Loading...

Sep 9, 2010

[Feel] Raya tahun nie "kosong" by shahroll

Salam all! =)


Baru terbangun dari tidur, terus bukak PC untuk hapdet. Gila tegar kah aku? =P, apa pon raya nanti aku akan "hilang" dalam beberapa hari gak la untuk beraya sana sini. Naseb baik tak de laptop ngan broadband, kalau tak kat rumah orang bertandang aku hapdet! hahaha~


Aku tak de mood raya tahun nie. Entah.. langsung tak de. Bukan tahun nie je aku rase cam tu, dekat hampir 2 tahun kot sebelum ni. Mungkin aku lebih sayangkan Ramadhan dari Syawal, mungkin... =_=~


Sampai sekarang nie pon aku tak beli pape lagi. Harap baju Melayu je lah mak aku dah sound beli awal2, tu pun mak aku yang heret ke kedai baju tengok baju melayu yang mana sesuai, law tak memang haram nak ada baju Melayu..huhu~


Aku tak suka nak bermewah2 time raya, sebab impak dia masa lepas raya.Hazabb! bukan nak berkira sangat, but memang cara aku cam tu kot. Kalau dulu beriye2 ajak kawan g Uptown lah, Downtown lah.. skang nie lepak beli baju kat Yue Lee je kat Tanjung Karang.. murah pun murah.. malam nie aku beli kat sana..


Awal Ramadhan dah aim nak beli Kasut Nike, pikir balik better beli kasut kulit. Boleh buat kerja sekali. Kasut sport dah banyak lam almari kasut, kasut kulit je yang takde.hehe~ jangan terkejut aku g office kadang, pakai kasut sport je.. =P


Kat kejiranan aku ramai orang Sabah, specially orang Bugis. Ada satu makanan yang dipanggil "buras" dan dimasak macam masak ketupat tu, tapi nie pakai daun pisang. Sedap? pergh.. memang best.. korang patot cuba.. =D Dorang best jek aku tengok, semangat raya untuk esok, even doang jauh datang dari Sabah..cool!


Cuma satu je aku nak pada Hari Raya nie... cium pipi mak and abah... **cry** SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada korang2 semua, kawan2 blog,kawan2 FB.. semoga kita jumpa lagi Ramadhan akan datang.. Insyaallah..


Salam!



4 comments:

intanurulfateha said...

dah x de hairi
so, rse mcm x best raya kali ni :"(

Shahrul Shaharuddin said...

Intan:

But, u ol kawan g kan.. tak pelah ade jugak Hairi kan.. even kawan pun =)
Selamat Hari Raya Intan! Be taf k..

najib said...

selamat hari raya blogger

Shahrul Shaharuddin said...

Najib:

Selamat Hari Raya Najib! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998