Loading...

Jul 31, 2010

Last night at Laman Budaya, Shah Alam by shahroll

Salam all! =D


Update from library now. Haha~ sambil-sambil carik bahan untuk assignment, blogging jap. Ok, tak yah buang masa sangat, cerita semalam nie. Aku pergi ke Laman Budaya untuk menghadiri majlis AKAR yang dulunya dikenali sebagai Layar Tanchap.


Majlis nie dah lama aku tak pergi, Alhamdulillah semalam aku sempat pergi untuk berjumpa rakan2 aliran seni nie dan juga menanti rakan dari bangi yang tak berkunjung tiba! huhu~ penat aku wehh tunggu.. hoho~ tapi semalam walaupun hujan agak lebat belah petang, syukur masih ramai yang datang.


Majlis sepatutnya bermula jam 8 malam, tetapi untuk set-up semua bagai, dalam 9.00 malam baru start. Betul2 aku baru sampai baru doang mula lah. Jemmed teruk di Klang menyebabkan ketidaksabarandiriku menjadi panas! huhuh~


Ramai performer yang baru-baru dan otai macam Fynn Jamal ( Akademik Keynote) pastu ada pelontar kata (penyajak), M.K Farhan ( Monolog) dengan tajuk "Emak", serius aku suka deliver MK Farhan, ramai mata berkaca beb! huhu~


Lain2 performer, Syazwan ( Rapper) yang menyampaikan 2 buah lagu, semua best! Pastu Azreel Azhar juga menyampaikan 2 buah lagu, pon sedap jugak! Aku expect ko bawak lagu "Mahbubku" layan dowh lagu tu.. huhu~ cuma Puan Jay aku tak nampak.. ke tak de? hehe~


Pastu, exhibition dari students UiTM Shah Alam & The Geng yang menamakan diri dorang "Alif Ba Ta". Banyak gambar2 yang menarik dipamerkan di sudut gantung. Tidak lupa juga dengan sudut grafiti yang best dibuat backdrop untuk bergambar.


Malam tadi juga berkesempatan berbual mesra bersama Encik Supin Ahmad ( Ian) yang begitu komited meng-cover majlis nie untuk NSTP. Masuk paper ke bro? heheh.. make sure gamba aku pon ade la eh!? ahahah.. =P


sedikit photos untuk korang.. lain2 leh tengok lam SH iMAGE Facebook k! =D






4 comments:

Che Armster said...

perghh lama siot tak pegi.. last masa still nama "Layar Tanchap"

Shahrul Shaharuddin said...

Che Arm:

Haa.. bro dah wajib kne datang bulan 11 nie k! huhu~ ramai performer yg best2.. =D

JayFarhana said...

Puan Jay memang takda dengan Azreel Azhar sebab Puan Jay bukan sessionist Azreel Azhar. hanya suami Puan Jay dan bandmate Puan Jay yang sorang lagi je sbg sessionist Azreel Azhar itu ketika itu :)

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Jay Farhana:

TERIMA KASIH!! Puan Jay macam mana leh sesat sampai blog cikai saya ni? ish2.. malu deh!!

Pape pon, thanks sudi komen kat sini ya! =)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...