Zahnita dikenakan saman RM15 juta! Mana dia ada duit??

Tuesday, June 15, 2010 SHAHRUL HAIRY DOT COM 2 Comments

Salam all! pagi semua...


Tadi masa balik dari pejabat sumber manusia, aku pergi singgah ke kedai buku UiTM untuk selak-selak surat khabar dan terpampang satu kolum kecik pazal Zahnita. Yup!.. Zahnita yang pelakon dan model yang shannntek tu! Apesal ade orang saman dia nie eh? RM15 juta lak tu.. bukan sikitt owwh~




** Photo courtesy by Shahrul Hairy Shaharuddin ( SH iMAGE)


Ini disebabkan gara-gara pihak yang menyaman beliau, menggunakan foto-foto beliau TANPA KEBENARAN oleh model tersebut. Beliau hanya memfailkan RM2 juta untuk tuntutan, tetapi dibalas oleh pihak yang mendakwa beliau dengan RM15 juta. Fuahhh~ gile betol la "pihak" itu... dah terang-terang ko salah ko nak saman orang pulak! 

Ni ayat orang paper pulak!

KUALA LUMPUR - Dua hari selepas pelakon Eja memenangi saman RM20,000 terhadap syarikat Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. (Gulatis), kini giliran model dan pelakon Zahnita mengambil langkah serupa terhadap syarikat tekstil terkenal itu.
Berbanding Eja atau nama sebenarnya, Siti Sharizah Saifudin yang menuntut RM240,000, Zahnita pula membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM2 juta terhadap Gulatis atas dakwaan menggunakan gambarnya pada papan iklan syarikat itu tanpa kebenaran.
Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 24, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam menerusi peguam Muhammad Hasif Hasan dari firma Tetuan Ahmad Zaini & Partners.
Zahnita yang ditemui media berkata, tindakan tidak bertanggungjawab Gulatis yang telah memaparkan gambarnya tanpa kebenaran telah menyebabkan dia kehilangan kontrak bernilai RM2 juta.
"Bila saya hantar surat menuntut jumlah berkenaan sebagai ganti rugi, Gulatis bukan sahaja tidak melakukan apa-apa, malah telah mentertawakan saya. Tuntutan saman ini untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak berbuat sesuka hati," katanya.
Dalam writ saman tersebut, plaintif menamakan Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. sebagai defendan dalam kes itu.
Plaintif mendakwa pada 25 Januari 2008, dia telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bermula pada Januari 2008 bagi dimuatkan dalam majalah Pesona PengantinNona dan Keluarga.
Dakwa plaintif, pada 30 Mei 2008, syarikat Jakel Trading memberikan surat tunjuk minat kepada plaintif bagi menjayakan satu projek usaha sama bernilai RM2 juta dan ia dipersetujui plaintif.


Apa nakk jadi daaaa... =_= ~

2 comments:

kenwooi said...

that's really alot!

Kenwooi:

Yup! how can Zahnita pay?? so "clever" the company blame other ppl.. huuh!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...