Loading...

Dec 31, 2009

Ada apa dengan statistik?






** Stat-Counter Statistik




** Nuffnang Statistik



Salam to all readers...


Ada lagi beberapa jam saja lagi untuk menyambut TAHUN BARU 2010, tapi kerja2 mengUPdate blog tidak mengenal masa, samada tahun baru ke, tahun baru cina ke.. haha, apelah SH merepek nie.. aite, Ada Apa Dengan Statistik bagi korang??Adakah semata-mata untuk suka2? Untuk dipaparkan dalam blog macam SH buat nie?? hahaha~ ape pon jawapan anda, SH ucapkan TAHNIAH!




Apa takrifan pasal statistik nie eh??ikuti bacaan dibawah nie:-



Statistics is the science of making effective use of numerical data relating to groups of individuals or experiments. It deals with all aspects of this, including not only the collection, analysis and interpretation of such data, but also the planning of the collection of data, in terms of the design of surveys and experiments.
A statistician is someone who is particularly versed in the ways of thinking necessary for the successful application of statistical analysis. Often such people have gained this experience after starting work in any of a list of fields of application of statistics. There is also a discipline called mathematical statistics, which is concerned with the theoretical basis of the subject.




tak jelas eh bagi korang?? xpe2 SH bg translate kan.. :)



Statistik adalah ilmu mengefektifkan penggunaan data numerik yang berkaitan dengan kumpulan individu atau eksperimen. Ini berkaitan dengan semua aspek ini, tidak hanya termasuk pengumpulan, analisa dan penafsiran data tersebut, tetapi juga perancangan pengumpulan data, dalam hal design survey dan eksperimen.

Seorang ahli statistik adalah seseorang yang sangat berpengalaman dalam cara berfikir yang diperlukan untuk kejayaan pelaksanaan analisis statistik. Sering kali orang-orang seperti telah mendapatkan pengalaman ini selepas mula bekerja di salah satu senarai aplikasi bidang statistik. Ada juga suatu disiplin yang disebut matematik statistik, yang berkaitan dengan dasar teori subjek.



Haa, tu lah dia serba sedikit tutor untuk paper Statistik ( bisnes) untuk hari ini.. haha~ macam pensyarah kat UiTM lak rasenyer.. hermm.. cakappasal pensyarah, TAHNIAH pada yang dapat ke skim Tenaga Pensyarah Muda (TPM) bagi sesi 2009/2010.


Attention pada kawan2 SH yang dapat TPM, nie lah masanya korang menunjukkan "kasih" dan "sayang" korang kat kawan2 ye... NAndosssss satooo!! hahahhahh!!! :P wassalam... 



Dari Klang ke Kuala Langat by shahroll



Salam to all readers....




Entry kali nie adalah job yang terakhir untuk tahun 2009. Job kali nie adalah majlis pertunangan di Sijangkang batu 8, Kuala Langat. Tema untuk pertunangan adalah putih+biru. Sebanyak 11 dulang hantaran yang diberi kepada pihak lelaki dan dibalas sebanyak 11 dulang juga. Kepada Hamra, Selamat Bertunang dan harap akan berlanjutan hingga ke jinjang pelamin,Insyaallah... :)






Gelak,tawa dan senyuman yang diberikan cukup senang sekali memberi kerjasama kepada SH untuk merakam kan detik2 manis semasa majlis berlangsung.. hope dapat bekerjasama lagi dalam majlis perkahwinan Hamra ye! huhu.. enjoy untuk beberapa gambar semasa bertunang tempoh hari.. wassalam...







 




































Dec 28, 2009

Gathering part #3 by shahroll






    













Salam to all readers...


just sambungan dari part #2 untuk gathering "Bersama Blogger Mazidul" di FRIM, banyak kisah2 yang dikongsi bersama antara blogger dan juga dengan bro Mazidul. Dengan pengalaman2 beliau yang sedih, marah, rasa terhina ( wahaha, nie mmg tak leh blah!!) then dengan pengalaman cucuk jarum di perut bro Mazidul ( nie lawak siut!) heee macam2 lah... dengan kata lain mmg perwatakan Mazidul di depan kaca tv memang lari jauh di dalam alam realiti... heheh~




