2) Overall System
- The cells read the entire frame as it is reflected from the shutter curtain or the film. It tends to provide a bias of sensivity toward the center of the frame.




3) Averaging System
- Has two cells in the pentraprism that read different parts of the frame. Their readings are averaged together with a bias toward the center of the picture area.




4) Spot System
- Measures light from a small zone in the center of frame. It requires care and skill to make use of the spot. Its must be pointed at crucial areas of detail in the picture to obtain proper result. Averaging is often employed when working with a spot meter.




5) Matrix Metering
- Most modern cameras have computer-assisted matrix meering. With this feature,the meter is programmed to recognize common lighting situations and adjust the exposure accordingly. Typically the camera`s meter divides the scene into a series of weighted sectors and compares the scene being metered with the light patterns from numerous photographs in its memory.

What rank Malaysia for Internet Usage in Asia? by shahroll


Salam 1 Malaysia! Hello world! :D

Monday today and like usual so lazy today.. haha~ Woopz! Apelah aku nie, kerja pon malas ke.. tak leh2.. kne kija betul2.. hehe~ Ok guys, korang suka tengok pada data2 tak? mane yang dulu amik course accounting, pasti hari2 dok hadap number kan.. tapi tu bukan aku.. :P



Interner Usage in Asia saja mencecah 3,808,070,503 urghhhh.. banyak siot! sapelah penyumbang terbesar kepada penggunaan internet nie ye.. jom tgk statistik nie..




**source : LINK


See? untuk Asia je tuh.. memang kita taw yang penduduk Asia ataupun benua Asia nie memang lah luas.. luas sangat! Sebab tu orang2 Eropah pon pasarkan barangan dagangan mereka kat sini.. well, sape tak boleh jadi kaya dengan kerja hanya menghadap PC or lappy je.. i mean kerja sebagai "peniaga" di dalam alam maya..


Sebagai contoh, jika anda provider hosting, dengan banyaknya orang sekarang yang mampu memiliki hosting sendiri untuk membina laman web ataupun blog, pasti meraih keuntungan yang besar kerana usage yang begitu ramai sekali. Maka byk company2 yang menjadi pembekal untuk menampung permintaan yang semakin hari semakin mendadak naik.


Di bawah pulak, TOP 10 negara di Asia yang menggunakan Internet sepanjang tahun 2009... :D





Cuma beza 0.8 millions saja daripada Thailand.. so  pikir2 kan dan renung2kan bersama... Malaysia kena bukak kelas untuk penduduk luar bandar tak? wassalam...

Apr 25, 2010

Perlu ke "HATERZ" di dalam blog?

Salam to all :D




Today im bring my mOm to studio sambil temankan my siblings buat kerja2 sekolah dan mencari bahan di dalam web. Tak lama kemudian just go to Jakel yang baru dibuka kat Shah Alam nie.. then im back to studio ambil equipment untuk go to I-City this night.. yeahhh!




Okeh, ahad yang simple untuk minggu nie.. selain UPdate sedikit info tentang Jakel tadi.. Aku nak tanya kat korang la eh, perlu ke HATERZ dalam blog personal seperti blog aku nie? Aku tak pernah bermimpikan untuk berblog untuk berMUSUH!




Jika korang TAK SUKA dengan blog nie, korang leh BLAH! tak payah nak add URL aku nie segaia BOOKMARK korang. Aku tak perlukan MUSUH... aku cuma perlukan orang yang memerlukan aku sebagai tukang gambar... if u have problem with me, just FACE 2 FACE with me.. 




