Loading...

Jun 28, 2009

Klang ke Felda Tersang 2 by shahroll

salam to all.... ..

petang- 6.27p.m-Ahad

Semalam aku baru balik dari Felda Tersang 2,Raub Pahang sempena dengan Perkahwinan Anna + Adi ( korang igt g tak??) yang buat shoot pre-wedding aritu.. so, pada tarikh 26/6/09 sah! dorang jadi suami isteri... tahniah Adi and tahniah Anna...

Aku tak gi sorang2 untuk job kali nie,aku mengimport kawan baik aku tuk teman kan aku and selaku Assist.photog la senang cite, iaitu Mr.jajol dan ade pengalaman "BEST" sepanjang perjalanan ke sana and balik ke sini.. huehuehue.. nak aku cite ke?? :P

Ok,Ok.. tenang2 aja deh... ok cam nie, masa perjalanan dari Klang lagi dah de cam something tak best berlaku di salah sebuah jalan dan mengakibatkan kegusaran berlaku... bunyik dari tayar belakang... huuuuu.. masuk lak Karak highway.. membuaiiii je kereta aku tu.. ermm.. p emosi 2 org jejaka stil machoz hingga ke sampai area Bentong dan seterusnya sampai kat area umah pengantin... ( alhamdulillah selamatt..)

Then bila nak balik dari Raub ke Klang tu plak... gegaran dan goyangan makin ketara.. adesss ngapain nieh!! ermmm.. korang bayangkan Jajol drive ( mase tu aku dah penat giloss..) bawak 40km/j!! wahhhhh.. sangat slow la kawan.. tapi dah tak de option g kan.. nak jugak try bukak tayar tu, alih2 aku nyer jack lak tak de.. wallaweyy mane lah aku letak kan... uhh~

Nak tak nak, jalan je lah even agak takut la tayar tu cabott ( nauzubillahminzalik) sampai satu pekan kecik,syukur sangat2 sebab ada kedai membaiki kereta ( workshop la tu....) dan boss kedai tu checking2 tayar n drum pe sume, rupenyer bearing kereta tu problem.. lorhhh sebab bearing.. padan gak lah dah lame aku tak ganti.. uehueuhu...

TAPIIII,wakakakak... nie sebelum boss kedai tu check la kan, ada budak dia ( baru belaja kot..) try bukak tayar aku and check, then serta-merta dia bertempik ...." boss,HABISSS!!! TAK BOLEH GERAK!!.. JEMMED!!.." gulp!, ape lah yang teruk sangat rosak nyer sampai begitu sekali berkata... so, ngan selamba kuda nyer boss die balas balik.. " Lu turun itu HANDBREAK lo".. budak tu gi check dan memang betollll dia tak turunkan handbreak tu... wakakakakaka boss tu leh sound baikkk kat budak tu.. " lu mana belajarrr" wakakaakakak... sakit perut aku... :P

Alhamdulillah, lepas betul2 kan tu, tak de g gegar ke goyang ke pe kan, so perjalanan pulang kembali pada paksi yang normal..... 80km/j-110km/j.. yeahh!!

nantikan UPdate Anna+Adi k!! stay tune.... wassalam...



...............................................................................................................................................


Contest: Are You CREATIF enough?? Candidate #9

Ada beberapa jam sahaja lagi contest nie nak tutup, dan penyertaan kali ini baru muncul seorang jejaka ya!!.. thanx diatas penyertaan kamu.. dalam picture nya ada pelbagai haiwan2 @ reptilia, sepertinya kamu seorang yg menguruskan zoo.. so nie lah detail untuk candidate #9!! check yoo~


nama : Ahmad razeen bin zulkifli
umur : 24 tahun
jenis kamera : Canon Poweshot A710i
Majlis ape korang hadiri : Member Dgn Ular Sawa


p/s: to razeen, please email me your blog ya.. :)




Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

0 comments:

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...