Banyak makanan tak sempat SH & NF ( gambar NF di bawah sekali tu ye..) banyak makan mende2 ringan je cam dadih and air.. kenyang dengan lawak jenaka para blogger dan juga rakan2 lain disitu. Selepas tu, SH request nak bergambo sesama dengan diorang, tetapi bro Mazidul membuat "cubaan" untuk meng-keciwa kan SH dengan berkata " Dah maik dah gambo tadi.. untuk yang datang awal jerkkk~".. huaaahhhh!! sangat keciwa la ngan lu nyer statement.. heuheue.. tapi dia memain je finally dapat gak bergambo sesama!! hehe...




Dah kemas2 nak balik dah nie, sempat tapau biskot yang diberi oleh pihak penaja iaitu EXOTIC MERGER ENTERPRISE 001860001-X ( promosi free nie!) terima kasih dengan biskot anda yang sedap tu k!! :).Bertukar2 kad perniagaan menjadi satu kemestian bg SH untuk "keep in touch" jika ada peluang untuk masuk mana2 peluang yang boleh diguna pakai kan untuk maju lagi yeahhh!!..




Ok, selesai dah misi "Gathering Bersama Mazidul" dan jumpa lagi di lain pertemuan. Hope korang2 yang bace entry nie, dapat follow dari mase ke semasa untuk mengetahui bila pertemuan selanjutnya akan diadakan.. heee~ wassalam..


Dec 27, 2009

Gathering part #2 by shahroll







Salam to all readers...


Semalam, Shahrul dan my lovely pergi ke FRIM, Forest Research Institute Malaysia untuk menghadiri satu pertemuan blogger yang diketuai oleh blogger bernama Mazidul Akmal Sidik ( MAS). Dari Klang ke Kepong mengambil masa selama 1 jam, bawak kereta relex2 la kan, kalau lajuuuu jek ada laa dalam setengah jam korang dah sampai kot.. heee~






Dah dampai ke FRIM tu, masalah plak mencari "Geng Gath" nie.. so, dalam 1 jam plak dalam FRIM pusing2 mencari  group nie. So, dengan bantuan rakan yang bekerja di FRIM nie gak, akhirnya sampai jugak ke tempat air terjun nya. Dalam masa yang sama, tak pasti lagi kat sini ke kumpulan gath nie berkumpul.. 




Dengan rasa hampirrr putus asa, SH & NF mengambil keputusan untuk "let-go" saja gath tu.. dalam hati agak keciwa, tapi Allah mendengar "kesedihan" SH tu,langsung dijumpakan teruss dengan geng gath tu.. Alhamdulillah, masuk2 je dalam kawasan air terjun tu, dah NAMPAK mereka berkumpul2,bersembang2,berketawa2... wah2 best nyer! :) :)






Banyak makanan seperti mee goreng,bihun,roti macam beger kecik tu, then jelly,dadih ( sedappp oo sape buat nie? hehe), nasik goreng,kacang, air mineral,jajan dan banyak lagi lah. Segala macam spesis makanan lah yang ade :)






Ada dalam 32 orang yang hadir disitu. Namun cuma beberapa blogger saja yang sempat SH bersosial seperti Azrul, MAS,DJ Epoi,Kak Azizah & Rahmat dan yang lain2 maaf tidak berkesempatan tapi next time insyaallah dapat berkenalan dengan kamu semua... :)




Penat dah membebel. huheue~ so nice to meet up u olz. Hope see you again. Sedikit buah tangan dari SH untuk tatapan kalian. Wassalam....




















  









 















Gathering di FRIM bersama blogger Mazidul Akmal Sidik and friends! by shahroll






UP 1 photo teaser for this gath. Nantikan UPdate seterusnya untuk laporan dari SH.. :)

Dec 26, 2009

Etika seorang JURUGAMBAR? by shahroll

Salam to all readers...


