Loading...

Sep 20, 2010

[food] Lunch at the Noodle Station at Shah Alam by shahroll

Salam all! =D

Aku lunch solo tengahari tadi. Kawan aku kerja malam, so dah makan kat umah. Aku dari aritu dok nak sangat rasa mee kat Noddle Station tu. sedap sangat ke? ehehe.. aku try usha2 gak laman web NS nie, sekali terliur daaa.. tergugat gak lah ke"dietan" aku ni =P

So, tepat jam 1, aku terus ke NS kat seksyen 2, Shah Alam. Dekat je dengan office aku. Kalau korang tak tahu gak mana tempatnya, tengok gambarajah dibawah.. hehe~
** Tempatnya dekat dengan SACC MAll

** Berdepan pulak dengan Quality Hotel

** Noddle Station! =D kedai dia kecik je | Diantara Secret Recipe dan Uncle K

**Lunch time.. memang ramai T__T

**Buku menu yang cool

** Kan aku dah cakap =D Aku try amek set no#5 

** Tak cukup pedas? ade je cili tambahan | Cili jeruk

** Ice Lemon Tea | Terbaik!

** Nie set awal aku dapat | Prawn Tempura & French Fries


** Ada sup sekali | Sedap sup dia | Tak de bau halia.. heheh~

Overall, aku leh bagi 4 bintang dari 5 lah. Kedai bersih, nyaman ada aircond dan yang paling penting, service dia best. Ko duduk dah ada orang amek order. Kan best? dan dorang nyer service hanta makanan pon tak lambat sangat.. average la.. =D

Dari segi harga pulak, korang tak yah risau lah. Tak de mahal sangat. Kira berpatutan jugak la harganya. Bagi aku, benda sedap dan best, kira berbaloi lah dengan duit korang tu...

Ada sesiapa nak belanja aku?? Kalau ada, jangan segan2 tepon aku k! haha~ Salam!

4 comments:

ken said...

yum yum =)

Shahrul Shaharuddin said...

Ken:

Yummm yumm.. hehehe~

cik fiza said...

mcm sdp jek.. nnt nk cuba laa :)

Shahrul Shaharuddin said...

Cik FIza:

Yeahhh!! memang sedap! =D cuba k!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998