[info] Wiggy Prepaid from Green Packet One by shahroll

Saturday, October 02, 2010 SHAHRUL HAIRY DOT COM 2 Comments

Salam all! =D

Manusia sekarang memang tak boleh dipisahkan dengan dunia online (maya). Sebab itulah banyak syarikat-syarikat sekarang more push pada pasaran internet. Begitu juga dengan syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan jalur lebar iaitu broadband yang sentiasa komited untuk menaiktaraf serta menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada.

Green Packet One Sdn. Bhd, syarikat yang mengeluarkan P1 Wimax satu jenama unggul di Malaysia dengan pelaksanaan 4G nya yang baru memungkinkan segala yang fantasi menjadi realiti. Perkhidmatan jalur lebar ini yang sudah bertapak lebih 2 tahun di Malaysia ini, mengorak langkah lagi dengan memberikan perkhidmatan yang terbaru, Wiggy Prepaid.
** Akaun Wiggy Prepaid saya (shahroll). Interface yang friendly user.
Menu yang hanya perlu untuk topup WP ini.

Saya telah dihubungi oleh pihak careline P1 yang menawarkan saya Wiggy ini dengan PERCUMA. Kenapa saya diberikan percuma? Sebab dalam surat yang saya terima tempoh hari mengatakan, saya telah loyalty bersama P1 selama 2 tahun, dan saya termasuk di dalam akaun " Loyalty C".

Dihantar melalui courier, saya menerima 1 unit x US230 Wiggy pada hari Ahad. Sangat cepat penghantaran nya, tidak sampai 3 hari. Syabas pada P1 Wimax yang sentiasa komited terhadap kepuasan pelanggan.

Antara lain kandungan surat yang diterima,

..." Thank you for participating in our Loyalty Rebate Program. The rebate will be reflected in your monthly bill as scheduled. Enclosed is the Mayflower Travel Voucher worth RM100*. Once again, thank you for your continuous support for P1W1max. We look forward to enabling you to explore more discover more and learn more!.. "
** Saya telah cuba di PC | Signal yang diberikan 2 bar | boleh melayari FB dan Youtube dengan kadar yang memuaskan di Klang

** Network yang ada di PC saya sekarang | 1 untuk Wiggy Prepaid dan 1 lagi untuk modem yang besar

** pilihan samada RM 20 ringgit atau RM 50 ringgit topup untuk Wiggy Prepaid.

Pilihan di tangan anda. =D salam!

2 comments:

Kancilbiru said...

wiggy prepaid ni bagi aku mahal caj dia. tapi service P1 memang tip top ar..tabik!

KB:

Harga yang perlu dibayar setimpal dengan kualiti.. yeahh!! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...