Selamat pagi Sabtu! wahh, agak awal SH bangun hari ni.Entry nie pon dah lama pending actually, mengumpulkan maklumat dan analyz sumber2 dan data2 yang ada supaya tak menyimpang apa yang nak SH sampaikan nanti... :)




Ok u olz,just straight to the point, apakah pendapat anda tentang seorang jurugambar or bahasa "glam" nyer photographer yang telah berjaya menawan hati para pelanggan pada awalnya tetapi dalam membuat assignment,ada kata2 kurang manis dari sanak saudara dan yang lebih malang sekali dari pelanggan itu sendiri... so HOW?




SH ingin membincangkan isu etika ini bukan untuk para "peng-capture" saja, untuk semua lapisan masyarakat. yes, untuk semua.So, sila baca dengan dada yang lapang.. hehe, Aite, kita teruskan lagi. Apa yang kurang manisnya itu? SH cuba listingkan beberapa permasalahan yang sering pelanggan TIDAK MAHU kan...




1) LEWAT. untuk seorang photog yang sememangnya bekerja sepenuh masa,isu ini tidak timbul kerana masa yang diperuntukkan memang cukup untuk sesuatu tugas.Bagi yang freelancer2 seperti SH, cuba ELAKKAN mende nie jika anda ingin berjaya dalam bidang pengimejan digital. Ia tidak akan membawa anda sebarang produktiviti jika anda seorang yang "lewat"!




2) IMEJ YANG SALAH.Satu elemen yang sangattttttttttttt lah penting di dalam apa-apa majlis/ event. Jika majlis perkahwinan, pakai yang sesuai dan selesa untuk membuat kerja.Untuk majlis2 sepeti makan malam bersama raja ke,sultan ke sure ada protokol dan kod etika pakaian untuk istana kan? haaaa tu diaa...Jangan ikutkan keselesaan anda tapi "menyakitkan" mata orang lain disekeliling majlis itu. Walaupun anda seorang yang powerrr  sekalipun dan menghasilkan gambar2 bermutu, 20% promosi anda akan down jika imej tidak sesuai dengan majlis.




3) INTERAKSI YANG HAMBAR. Pelanggan anda adalah manusia, bukan robot!so, berkomunikasi dengan kadar yang kerap tetapi bukan selalu. Maklumlah dalam majlis kan, kalau selalu sangat, karang rimas pulak tetapi itulah cabaran namanya... huhuh~ jika muka ketat sekalipon, anda seboleh2nya membuatkan mereka ketawa dengan natural dan bukannya dibuat2.. dengan "natural smile" akan terakam didalam foto dan hasilnya.. superb!






Actually, dalam pemerhatian SH ada banyak listing tetapi jika dirangkumkan ia menjadi 3 point ini saja. Fuhh~ 3 je rupanya tetapi selalu "miss-look" oleh para peng"capture" baik mana2 golongan photog sekalipun.Dan untuk pengetahuan, di dalam Parlimen Malaysia dalam Akta 332 ( Law of Malaysia) copyright act 1987 ada menyatakan tentang etika ini. Rujuk di SINI




have nice read, wassalam... :)

Dec 25, 2009

HITAM tu best! by shahroll


Salam to all readers...




** Photo "Silhouette" by SH


Foto diatas SH capture semasa di Terengganu tempoh hari. Agak seronok menengok keindahan pantai kat depan resort tu, sambil2 snap picture orang2 disitu,main2 pasir, buat nama atas pasir.. ahHHAa~ agak teruja ok.. :P . Dan, semasa memalingkan muka ke arah resort tu, seorang pakcik melepakkan dirinya sambil menikmati angin pantai yang sangat sedap masa tu... sangat sedap.. tak tipuw punyer.. :)



Kalau korang nampak la kan, ade seorang pakcik ngan motosikalnya. Nampak tak?? kalau tak nampak g beli cermin mata kat Fokus Point k! uheue.. Mungkin klw SH tak mention korang tak nampak la tu.. huu~ Masa nie keadaan tak la "segelap" nie, masih lagi terang dalam jam 6.00 petang cam tu...



Setting camera yang menyebabkan gambo tu ala2 "senja". Tu lah kelebihan DSLR berbanding dengan kamera jenis lain. Kenapa selalu hitam tu best? i mean foto yang berunsurkan HITAM nie lah... check it out~




Why black and white, when colors are so brilliant and images so easily seductive?

Because.....

