Loading...

Sep 7, 2010

[Busy] Untuk beberapa ketika ini by shahroll

Salam all! =D


Hampir-hampir aku terlupa aku ada blog kat sini! hehehe~ sangat menjengkelkan lah Roll.. sampai hati kau nak lupakan belog yang banyak berjasa bagi kau duit kawan-kawan dari Innit nie ye!.. huhu. Bukan lah, korang nak tahu apa yang busy sangat2 tuh?


Raya
Sekarang dah dekat2 nak raya, so memang agak sebok nak beli baju kameja, kasut Nike, tshirt Polo, jeans Levis untuk aku punyer lah. Aku tak beli pape lagi nie wehhh!! Baju Melayu dah siap2 aku beli je tahun nie, tak tempah pon =_=~
lagi jimat dan muuwwwrah! untuk mak abah aku semua dah rasanya, cuma mak nak beli kasut yang dah di aim di Klang tempoh hari.Cantik! =D


Adik2 aku lagi meriah! Siap baju 2-3 helai kau!.. hahah budak2 memang cam tu, semangat raya memang memuncak, macam aku jugak dulu. Sekarang hampir 3 tahun kebelakangan nie, "mood" raya tu dah kureng.. korang?




Selangor Bloggers Group
Korang dah tahu pasal nie? kat side bar aku, aku dah letak kan logo tu dan direct link ke Facebook group dalam tu. Actually sekarang nie, aku tengah develop website dan blog yang Official untuk group nie. Aku sangat2 exited ngan group nie sebab dah ada ahli seramai 76 orang dalam masa 2 hari. Thanks to all yang sudi join.


Group nie bukan untuk tujuan yang salah, kita ada misi. Apa misi SB nie? Ok, untuk sekarang, misi dia nak mensasarkan seramai mana yang mungkin blogger-blogger di Selangor untuk join nie. Kita boleh tengok apa "angka" boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.


Sebagai contoh, jika ada events yang ada dan ditawarkan, memang menjadi priority kepada ahli Selangor Bloggers yang AKTIF untuk turut serta. Lebih kurang macam tu lah =D


Assignment
Purghh~ nie yang lomah nie nak cerita. Hehe~ ada 1 assignment yang belom lagi siap. Untuk Public Speaking nyer part. Untuk part 1 nie, kena informative speech, aku cerita pasal blog lah. Nak cerita pasal photography boleh, tapi aku nak simpan untuk second speech nanti lah. Kalau cerita pasal blog, memang dalam tangan aku lah (bukan nak tunjuk hebat sgt...) tapi Insyaallah, setakat mana aku leh sampaikan nanti lam kelas, tu je lah yang aku mampu.. hehe! So, if Puan Shahnum read my post, please! Give me extra mark! hahaha...


Ok all, jom bersahur.. haha aku tak tido lagi nie wehh.. baru UP kan Selangor Bloggers nyer blog. Nak tgk? belom siap g.. hahha~ later k.. salam!


6 comments:

hamzah ian said...

hensem bro gmbr.. hahah

Shahrul Shaharuddin said...

Hamzah ian:

muahahaha~ ko lagi hensem hamzah! hahhaa.. jgn lupe promote Selangor Bloggers k! =D

FarHa said...

salamm..
nak ty laa..
yg vouncher adiah tu mcm mana ek?? hehe sbb kureng kefahaman hahaha

Shahrul Shaharuddin said...

Farha:

Wslm, ye boleh je tanye.. =D
Ok, voucher tu, yang bernilai RM150, Cik Farha boleh gunakan untukmenggunakan perkhidmatan dari Shahroll Photography (saya punya company) untuk samada Wedding, Convocation ataupun Portraiture.

Example, Cik Farha nak pakai voucher tu untuk perkahwinan Cik Farha nanti, so bila Cik Farha nak guna photography service, boleh menggunakan voucher itu tadi.

clear tak Cik Farha? =D

FarHa said...

ooo...faham leh guna..means nanti pe lagi pakage tu wedding tu ek?? leh tak explain kat email sy hehe

farha.kimah@gmail.com

tq~ ^__^ (ramai yg jeles sy dpt vouncher nih heheh)

Shahrul Shaharuddin said...

Farha:

sudah diemelkan kepada Cik Farha =D terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998