Loading...

Jan 27, 2009

Pameran IID @ UiTM Shah Alam by shahroll



UiTM telah menganjurkan satu pameran @ exhibition dinamakan IID iaitu INVENTION,INNOVATION & DESIGN 2009 from RESEARCH & INNOVATION TO WEALTH.Pameran ini berlangsung pada 13-15 Jan 2009




Tempat berlangsungnya pameran ini adalah di Dewan Sri Budiman (DSB) berdekatan dengan dewan Annexe.Banyak booth2 yang telah dibuka di dalam dewan itu.Projek dari Perpustakaan pula ada 2 projek iaitu dari Kumpulan E-wave (Mesin MPLD) dan Kumpulan My-Smart (Portable Locker).


Kedua-dua projek adalah dari hasil Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) yang sememangnya telah wujud di PTAR untuk membantu proses membaikpulih persekitaran di PTAR dari segi teknikal mahupun pengurusan untuk pelanggan sesuai dengan motto PTAR " Kegirangan Pelanggan Keutamaan Kami"

Dan keputusan untuk pameran kali ini, Kumpulan E-wave telah mengungguli carta dengan EMAS sementara My-Smart pula di dalam kategori PERAK.Syabas untuk kedua-dua kumpulan ini.

Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll Photography Founder
Web: http://akudankamu.fotopages.com
Email: shahrollphoto@gmail.com
H/p: 012-343-7359

2 comments:

- G O R O - said...

Salam..

20hb lepas saya ada pergi ke Jabatan Sumber Manusia UiTM Shah Alam, ada perkongsian ilmu antara UiTM dan UM dalam Gerak Kerja KIK.
Berjumpa dengan Em. Fauzi dan rakan2 lain dari team e-wave.

Shahrul Shaharuddin said...

wslm,
bro pegi ke sini x roger saya pon?? huhuhu... owh, terlibat ngan KIK juga ke? dalam bulan 2 nie, kami My-smart & E-wave akan menyertai KIK peringkat IPTA di Kota Kinabalu, Sabah... doakan kejayaan kami ya.. wassalam..

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi Shahrul Shaharuddin. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara..Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan shahrul hairy shaharuddin. Anda boleh menyiarkan semula artikel atau info di laman blog, di laman forum atau di laman sosial yang lain namun, sila pastikan anda membuat backlink/kredit/citation kepada blog ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau pelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...