The answers are many, and call me old fashioned, but black and white, the original art that inspired Sir John Herschel to coin the term "photography" drawing with light will always have a rightful place in the pantheon of legitimate art forms.

Because it's an easily learned technology although the best take years to master it and even a beginner can expose, develop and print his own images. Because few pleasures match that of watching an image slowly emerge on paper, beneath a red or amber safelight.


Because despite the claims for color printing products, as far as we know black and white prints last much longer than color.
Because black and white has an inherent dignity.

Because color, especially in the hands of an amateur how many photographs of sunsets have we seen, masquerading as "Art"? has the facile attraction of an easy woman. (Which may be why we see sunsets in so many advertisements.)

Black and White is both the simplest, and the most sophisticated of photographic disciplines.



** Source from SINI

:) itulah dia... have nice read! wassalam....

Dec 24, 2009

BEST kah BerBLOG nieh?? by shahroll

Salam to all readers...


Sudah ke korang membaca Kosmo! hari nie?? Sangat gerun bile membaca pasal INI .Mengucap panjang bila mende nie di khabarkan oleh pihak Geofizik. Masih tidak sedar "bencana" ini berlaku disebabkan oleh "kita" juga? fikir-fikirkan...


**.............................................................................................................**



Baiklah, SH teruskan untuk topik kali nie " Best kah Berblog nie"?. Sebenarnya, pelbagai pendapat dan andaian tentang best ke tidak anda berblog. Tidak kecuali SH yang baru2 saja dalam dunia blog. Bukan mencari2 publisiti, jauh sekali untuk "glamour". Glamourkah berblog? satu isu yang berbeza :)



Baik,SH meletakkan diri sendiri di dalam penulisan nie. Saya berblog untuk menceritakan peristiwa2 (moment) yang best bersama keluarga, kawan,kekasih serta pelanggan2 SH. Banyak kan tu skop untuk SH bercerita dan dijadikan modal untuk meluahkannya di dalam blog yang tak seberapa nie. Bagi anda yang baru saja mem"follow" blog nie, jangan harapkan SH untuk memberi segala tips2 yang berkaitan dengan penggunaan kamera,editing tu semua... BUKAN!! ini bukan tempatnya. Sila kan ke blog2 yang memberikan anda full text sehingga anda faham.




Disini ada juga SH memberikan tips2 photoshop, tetapi TAK lah se-expert orang yang betol2 "power" dalam editing, silakan ke blog atau website yang berkaitan. Sekadar interface untuk yang beginner, bolehlah menggunakan guide yang SH buat di side bar tu ok ;)



Lagi,medium blogger nie juga SH menggunakan secara total (full utilize) untuk mempromotkan perkhidmatan Shahroll PhotoGraphy di dalam alam maya walaupun ada AkudankamU weblog. Dulu SH menggunakannya sebagai blog, tetapi sekarang hanya gambar2 saja dimuatkan untuk tatapan anda sekalian. Dan yang lebih penting, my future pelanggan boleh terus melihat artwork2 SH disitu saja. Dan menempah online disini. Senang kan perniagaan di internet?.. sape pulak yang kata SUSAH kan... uhuhu~


Itu bagi blogger bernama Shahrul Hairy bin Shaharuddin. Anda pulak?

Dec 23, 2009

KEYword lucu di blog SH by shahroll







Salam to all readers...



Baru lepas re-edit SH nyer SKT.. Apa SKT? Sasaran Kerja Tahunan OK~ beselah kerja goverment ada buat SKT untuk setengah tahun dan yang akhir tahun. Aite, lupakan pasal SKT tu sebab SH nak cerita pasal "keywords" yang dicedok melalui my Nuffnang stat. Thanx nuffnang!



1) Jika dilihat pada graf kat atas tu, nampaknya keywords untuk "shahrolhairy.blogspot" dan "shahroll photography" mendominasi keywords2 yang lain seperti yang tertera di graf atas. Walaupun yang sebenarnya URL tu menggunakan "shahrulhairy.blogspot", as long can detect my blog is ok lah~ :)



2) Then, keyword " jusmate 5 blogspot" juga penyumbang ketiga dalam hit blog SH. Nampaknya, sekarang ramai yang tercari2 produk kesihatan yea. Baguslah jika anda memilih produk dari keluaran HPM iaitu Jusmate-5 tu. Memang terbukti keberkesanannya. Untuk melihat anggun dan jelita, tak kisah lah anda harus berbelanja lebih untuk kesihatan asalkan ia tidak membebankan anda.