Aku cabar yang ada dalam nie yang sedang membaca post nie, apehal yang korang tak puas hati ngan blog aku nie ek? ke sebab aku masuk contest nie???? hahaha nie aku seronok2 baii.. kalau tak terpilih aku ok jerk, tapi kalau aku TERPILIH, kena terima lah! uhueheu~ 




Ok lah, aku MALAS nak layan orang2 cam nie.. so enjoy your life Ok.. salam.. :D







Review : Wisma Jakel di Shah Alam by shahroll

Salam to all! :D


Semalam aku pergi ke pembukaan untuk gedung textile terkemuka iaitu Jakel Trading. Aku pergi bersama mak dan adik lelaki aku. Dalam jam 3 gak aku sampai sana dan sampai2 jek, penuh dengan orang ramai yang ingin melihat gedung yang terbesar dengan 80 ribu kaki persegi dan mempunyai 4 tingkat




** can find me? ahaha reclection pulok.. am use my Nokia je.. :P
semua baju2 diperagakan oleh Zahnita



**Bunga2 yang diterima oleh Jakel Trading ( kawan2 business mereka..)


Banyak promosi2 hebat dari Jakel nie... dari bahan baju sampai lah ke bahan langsir level 2),persiapan perkahwinan (level 3) dan paling best, jika anda berkunjung dari semalam hingga 10 JUN 2010, boleh menikmati diskaun sehingga 85%!!.. berbaloi sungguh...


Kat mana? Jika anda tahu dimana letaknya UiTM Shah Alam ( Kampus Induk), Wisma Jakel berhadapan dengan pintu belakang ( pintu masuk) UiTM.. anda akan nmpk dari jauh gedung ini kerana hiasan luarannya yang berwarna terang dan cantik sekali ( seperti istana) dan mempunyai daya tarikan kepada orang ramai yang lalu lalang disitu..

Apr 24, 2010

Apa yang korang buat pada Hari Bumi


                                                        Hari Bumi




Slide nie aku amik dari SINI. Pagi tadi di office aku ada buat majlis pelancaran untuk Hari Bumi nie yang di lakukan di ruang legar level 2, PTAR 1 yang dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, En Haroon Wee Ah Boo dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar 
(JAS).


Majlis bermula pada jam 8.30pagi dan pelbagai acara yang menarik telah dilakukan. Aku gak yang tak berkesempatan nak join sebab de beberapa perkara yang aku kne setelkan. Seronok gak la banyak game yang disediakan macam aku pergi Gatsby aritu..

Korang enjoy lah dengan informasi dalam slide show tu k.. salam.. :D

Apr 23, 2010

Blogger setaraf Artis what by shahroll


Salam to all! :)

Haaip,hari nie mungkin hari rajin buat insan bernama Shahrul Hairy nie kot? hahah~ Ok, semasa aku chek mende feedjit kat sidebar sebelah tu, aku ada ternampak satu LINK yang tak pernah aku nampak selama nie ( mungkin tak perasan.. sorry eh! :D ) masuk dalam my blog.. so aku pi ke sana jap untuk tengok2...


What i found it? Ok, pemilik blog tu mungkin namanya Abu dah aku rasakan seorang blog yang "Sah". Maksud aku blogger yang betol2 blogger la, bukan jenis SPAM punyer... heheh~ so aku belek2 blog beliau and then terrrrjumpa sidebar nyer yang belah kanan tuuuu...






** Dari Blog ABU


" Abu layan Blog CELEBS ni ".. WHATTT?? aku dah jadi selebriti ke? uikk.. adakah?adakah?adakah?wooo~ UNbelieveable... ke Abu sajeee je nak perli kot?? Komen sket Abu.. uhuhu~ tapi antara lain link2 yang Abu letak adalah:


Aznil Hj Nawawi ( Pak Nil ) :http://aznilnawawi.blogspot.com/

Faizal Tehrani ( my fav author! ) :http://tehranifaisal.blogspot.com/

Mazidul Akmal Sidek ( my fav bloggers! ) :http://mazidulakmal.blogspot.com/

Linda Onn ( my fav Dj era! ) :http://linda-onn.blogspot.com/

( semuanya celebs2 ok... gulp!)

Aku agak terkesima.. bukan takashima lah! hahahah.. im speechless now.. what your comment?

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...