3) Lain2 keywords seperti "borang tempahan majalah kolej", "Cupcake maker in Sandakan,Sabah", "Any kdu convoation in feb 2010", " borang peraduan masakan","quran multimedia USIM fotopages" dan yang last sekali "s.h.rasa/india art". Semua yang disebut SH merasakan ada yang related dengan my posting before, but yang the last one tu "s.h.rasa/india art"?? mana pulak datang mende keyword dalam posting SH nie eh.. heee~ pelik gak...



4) Untuk yang "borang-borang" tu disebabkan my posting untuk "borang tempahan" yang SH buat memudahkan clien menempah perkhidmatan SH secara online. untuk "quran" mungkin disebabkan ada posting melibatkan perihal al-quran ( check my previous post)



5) Alhamdulillah tiada keyword2 yang "pelik2" yang masuk dalam my blog. For future? entah.. mane saya tahuuuw~ :P

Drama King- MUH feat Black by shahroll


Drama King-Meet Uncle Hussain ft Black






Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut


Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu


Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu


Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat


Mahkotamu Raja Drama


Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu


Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu


Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat



** mantap sehh lagu nie.. lirik yang SH bold kan merah tu sememangnya BETUL bukan.. heh~ go for MUH! go for BLACK!! go go go!!

p/s: Black, if u read this, kau leh pergi jauh dow!.. serius..

Dec 22, 2009

ADV: i got the VOUCHERs!! by shahroll






" Ehh..ehh.. jap jap!! Apa nie?? banyak nyer voucher ko dapat roll?"

" kau nak ke beb?"

" nak, kalau ko bagi free lagi lah aku nak...hahha"

" beb!.. masuk tandas pon dah rm 50 sen, nie kan lagi mende cam nie..heh~"

" yelahhhh... cam ner ko dapat nie??"



Salam all. hahah, antara dialog SH ngan kawan ofiz semasa dapat mende VOUCHERs nie. Pojie dari minggu lepas nak bagi vouchers nie, tapi last week agak busy, tak dapat lah jumpa beliau walaupun turun 1 tangga je nak jumpa!heheh~ bz tak bz la wehh... :P


1) Menjawab persoalan member SH td tu, MACAM MANA nak dapat vouchers nie kan?? senang je, korang masuk lam BLOG INI dan korang bacelah dari awal hingga akhir ok! semoga anda faham dan kalau tak, direct call me and face to face more better lah.. :)



2) KORANG TAK PERCAYA? gambar SH diatas adalah bukti.. hehe~ mende nie masih BARU ok.. kalau korang lambat, alamat orang lain dah kebasss dulu lah eh! **wink** sesape nak join tak de masalah, bukan main judi pon, HALAL beb!



3) SH got 2 Voucher 7-Eleven bernilai RM 10 ( 2 keping), Mydin RM 10 ( 1 keping) ,Jaya Jusco Rm 10 (1 keping) dan KFC rm 10 ( 1 keping) semuanya bernilai RM 50. SH akan dapat vouchers2 nie selama 8 bulan berturut2 dan nilainya mencecah RM 400! haha.. best2, disamping dapat vouchers, dapat lagi UNTUNG dengan bagitaw 2 orang kawan, that make your pocket "ada isi" lah.. hehe~



4) Have nice read! cheers... :) wassalam..

Dec 21, 2009

What i`ve done in Maal Hijrah? by shahroll





** abaikan muka SH yang itam..!! **angry**


Salam semua.. tajuk entry dah macam boleh bikin filem.. haha~ aite, entry untuk Maal Hijrah belum sempat SH UP, right now baru kesempatan, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH bagi seluruh umat muslimin dan muslimat semoga dengan tahun baru ini lebih mendapat berkat dan ketenangan hendaknya.Aminn~

OK,tahun baru dalam kelender islam, tidak perlu lah SH cerita panjang lebar kan.. semua orang tahu apa itu HIJRAH... dari jahat ke baik, dari keji ke suci dan sebagainya. Bagi seorang yang berpegang pada ajaran islam, sifat2 mazmumah hendaklah di"basuh" dengan sifat2 mahmudah.. haa~ dah macam ustaz la pulak ye.. tapi tu lah serba sedikit apa yang boleh di share with u olz.. :)


1) Hari Jumaat, SH with family & my b pergi menziarah my grandma sebab sakit2.. sakit orang berumur.. pulang ke kampung halaman untuk menziarahi nenek terkandung dalam aktiviti tuk maal hijrah nie.. huhu~




2) Alhamdulillah, kami sampai jek nenek dah tunggu di ruang legar beliau menyambut kedatangan kami.. yeahh!! KAMI DATANG!! hehe..
kondisi nenek agak kurang sedikit sebab katenye baru sembuh dari sakit hari tu..



3) Sebelum datang umah nenek, SH pergi carik ikan cencaru 15 ekor untuk di panggang! yeahh sangat best sebab dah lama x panggang ikan dengan menggunakan sabut+arang+tempurung sebagai alat pemanas panggang tu.. heee~ jom layan gambo dari nokia classic 3120!



** arang+sabut+tempurung buat bakar ikan!



** Introduce.. IKAN JAKET!!



** My mom nyer tangan.. nak interprem gak! heuheu.. ( nmpk emas baru deh! ) :P



** Thanx to my siblings, Elly buat mende nie.. seeedappp sehh~

Dec 20, 2009

Full IMAGE Iza+ Ejam by shahroll









Salam to all readers...


Ingat lagi tak kat link teaser mereka berdua? haaa.. minggu lepas baru saja SH deliver the album. Dan malangnya Ejam tak de masa ambil tu, hanya Iza seorang saja. SH ditemani ngan my b ( of coz!) melepak kan diri di McD The Curve, Damansara. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.. :) :)

Hope u olz happy shooting with Shahroll PhotoGraphy! nice to meet u ol.. and big thanx juga, sepanjang sesi Iza dan Ejam bagi kerjasama yang baik kepada SH untuk merakam kan detik2 manis dalam hidup kalian. Terima kasih daun keladi, nak shoot sudi2 lah telepon lagi... wahahaha~ **wink**


Untuk gambar yang lebih BESAR, sila click AkudankamU

Flymas.Mobi – As Easy as 1, 2, 3!!





" Apabila anda terbang bersama kami, Anda akan terasa seperti anda tidak pernah meninggalkan rumah.. " ini adalah tagline bagi perkhidmatan penerbangan ulung Malaysia iaitu Malaysian Airlines (MAS). Dan ianya terbukti bila segala urusan dengan MAS ini amat mudah,senang dan yang penting selesa. Dengan petugas kabin yang mudah mesra dengan pelanggan, maka tidak hairan MAS diangkat sebagai penerbangan yang terbaik di Asia.





Tiba-tiba teringat pada Scha Al-Yahya nie bila sebut pasal krew kabin. Lakonan beliau di dalam drama " Awan Dania" telah masuk ke musim ke 2. SH tidak mengikuti sangat pada awal musim tetapi menjadi follower cerita ini bukan disebabkan kecantikan serta keayuan si Scha, tetapi lebih daripada itu. Apakah?? saksikan sendiri.. :)





Berbalik pada tujuan asal, MAS telah melancarkan Flymas.mobi di mana anda boleh membuat segala macam bentuk urusan menerusi telefon anda! YES, bukan gimik tetapi inilah hakikatnya. Dengan zaman teknologi terkini, segala urusan anda boleh jadi sesingkat dan semudah 1,2,3! apa yang semudah 1,2,3 tu?? lihat gambar dibawah.






Ini adalah screenshot untuk Flymas.mobi. Friendly interface dengan link-link yang berkaitan sahaja. Seperti Book Flight, My Booking, Check-In, Flight Status, Timetable, Contacts, Baggage Tracer dan Deals and Offers. Semua nya di dalam satu interface! Cakap macam bagus kan?? haha.. memang kemudahan ini terbaik dan terbagus yang pernah ditawarkan oleh syarikat gergasi penerbangan kita. **wink**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998